Ganjaran Perkhidmatan

Ganjaran Perkhidmatan adalah bayaran sekaligus semasa menamatkan perkhidmatan kepada anggota layak (Berpencen).


Adakah anda layak?

Anggota berikut layak menerima Ganjaran Perkhidmatan:

  • Pegawai Tauliah Tetap yang telah mencapai umur persaraan pilihan atau umur persaraan paksa atau mempunyai perkhidmatan yang diakui 20 tahun dan ke atas (tertakluk kepada kelulusan MAT)
  • Pegawai Tauliah Jangka Pendek jika bersara pada umur persaraan paksa Pegawai Tauliah Tetap.
  • Anggota Lain-lain Pangkat yang mempunyai perkhidmatan yang diakui sekurang-kurangnya 21 tahun.
  • Pegawai Tauliah Tetap, Pegawai Tauliah Jangka Pendek atau Anggota Lain-lain Pangkat yang berhenti atas alasan perubatan yang disahkan oleh Lembaga Perubatan sebagai “Unfit”.

Anda tidak layak menerima ganjaran jika anda salah satu dari senarai di bawah:

  • Dihukum penjara.
  • Menyembunyikan fakta.

Tentang Ganjaran Perkhidmatan

Ganjaran Perkhidmatan akan dibayar sekaligus semasa menamatkan perkhidmatan.

Kiraan Ganjaran Perkhidmatan

  • Bagi Pegawai Tauliah Tetap:
    7.5% x Jumlah bulan genap perkhidmatan diakui x Gaji Akhir pangkat sebenar = Ganjaran Perkhidmatan*
  • Bagi Pegawai Tauliah Jangka Pendek:
    3/4 x 7.5% x Jumlah bulan genap perkhidmatan diakui x Gaji Akhir pangkat sebenar = Ganjaran Perkhidmatan*
  • Bagi Anggota Lain-lain Pangkat:
    7.5% x Jumlah bulan genap perkhidmatan diakui x Gaji Akhir pangkat sebenar = Ganjaran Perkhidmatan*
  • Bagi mereka yang berhenti atas alasan perubatan yang disahkan oleh Lembaga Perubatan sebagai “Unfit” Ganjaran Perkhidmatan dikira bersesuaian dengan kategori di atas tetapi tidak kurang daripada:
    • 1/5 daripada gaji akhir (Pegawai Tauliah Tetap dan Lain-lain Pangkat)
    • 3/4 daripada 1/5 daripada gaji akhir (Pegawai Tauliah Jangka Pendek)

Bilakah Ganjaran Perkhidmatan dibayar?

dibayar sekaligus semasa menamatkan perkhidmatan kepada anggota yang menerima Ganjaran Perkhidmatan.

Cara pembayaran

Ganjaran Perkhidmatan akan dikreditkan terus ke akaun bank pesara.


Bagaimana untuk memohon?

Lihat Tanggungjawab Dokumentasi Persaraan Anggota.


Dapatkan bantuan!

Perhatian! Urusan permohonan pencen dan ganjaran adalah di bawah pentadbiran Jabatan Arah Rekod dan Pencen, Markas Angkatan Tentera. Anda boleh berhubung terus dengan Jabatan Arah Rekod dan Pencen di alamat yang berikut:

Alamat:
Jabatan Arah Rekod dan Pencen
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
No telefon:
03-2071 5731

Soalan Lazim


Maklumat tambahan

Dokumen berkaitan

Buku Faedah Persaraan Anggota ATM (Angkatan Tetap)