• Home
  • Frequently Asked Questions
Bantuan

Soalan Lazim

Soalan yang lazim yang sering ditanya mengikut topik. Sila hubungi kami jika anda masih mempunyai soalan yang disenaraikan di sini.


Urusan Kaunter OSC - Bahagian Pencen Dalam Tempoh PKP 3.0

Pendaftaran Kad Veteran baharu?

Veteran kemukakan permohonan dan dokumen sokongan melalui emel/pos. Permohonan lengkap yang diterima akan disemak bagi memastikan kelayakan pemohon dan tertakluk kepada pertimbangan kelulusan Pendaftar iaitu Ketua Pengarah JHEV ATM. Pemakluman status permohonan adalah melalui telefon/surat atau boleh hubungi Unit Kad Veteran di talian 03-2050 8111/03-2050 8078/8119.

Permohonan penggantian Kad Veteran yang rosak / hilang?

Veteran kemuka permohonan melalui emel/telefon/pos. Kad Veteran akan dipos. Boleh hubungi Unit Kad Veteran di talian 03-2050 8111/03-2050 8078/8119.

Permohonan semakan Faedah Persaraan?

Veteran kemuka permohonan semakan melalui emel atau telefon. Semakan status bayaran Faedah Persaraan akan dibuat dan dimaklumkan melalui emel/telefon atau boleh hubungi Unit Pelarasan Faedah di talian 03-2050 8109/8128.

Permohonan pindah bayar pencen / Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ)?

Waris kemuka permohonan melalui emel atau telefon. Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel/telefon atau boleh hubungi Unit Pelarasan Faedah di talian 03-2050 8109/8128 dan Unit Faedah Kematian, 03-2050 8126/8133/8145.

Pembayaran Wang Tidak Dituntut (WTD) / Bayaran Tercicir?

Waris boleh menghubungi Unit Inspektorat melalui WhatsApp di talian 016-4310182 atau melalui emel untuk  majukan dokumen bagi tujuan pembayaran. Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel/telefon atau boleh hubungi Unit Inspektorat Sel WTD/Lain-lain: 03-2050 8140/8141.

Permohonan Tuntutan Perubatan, Tuntutan Perjalanan dan Guarantee Letter (GL)?

Tuntutan Perubatan dan Tuntutan Perjalanan. Pemohon boleh mengemukakan tuntutan dengan memuat turun borang tuntutan melalui laman web JHEV atau terus menghubungi Unit Perubatan melalui Whatsapp 016-4350182 untuk mendapatkan softcopy borang tuntutan perubatan. Dokumen boleh dimajukan melalui pos/whatsapp/emel untuk tujuan memohon surat kelulusan. Bagi pemohon/syarikat yang ingin menghantar resit/invois asal untuk tujuan pembayaran, ianya boleh diletakkan di dalam kotak serahan dokumen yang disediakan di luar kaunter OSC.

GL. Veteran kemuka permohonan melalui emel atau telefon. GL akan diemel setelah semakan dibuat dan didapati layak.

Boleh hubungi Unit Perubatan

i. Sel Dialisis 03-2050 8081

ii. Sel Peralatan Perubatan 03-2050 8122

iii. Sel Ubat 03-2050 8075

iv. No. H/P (WhatsApp sahaja) 016-4350182

Umum

Siapakah yang dikategorikan sebagai Veteran ATM?

" Veteran" ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut:

  • angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM);
  • angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
  • Force 136;
  • Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura ; dan
  • Sarawak Rangers
Berapakah jumlah Veteran ATM?

Jumlah mereka dianggarkan seramai 300,000 orang. Secara purata seramai 5,000 anggota tetap ATM meninggalkan perkhidmatan setiap tahun.

JHEV mempunyai Majlis Penasihat Hal Ehwal Veteran ATM Peringkat Kebangsaan dan di semua negeri. Apakah peranan Majlis tersebut?

Majlis Penasihat Hal Ehwal Veteran ATM (MPHEV) di peringkat kebangsaan dan negeri merupakan platform bagi mengenalpasti permasalahan serta jalan penyelesaian yang sesuai untuk dijalankan oleh JHEV di peringkat kebangsaan dan negeri. Ini kerana, MPHEV dianggotai oleh badan-badan kerajaan dan juga pihak swasta.

MPHEV Kebangsaan dipengerusikan oleh YB Menteri Pertahanan manakala MPHEV Negeri pula dipengerusikan oleh EXCO Kerajaan Negeri berkaitan.

