Ganjaran Tamat Perkhidmatan

Ganjaran Tamat Perkhidmatan adalah bayaran sekaligus semasa menamatkan perkhidmatan kepada anggota layak (Tidak Berpencen).


Adakah anda layak?

Anggota berikut layak menerima Ganjaran Tamat Perkhidmatan:

  • Pegawai Tauliah Tetap yang bersara dan mempunyai perkhidmatan yang diakui kurang daripada 20 tahun (tertakluk kepada kelulusan MAT)
  • Pegawai Tauliah Jangka Pendek (TJP) yang menamatkan perkhidmatan mengikut tarikh Tamat Tempoh Perkhidmatan.

Anda tidak layak menerima ganjaran jika anda salah satu dari senarai di bawah:

  • Dihukum penjara.
  • Menyembunyikan fakta.

Tentang Ganjaran Tamat Perkhidmatan

Ganjaran Tamat Perkhidmatan akan dibayar sekaligus semasa menamatkan perkhidmatan.

Kiraan Ganjaran Tamat Perkhidmatan

  • Bagi Pegawai Tauliah Tetap
    Jika mempunyai jumlah perkhidmatan diakui lebih daripada 15 tahun:
    20% x Jumlah bulan genap perkhidmatan diakui x Gaji Akhir pangkat sebenar = Ganjaran Tamat Perkhidmatan
    Jika mempunyai jumlah perkhidmatan 15 tahun dan ke bawah.
    17.5% x Jumlah bulan genap perkhidmatan diakui x Gaji Akhir pangkat sebenar = Ganjaran Tamat Perkhidmatan
  • Bagi Pegawai Tauliah Jangka Pendek
    17.5% x Jumlah bulan genap perkhidmatan diakui x Gaji Akhir pangkat sebenar = Ganjaran Tamat Perkhidmatan

Bilakah Ganjaran Tamat Perkhidmatan dibayar?

Ganjaran Tamat Perkhidmatan dibayar sekaligus semasa menamatkan perkhidmatan kepada anggota yang menerima Pencen Perkhidmatan.

Cara pembayaran

Ganjaran Tamat Perkhidmatan akan dikreditkan terus ke akaun bank pesara.


Bagaimana untuk memohon?

Lihat Tanggungjawab Dokumentasi Persaraan Anggota.


Dapatkan bantuan!

Perhatian! Urusan permohonan pencen dan ganjaran adalah di bawah pentadbiran Jabatan Arah Rekod dan Pencen, Markas Angkatan Tentera. Anda boleh berhubung terus dengan Jabatan Arah Rekod dan Pencen di alamat yang berikut:

Alamat:
Jabatan Arah Rekod dan Pencen
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
No telefon:
03-2071 5731

Soalan Lazim


Maklumat tambahan

Dokumen berkaitan

Buku Faedah Persaraan Anggota ATM (Angkatan Tetap)