Tentang Jabatan

Bahagian Pengurusan Maklumat


Fungsi Utama

  • Pengurusan Infostruktur dan Infrastruktur ICT JHEV ATM.
  • Penasihat ICT dan Keselamatan ICT kepada CIO JHEV ATM.
  • Perancangan dan pelaksanaan Pelan Strategik ICT (PSTM) JHEV ATM.
  • Menguruskan bajet dan peruntukan kewangan ICT JHEV ATM.
  • Perkhidmatan Perundingan ICT JHEV ATM.

Visi

Penyedia penyelesaian ICT dan digital yang komprehensif bagi menyokong transformasi pemodenan penyampaian perkhidmatan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.

Misi

  • Menyediakan infra dan infostruktur ICT yang selamat dan tersedia bagi menjamin keberkesanan dan ketersediaan penyampaian perkhidmatan.
  • Memberi khidmat nasihat dari segi perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan khidmat perundingan projek ICT.
  • Melaksanakan tadbir urus ICT yang cekap dan berkesan.

Unit-unit

Unit Perancangan Strategik Dan Perkhidmatan

  • Perancangan Strategik ICT (PSTM)
  • Tadbir Urus ICT MinDef dan Keurusetiaan.
  • Pengurusan dan Pemantauan Projek.
  • Audit dan Pematuhan (penyelarasan kualiti, pelaksanaan program kualiti dan Amalan terbaik ICT).
  • Perancangan kompetensi dan modal insan (pembangunan kepakaran ICT, Pelan Latihan ICT dan Penyelarasan ICT Training RoadMap).
  • Pengurusan sumber manusia dan pentadbiran pejabat.
  • Pengurusan Kewangan dan Bajet.

Unit Operasi

  • Penyediaan dan pengurusan infrastruktur ICT JHEV.
  • Memastikan penguatkuasaan Dasar Keselamatan ICT dijalankan di JHEV.
  • Pengurusan Emel.
  • Pentadbiran dan pengurusan pusat data.
  • Pengurusan Backup and Recovery dan pemulihan bencana.
  • Pengurusan keselamatan dan pengendalian insiden.
  • Pengurusan keperluan infrastruktur perkakasan dan perisian untuk pengguna.
  • Pengurusan Aset ICT.
  • Pengurusan Desktop Berpusat (AD).
  • Khidmat kepakaran teknikal.

Unit Aplikasi Teras

  • Merancang dan menyelaras pembangunan dan pelaksanaan Aplikasi Teras seperti berikut:
    • Sistem VIBES.
    • Sistem VETIS.
    • Sistem Pemantauan.
    • Sistem Pengurusan Aset.
    • Portal BBN/BHN.
  • Merancang dan memastikan metodologi sistem dan garis panduan pembangunan Aplikasi MinDef.

Unit Pengurusan Data Dan Aplikasi Sokongan

  • Merancang dan menyelaras pembangunan dan pelaksanaan Aplikasi Teras seperti berikut:
    • Laman Web JHEV ATM.
    • Portal Pelaporan Data Veteran ATM.
    • Sistem Penyata Pencen Online.
    • Sistem Semakan Cetakan Kad Veteran ATM.
  • Mengurus dan melaksanakan pemurnian data veteran ATM:
    • Integrasi data.
    • Portal Data Terbuka MAMPU.
    • Statistik.