Adakah sebarang keistimewaan yang diberikan oleh Kerajaan kepada Veteran ATM?Do you provide technical support?

Selain skim-skim bantuan oleh JHEV, Veteran ATM layak mendapat rawatan perubatan percuma di hospital / klinik kerajaan, mengikut kriteria yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan. Veteran ATM juga diberi diskaun tambang KTM (Intercity & ETS ) sebanyak 50%.

Bagaimana menjadi ahli Veteran ATM?

Semua bekas tentera yang diketegorikan sebagai Veteran ATM ( rujuk definisi Veteran ATM ) dikira sebagai ahli Veteran ATM secara automatik. Kad Veteran dikeluarkan sebagai pengenalan anda adalah Veteran ATM. 

Adakah Veteran ATM boleh mendapatkan rawatan secara percuma di Institut Jantung Negara (IJN)?

Veteran ATM layak untuk mendapat rawatan percuma di IJN dengan syarat hendaklah terlebih dahulu diperiksa oleh mana-mana hospital kerajaan dan kemudiannya dirujuk ke IJN untuk pemeriksaan / rawatan lanjut.

Apakah perbezaan peranan antara Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dengan JHEV?

PERHEBAT berperanan sebagai pusat latihan dan kursus kepada bakal tentera dan Veteran ATM.

Manakala JHEV berperanan sebagai 'One Stop Agency' bagi urusan 

- Pembayaran Faedah Persaraan ATM

- Bantuan Kebajikan 

- Pembangunan Usahawan dan Sosisoekonomi

- Pendaftran Persatuan Veteran

- Kerjaya Kedua

Apakah yang dikatakan sebagai hospital / klinik Kerajaan?
Mana-mana hospital / klinik yang ditadbir oleh kerajaan termasuklah mana-mana hospital universiti dan lain-lain Yayasan Perubatan Persekutuan. (RSAT dan HAT adalah tergolong dalam definisi ini)
Bagaimana dengan Homeguard, Pasukan Pertahanan Negeri dan Wataniah di hujung minggu?

Kesemua mereka bukan Veteran ATM sebagaimana definisi yang ditetapkan. Bermakna JHEV tidak mempunyai bidang kuasa untuk menangani permasalahan mereka.

Adakah JHEV mengiktiraf persatuan/pertubuhan/kelab yang ditubuhkan oleh Veteran ATM?

JHEV mengiktiraf persatuan / pertubuhan / kelab yang ditubuhkan oleh Veteran ATM selagi mana ianya berdaftar dengan JHEV berpandukan Akta Veteran 2012 .

Pencen

Bagaimana saya ingin mendapatkan Penyata Pencen tahun ini?

Penyata Pencen boleh didapatkan secara online pada halaman vibes.jhev.gov.my. Bermula 15 Januari 2019, pengguna perlu mendaftar semula bagi mendapatkan penyata pencen masing-masing

Perlukah saya menyertakan salinan Buku Rekod Perkhidmatan semasa memohon untuk tuntutan bayaran balik perubatan?

Jika pertama kali memohon, Salinan Buku Rekod Perkhidmatan diperlukan bagi mengemaskini maklumat tuan/puan ke dalam sistem JHEV . Namun begitu permohonan tuan/puan tetap akan diproses walaupun tiada salinan buku rekod perkhidmatan jika tuan/puan adalah veteran berpencen.

Apakah kelayakan untuk menerima Faedah Perubatan daripada JHEV?

Veteran:

Warganegara Malaysia yang diketegorikan sebagai Veteran ATM (rujuk definisi veteran ATM)

Bekas Anggota ATM

  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun)
  • Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa (berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun)

Bekas Anggota Bukan ATM

  • Pasukan Force 136
  • Tentera British yang berkhidmat di Malaya /Singapura dan;
  • Sarawak Rangers

Tanggungan:

