Aktiviti JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka & Negeri Sembilan

𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗝𝗛𝗘𝗩 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 & 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 - 𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗥𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗔𝗡𝗗𝗢 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗥𝗔, 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡, 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗥𝗔 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗢𝗡𝗘-𝗢𝗙𝗙 𝗟𝗔𝗠𝗣𝗜𝗡 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗜 𝗕𝗨𝗔𝗡𝗚
Negeri Sembilan & Melaka, 2 Februari 2023 - JHEV Cawangan Melaka & Negeri Sembilan. Pengarah telah menerima kunjungan hormat daripada pengerusi persatuan iaitu Encik Rahmad bin Md Isa serta AJK tertinggi persatuan di Pejabat Pengarah JHEV Caw Melaka & Negeri Sembilan, Wisma Persekutuan Ayer Keroh, Melaka. Kunjungan tersebut bertujuan untuk bersua kenal dengan pengarah negeri yang baru mengambil alih pada awal tahun 2023 yang lalu. Selain itu, persatuan dan JHEV negeri dapat berkongsi pendapat dan cadangan bagi memastikan kebajikan veteran dalam persatuan dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Pada hari yang sama juga Penolong pengarah turut melaksanakan beberapa lawatan kebajikan di sekitar Rembau dan Alor Gajah.
Lawatan Kebajikan kepada Veteran ATM
- Mohd Nor bin Mihad di Lot 1217 Kampung Miku Indah, 71300 Rembau, Negeri Sembilan.
Veteran terlantar dan mempunyai penyakit strok. Veteran tidak boleh makan seperti biasa dan hanya minum susu menggunakan tiub bagi menggantikan makanan dan tidak boleh menguruskan diri. Veteran diurus sepenuhnya oleh isteri beliau dan pemantauan serta pemeriksaan dari pihak hospital di rumahnya yang berjadual. Penolong pengarah telah memberi borang permohonan bantuan serta menjelaskan cara-cara permohonan bagi tindakan yang sepatutnya.
Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup (BSH)
- Siti Fatimah binti Abdullah balu Mendiang 213502 Jayabala A/L Dorasamy di Lot 2073 Kampung Mampong, 71300 Rembau, Negeri Sembilan.
Penyerahan One Off Lampin Pakai Buang
- Mahad bin Harun di KM 1069 Taman Mutiara Klemak, 78000 Alor Gajah, Melaka.
#Kebajikanveterankeutamaankami