Skim Bantuan Peralatan Pesakit

Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus kepada Veteran ATM, isteri dan tanggungan untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya.


Adakah anda layak?

  • Veteran ATM* :
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa

    * Tanpa mengira tempoh khidmat.

  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.
  • Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.

Tentang Faedah

Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus kepada Veteran ATM, isteri dan tanggungan untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya.

Setiap permohonan hendaklah disertakan laporan/memo daripada pegawai perubatan kerajaan bagi menyokong keperluan, sebut harga atau resit asal pembelian bagi alat berkenaan.

Kadar bantuan

Kadar bantuan maksimum adalah RM5,000 sekaligus.

Syarat-syarat permohonan

  • Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian.
  • Bantuan bagi peralatan yang sama hanya layak dipertimbangkan semula dalam tempoh LIMA TAHUN.
  • Tuntutan pembayaran balik hendaklah dibuat tidak melebihi tempoh satu (1) tahun daripada tarikh pembelian alat berkenaan.
  • Kadar bayaran balik adalah seperti berikut:
    • Tuntutan pembayaran bagi peralatan pesakit akan dibayar pada kadar 100% daripada nilai perolehan ataupun mengikut harga pasaran tertakluk kepada mana-mana yang lebih rendah.
    • Sekiranya peralatan yang dibeli oleh pemohon tidak mengikut syor pegawai perubatan kerajaan atau melebihi daripada keperluan yang sepatutnya, Bahagian Kebajikan berhak mengesyorkan peralatan pesakit yang releven dengan keadaan pesakit dan pembayaran balik dibuat berdasarkan harga peralatan yang disyorkan.

Bagaimana untuk memohon?

  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
    Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019)
  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
  • Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
  • Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
  • Semakan status permohonan boleh dibuat di:
    Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
    Semak status permohonan

Dapatkan bantuan!

Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000


Soalan Lazim

[maklumat sedang dikemaskini]


Maklumat tambahan

[maklumat sedang dikemaskini]