• Home
  • About Department
  • Agencies and related bodies
  • MAF Veteran Foundation
Tentang Jabatan

Yayasan Veteran ATM

Tentang Yayasan

Yayasan Veteran ATM ditubuhkan pada tahun 2004 dan didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965 sebagai Syarikat Berhad dengan jaminan. Yayasan ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia.

Matlamat Yayasan

Yayasan Veteran ATM ditubuh berdasarkan matlamat utamanya iaitu memantapkan program-program kebajikan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM melalui sumber kewangan dari sumbangan orang ramai termasuk sektor korporat dan pelaburan Yayasan.

Sumbangan dan Pengecualian Cukai

Sumbangan hendaklah dibuat atas nama “YAYASAN VETERAN ATM”. Setiap sumbangan yang diberikan akan memperolehi pengecualian cukai pendapatan di bawah kuasa Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2050 8191 / 8194.

Bantuan Yayasan Veteran ATM

Objektif Yayasan

  • Menjalankan program dan aktiviti kutipan dan sumbangan dari pihak swasta dan orang ramai untuk mengisi tabung Yayasan.
  • Menjalankan program dan aktiviti untuk meningkatkan kesedaran orang ramai untuk memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pengorbanan yang telah diberikan oleh Veteran ATM.
  • Mengurus permohonan untuk memberi bantuan serta menyalurkan kepada individu Veteran ATM yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan.
  • Secara amnya, Yayasan melengkapkan lagi peranan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dalam membantu Veteran ATM.
Program

Tabung Zakat

Di dalam menggalakkan dermawan untuk terus menyumbang kepada Yayasan, Lembaga Pemegang Amanah telah menubuhkan sebuah Tabung Zakat yang akan mengendalikan sumbangan sebagai pembayaran zakat pendapatan / perniagaan untuk kepentingan dan masalah warga Veteran ATM berdasarkan kepada apa yang ditetapkan oleh syarak.

Bayaran zakat hendaklah dibuat atas nama ”TABUNG ZAKAT YAYASAN VETERAN ATM”. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2050 8191 / 8194.

Program

Pusat Dialisis

Yayasan Veteran ATM melalui anak syarikatnya iaitu Syarikat Perubatan D’Vet Sdn Bhd telah membuka tiga buah pusat dialisis bertempat di Seri Kembangan, Batu Caves dan Bukit Sentosa.
Pusat dialisis ini dibuka khusus untuk Veteran ATM dan tanggungan yang layak dan juga untuk pesakit-pesakit lain yang mendapat tajaan.

Cawangan Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM

Seri Kembangan
17, Jln Sg Besi Indah 5/2,
Tmn Sg Besi Indah,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8945 3494
Batu Caves
No.18G, Jalan SM 4,
Taman Sunway Batu Caves
68100 Batu Caves
Selangor
Tel: 03-6188 1292
Bukit Sentosa
No.49, Jalan Orkid 1F
Perniagaan Jalan Orkid
Bukit Sentosa
48300 Bukit Beruntung
Selangor
Hubungi

Hubungi Yayasan Veteran ATM

Yayasan Veteran ATM,
TIngkat 41, Menara TH Perdana,
1001, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.