Veteran ATM

  • Diri sendiri
  • Isteri/Suami Isteri/suami yang dikahwini secara sah dan berdaftar semasa dalam perkhidmatan dan namanya tercatit di dalam Buku Pengakuan Perkhidmatan dan Kad Veteran ATM.
  • Isteri/suami yang dikahwini selepas perkhidmatan hanya layak menerima kemudahan perubatan selagi Veteran ATM masih hidup atau sekiranya Veteran ATM tersebut telah meninggal dunia, tempoh kelayakan dikira 20 tahun daripada tarikh persaraan Veteran ATM tersebut.
  • Anak-anak yang dikira tanggungan ialah anak Veteran ATM sendiri dan termasuklah anak angkat, anak tiri dan juga anak tidak sah taraf yang dipelihara sepenuhnya oleh Veteran ATM yang tertakluk had umur berikut;
  • Berumur di bawah 18 tahun
  • Di bawah 21 tahun jika masih belajar.
  • Bagi yang kurang upaya :
  • Ketidakupayaan otak atau hilang upaya dari segi jasmani;
  • Ketidakupayaan itu kekal;
  • Tidak berupaya menanggung (menyara) dirinya sendiri; dan
  • ketidakupayaan hendaklah berlaku  sebelum mencapai umur 21 tahun.
  • ** Bagi anggota/pegawai yang dilantik sebelum 16.5.1986, syarat " ketidakupayaan anak mesti berlaku sebelum umur 21 tahun " adalah tidak terpakai, kecuali bagi kes kecelaruan mental sahaja.

Veteran bukan anggota ATM

  • Diri sendiri
  • Isteri/Suami
Apakah masalah yang sering dihadapi oleh anggota tentera selepas persaraan daripada perkhidmatan?

Antara masalah yang sering dihadapi oleh tentera selepas persaraan adalah seperti berikut:

  • Pengurusan Kewangan
  • Penceraian
  • Pesara bankrup/ dipenjarakan
  • Perlantikan Wakil Diri yang sah
Bagaimanakah perkiraan bayaran Faedah Hilang Upaya kepada Veteran ATM?

Faedah Hilang Upaya hanya dibayar bagi kecederaan/ hilang upaya yang diperkaitkan dengan tugas semasa dalam perkhidmatan. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Faedah Hilang Upaya

Jika Veteran ATM meninggal dunia, apakah faedah-faedah kematian yang akan diberikan kepada keluarga Veteran ATM?

Jika seseorang veteran meninggal dunia, ahli keluarga yang layak akan menerima Faedah Kematian daripada JHEV.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah pemberian Faedah Gantian Cuti Rehat kepada Veteraan ATM?

Faedah ini boleh diberikan kepada pegawai dan anggota yang telah cukup tempoh perkhidmatan pada tarikh TTP masing-masing atau pegawai/anggota yang meninggal dunia (dibayar kepada orang tanggungan) semasa dalam perkhidmatan ATM kecuali bagi pegawai yang ditamatkan perkhidmatan kerana salahlaku atau anggota yang ditamatkan perkhidmatan atas kesalahan tatatertib.

Baki cuti rehat tahunan yang terkumpul itu hendaklah cuti yang telah tidak dapat dihabiskan dalam tahun semasa demi kepentingan perkhidmatan (maksimum 150 hari sahaja).

Saya telah kehilangan Kad Bekas Tentera (KBT). Apa yang perlu saya lakukan?

Sekiranya anda kehilangan Kad Veteran, sila ambil tindakan berikut:

  1. Buat laporan kehilangan di balai polis berhampiran.
  2. Isi borang permohonan Kad Veteran yang boleh diperolehi dari JHEV negeri yang berdekatan atau muat turun dari laman web JHEV atau klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan KV
  3. Sila majukan borang berkenaan bersama dengan;
    1. Laporan polis
    2. Salinan buku perkhidmatan
    3. Salinan kad pengenalan anda dan pasangan
    4. Salinan sijil nikah
    5. Sekeping gambar berukuran pasport

Hantarkan borang beserta dokumen di atas ke JHEV Negeri atau terus ke JHEV ATM untuk tindakan selanjutnya.

Sekiranya ada kemusykilan/ pertanyaan sila berhubung terus dengan Staf Unit Kad Bekas Tentera di talian 03-20508111.

Bantuan Kebajikan

Siapakah yang layak memohon?
  • Veteran ATM (Anggota tetap ATM, Tentera British, Force 136, Sarawak Rangers dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) (sekurang-kurangnya 1 tahun);
  • Balu kepada Veteran ATM;
  • Anak - anak yatim piatu Veteran ATM yang berumur 18 tahun dan ke bawah atau sehingga tamat pengajian peringkat ijazah pertama secara berterusan.

