Skim Bantuan Bencana Alam

Bantuan kewangan bagi meringankan beban dan kesusahan yang dialami oleh Veteran ATM akibat bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya.


Adakah anda layak?

  • Veteran ATM* :
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa

    * Tanpa mengira tempoh khidmat.

  • Veteran ATM bermaustautin di kediaman tersebut.
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.

Tentang Faedah

Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus untuk meringankan beban dan kesusahan yang dialami oleh Veteran ATM akibat bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya.

Kadar bantuan

Kadar bantuan maksimum RM5,000 sekaligus.

Syarat-syarat permohonan

  • Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian bencana alam.

Bagaimana untuk memohon?

  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
    Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019)
  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
  • Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
  • Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
  • Semakan status permohonan boleh dibuat di:
    Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
    Semak status permohonan

Dapatkan bantuan!

Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000


Soalan Lazim

[maklumat sedang dikemaskini]


Maklumat tambahan

[maklumat sedang dikemaskini]