Angkatan Sukarela - Kerahan Sepenuh Masa

Faedah Hilang Upaya bagi Angkatan Sukarela - Kerahan Sepenuh Masa



Apakah itu Faedah Hilang Upaya

Faedah Hilangupaya adalah faedah yang dibayar kepada anggota tentera yang mendapat kecederaan kekal semasa di dalam perkhidmatan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • HU itu diperkaitkan dengan tugas.
  • HU diperakui oleh Lembaga Perubatan dan Lembaga Penentuan Sebab (LPS)
  • Faedah ini terhenti apabila penerima meninggal dunia.
  • Faedah ini berasaskan kepada peratus HU yang ditentukan oleh LPS.

Taksiran Darjah Hilang Upaya

semasa di dalam perkhidmatan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Pengesahan dan taksirang darjah hilang upaya adalah melalui Lembaga Penentuan Sebab (LPS) di Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK).
  • Sebarang permohonan baru atau semakan semula kelayakan oleh anggota tentera adalah melalui Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP).
  • Bagi veteran permohonan semakan hendaklah melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.
  • Taksiran darjah hilang upaya juga boleh di buat semakan semula jika keadaan kecederaan pesara semakin mudharat.

Hilang Upaya Kurang 20%

Jika darjah hilang upaya kurang 20%, anggota layak menerima faedah berikut:

  • Ganjaran Hilangupaya.   

    Ganjaran Yang Boleh Di Bayar Bagi Bencana Kecil Tertentu

    Ganjaran Yang Boleh Di Bayar Bagi Bencana Kecil Tertentu

    Anggaran Tempoh HU Bagi Pegawai

    Anggaran Tempoh HU Bagi Pegawai

    Anggaran Tempoh HU Bagi Lain Lain Pangkat

    Anggaran Tempoh HU Bagi Lain Lain Pangkat
  • Ex-Gratia Bencana Kerja - Pukal (EXP)

Hilang Upaya 20% dan Ke Atas

Jika darjah hilang upaya 20% dan ke atas, anggota layak menerima faedah berikut:

  • Pencen Hilangupaya

    Kadar Bulanan Bagi Angkatan Sukarela - Pegawai

    Kadar Bulanan Bagi Angkatan Sukarela - Pegawai

    Kadar Bulanan Bagi Angkatan Sukarela - Lain Lain Pangkat

    Kadar Bulanan Bagi Angkatan Sukarela - Lain Lain Pangkat
  • Elaun Tambahan

    Elaun Tambahan Bagi Pegawai

    Elaun Tambahan Bagi Pegawai

    Elaun Tambahan Bagi Anggota Lain - lain Pangkat

    Elaun Tambahan Bagi Anggota Lain - lain Pangkat
  • Elaun Isteri, Anak & Tambahan Pencen 20% 

    Jadual Elaun bagi Isteri, Anak dan Tambahan Pencen 20%

    Jadual Elaun bagi Isteri, Anak dan Tambahan Pencen 20%
  • Ex-Gratia Bencana Kerja - Pukal (EXP)
  • Ex-Gratia Bencana Kerja - Bulanan (EXB)

Hilang Upaya 100%

Jika darjah hilang upaya 100%, anggota layak menerima faedah berikut:

  • Pencen Hilangupaya

    Kadar Bulanan Bagi Angkatan Sukarela - Pegawai

    Kadar Bulanan Bagi Angkatan Sukarela - Pegawai

    Kadar Bulanan Bagi Angkatan Sukarela - Lain Lain Pangkat

    Kadar Bulanan Bagi Angkatan Sukarela - Lain Lain Pangkat
  • Elaun Tambahan

    Elaun Tambahan Bagi Pegawai

    Elaun Tambahan Bagi Pegawai

    Elaun Tambahan Bagi Anggota Lain - lain Pangkat

    Elaun Tambahan Bagi Anggota Lain - lain Pangkat
  • Elaun Isteri, Anak & Tambahan Pencen 20%

    Jadual Elaun bagi Isteri, Anak dan Tambahan Pencen 20%

    Jadual Elaun bagi Isteri, Anak dan Tambahan Pencen 20%
  • Elaun Pelajaran Anak
  • Elaun Layanan Sentiasa (ELS)
    • Pegawai - RM 73.75
    • Lain-lain Pangkat - RM 44.00
  • Ex-Gratia Bencana Kerja - Pukal (EXP)
  • Ex-Gratia Bencana Kerja - Bulanan (EXB)

Cara pembayaran

Faedah Hilangupaya akan dikreditkan terus ke akaun bank pesara.


Bagaimana untuk memohon?

  • Anggota hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan di RSAT/PPAT atau hospital yang berhampiran.
  • Sekiranya anggota mengalami HU Kekal, satu Lembaga Perubatan perlu diadakan.
  • LPS akan bersidang bagi memperakui peratus HU dan samada kecederaan tersebut diperkaitkan dengan tugas atau tidak.
  • JRP akan memproses kelulusan bayaran dan pembayaran akan dilaksanakan oleh JHEV.

Dapatkan bantuan!

Perhatian! Urusan permohonan pencen dan ganjaran adalah di bawah pentadbiran Jabatan Arah Rekod dan Pencen, Markas Angkatan Tentera. Anda boleh berhubung terus dengan Jabatan Arah Rekod dan Pencen di alamat yang berikut:

Alamat:
Jabatan Arah Rekod dan Pencen
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
No telefon:
03-2071 5731

Soalan Lazim

[Maklumat sedang dikemaskini]


Maklumat tambahan

[Maklumat sedang dikemaskini]