Skim Bantuan Sara Hidup
Bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban tanggungan sara hidup Veteraan ATM dan tanggungan mereka yang hilang upaya, menghidap penyakit kronik, dan hidup dibawah paras garis kemiskinan (PGK) semasa.
Pautan Pantas
Adakah anda layak?
- Veteran ATM* :
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
- Had umur bagi veteran yang layak dipertimbangkan adalah berumur 60 tahun ke atas kecuali sakit yang menghalang pekerjaan.
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.
- Balu yang berkahwin semula tidak layak.
- Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
- Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur.
Kadar bantuan
RM300 sebulan
Syarat-syarat permohonan
- Pendapatan pasangan dan sumbangan anak diambilkira dalam pengiraan Pendapatan Keluarga (PK).
- Permohonan tanpa mengemukakan pendapatan akan ditolak kecuali penyakit yang menghalang pekerjaan (memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan).
Bagaimana untuk memohon?
- Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019) - Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
- Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
- Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
- Semakan status permohonan boleh dibuat di:
Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
Semak status permohonan
Dapatkan bantuan!
Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000
Soalan Lazim
[maklumat sedang dikemaskini]
Maklumat tambahan
[maklumat sedang dikemaskini]