Kecuali:

  • Mereka yang diberhentikan di atas kes tatatertib;
  • Isteri yang dikahwini selepas perkhidmatan termasuk tanggungan.
Adakah JHEV menyediakan Bantuan Kemasukan IPTA/ Politeknik bagi anak veteran ATM yang belajar di IPTS?
JHEV menyediakan Bantuan Kemasukan ke IPTA dan politeknik kerajaan sahaja.
Adakah skim bantuan peralatan pesakit mempunyai had pendapatan atau pengiraan Paras Garis Kemiskinan (PGK) seperti skim bantuan lain?

Skim Bantuan Peralatan Pesakit tidak terikat kepada mana-mana syarat skim lain dan layak untuk veteran berpencen dan tidak berpencen. Skim Bantuan ini adalah terbuka kepada semua veteran dan berdasarkan kepada pengesahan doktor mengenai keperluan peralatan tersebut.

Semua permohonan wajib disertakan dengan memo perubatan daripada doktor kerajaan bagi mengesahkan keperluan peralatan tersebut. Gambar keadaan pesakit boleh disertakan bagi menyokong keperluan peralatan terbabit.

Anak saya belajar sekolah rendah dan akan tamat persekolahan peringkat rendah pada tahun ini. Adakah saya perlu memohon bantuan persekolahan bagi peringkat sekolah menengah?

Ya. Bantuan Persekolahan mempunyai dua peringkat iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah.

Sekiranya anak telah tamat persekolahan peringkat rendah, anak yang sama perlu memohon semula bantuan diperingkat menengah.

Anak saya telah mendapat bantuan persekolahan. Bolehkah saya memohon bantuan persekolahan untuk anak saya yang lain?
Bantuan Persekolahan hanya diberikan kepada satu anak bagi satu keluarga sahaja.
Saya difahamkan had syiling bagi bantuan peralatan pesakit adalah RM 5000.00 seorang. Saya telah membuat pembelian peralatan berjumlah RM 5000.00, adakah saya akan dapat bayaran balik RM 5000.00 tersebut?
Had syiling bagi Skim Bantuan Peralatan Pesakit adalah sebanyak RM 5000.00. JHEV akan membuat bayaran balik sekiranya veteran telah membeli sendiri peralatan pesakit yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan beserta resit pembelian yang sah.
Saya telah memohon bantuan persekolahan bagi tahun 2010 pada bulan Mei. Tapi permohonan saya dikatakan akan dimasukkan bagi tahun 2011. Mengapa?
Permohonan Bantuan Persekolahan adalah dibuka pada awal tahun sehingga penghujung bulan Februari. Sekiranya permohonan sampai selepas tarikh tersebut maka permohonan akan disimpan untuk kemasukan bagi tahun berikutnya.
Saya telah memohon Bantuan Sara Hidup. Tapi saya tidak layak. Kenapa?
Skim Bantuan Sara Hidup adalah untuk veteran atau tanggungannya yang berpendapatan kurang dari Paras Garis Kemiskinan, cacat atau hilang upaya kekal atau di bawah kategori warga tua yang tiada pendapatan tetap.
Saya telah menerima cek bantuan pertama kali Bantuan Sara Hidup dari JHEV. Saya kurang faham apa tindakan saya selanjutnya.

Setelah menerima cek bantuan pertama kali dari JHEV, penerima perlu mengirimkan surat akuan penerimaan cek dan salinan buku akaun (BSN atau Affin sahaja) ke Cawangan JHEV Negeri yang terdekat atau dihantar terus ke Bahagian Kebajikan JHEV, Kuala Lumpur.

Ini bagi membolehkan pihak Kebajikan JHEV untuk mengemaskini maklumat penerima dalam senarai penerima kami. Melalui ini, bantuan akan dimasukkan secara bulanan ke dalam akaun penerima.

Saya ingin memohon bantuan bencana bagi rumah saya yang mengalami banjir tempoh hari. Apakah cara-cara memohon bantuan tersebut?

Skim Bantuan Bencana merupakan bantuan berupa kewangan bagi membantu veteran atau balu sekiranya berlaku sesuatu bencana yang merosakkan struktur asal rumah hak milik veteran, isteri atau balu.

Bencana dikategorikan samada disebabkan oleh faktor alam seperti banjir, tanah runtuh, hujan ribut atau kebakaran. Laporan polis, pengesahan ketua kampung beserta laporan bomba (jika ada) perlu dikemukakan untuk mengesahkan kejadian tersebut. Gambar kejadian boleh disertakan bagi menyokong kejadian terbabit.

Seterusnya isi borang permohonan Bantuan Bencana Alam dan kembalikan kepada pejabat JHEV yang berhampiran.

