Umur Persaraan

Ketahui umur persaraan paksa dan pilihan.


Umur persaraan paksa

Pegawai Tauliah Tetap

Umur persaraan paksa bagi Pegawai Tauliah Tetap seperti berikut:

Senarai Tugas Am/Khas

Pangkat Lelaki Perempuan
Kolonel dan ke atas setaraf 60 60
Leftenan Kolonel setaraf 57 57
Mejar setaraf 55 55
Kapten setaraf 52 52
Leftenan dan ke bawah setaraf 50 50

Senarai Tugas Ikhtisas

Pangkat Lelaki Perempuan
Semua Pangkat 60 60

Pegawai Tauliah Jangka Pendek dan Lain-lain Pangkat

Umur persaraan paksa bagi Pegawai Tauliah Jangka Pendek dan Lain-lain Pangkat seperti berikut:

Pegawai Tauliah Jangka Pendek

Umur persaraan bagi Pegawai Tauliah Jangka Pendek mengikut umur persaraan paksa Pegawai Tauliah Tetap.

Lain-lain Pangkat

Mengikut tarikh Tamat Tempoh Perkhidmatan.


Umur persaraan pilihan

Pegawai Tauliah Tetap

Umur persaraan pilihan bagi Pegawai Tauliah Tetap seperti berikut:

Pangkat Lelaki Perempuan
Kolonel dan ke atas setaraf 50 45
Leftenan Kolonel setaraf 47 45
Mejar setaraf 45 45
Kapten setaraf 40 40

Senarai Tugas Ikhtisas

Pangkat Lelaki Perempuan
Semua Pangkat 50 45