Borang tersebut boleh dimuat turun di sini.

Apakah skim-skim bantuan kebajikan yang boleh dimohon oleh veteran ATM?

Terdapat lima skim bantuan kebajikan di bawah JHEV ATM iaitu:

    a. Skim Bantuan Sara Hidup (BSH)

    b. Skim Bantuan Peralatan Pesakit

    c. Skim Bantuan Persekolahan

    d. Skim Bantuan Bencana Alam

    e. Skim Kemasukan IPT

Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV ATM boleh diperolehi di laman web rasmi JHEV ATM – Bantuan Untuk Veteran ATM. (www.jhev.gov.my/bantuan-untuk-veteran-atm/meringankan-beban-kewangan)

Dimanakah Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV ATM perlu dikemukakan?

Semua borang permohonan perlu dikemukakan ke pejabat JHEV Cawangan berdasarkan negeri pemohon bermastautin seperti berikut:

Negeri/ Zon

Alamat

Selangor dan WPKL

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Selangor / Wilayah Persekutuan

Tingkat 1,301 Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Peti Surat 13191,
50802 Kuala Lumpur.
Malaysia.

Tel: 03-2050 8000
Faks: 03-2691 7564 / 7546

Kelantan dan Terengganu

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu

L2.02 Tingkat 2, Bangunan UTC,
Jalan Hamzah,
15050 Kota Bharu Kelantan

Tel: 09-7470 289
Faks: 09-747 0499

Kedah

Perlis

Pulau Pinang

 

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang

268, Kompleks Bangunan Shahab Perdana
Lebuh Raya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Star Kedah

Tel: 04-7332 437 / 446
Faks: 04-7332 592

Perak

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Negeri Perak

Lot UTC 27, Aras 2,
Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak,
Off Jalan Dato` Onn Jaafar,
30300 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-2435 062 / 063
Faks: 05-2435 124

Melaka dan Negeri Sembilan

 

 

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan

Aras 1-A, Wisma Persekutuan
Jalan MITC, Hang Tuah
75450 Air Keruh Melaka

Tel: 06-2345 931 / 932
Faks: 06-2345 930

Johor

 

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Negeri Johor

Bilik 4, Tingkat 9, Bangunan KWSP
Jalan Datuk Dalam
80000 Johor Bahru. Johor

Tel: 07-222 6564/ 07-226 7712
Faks: 07-222 1148

Pahang

 

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Negeri Pahang

Tingkat 1, Wisma Pahlawan
Jalan Gambut 25000
Kuantan Pahang

Tel: 09-5142 235 / 295
Faks: 09-5142 275

Sabah

 

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Negeri Sabah

Pintu C7-3, Tingkat 7,
Blok C, Bangunan KWSP
Jalan Karamunsing
88000 Kota Kinabalu. Sabah

Tel: 088-259 120 / 088-267 506
Faks: 088-5142 275

Sarawak

 

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Negeri Sarawak

Sublot 38 (Survey Lot No 4232) Blok 233
Kuching North Land District
Batu 6 1/2 Jln Penrissen
93250 Kuching Sarawak

Tel: 082-620 906
Faks: 082-620 799

Bolehkah saya mengemukakan Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV ATM secara terus ke Bahagian Kebajikan, JHEV ATM?

Semua borang permohonan perlu lengkap dengan ulasan Pengarah JHEV Cawangan/Negeri.Jika tiada, borang dianggap tidak lengkap dan akan dikembalikan kepada JHEV Cawangan/Negeri untuk semakan semula dan ulasan.

Bagaimanakah caranya jika saya ingin mendapatkan sebarang maklumat seperti cara memohon, status permohonan, status bayaran atau lain-lain maklumat tambahan?

Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan.

Namun, sekiranya permohonan telahpun diproses oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri, pemohon boleh menghubungi Bahagian Kebajikan di talian hotline 03- 26976600 atau 03-20508000 atau nombor sambungan berikut:

Jenis Pertanyaan

Nombor Sambungan Telefon

Skim Bantuan Sara Hidup

8034/ 8038

Skim Bantuan Peralatan Pesakit

8036 / 8029

Skim Bantuan Persekolahan

8036 / 8026

Skim Bantuan Bencana Alam

8033 / 8032

Skim Kemasukan IPT

8033 / 8029

Lain-lain / Am Bah. Kebajikan

8014

Saya telah dihubungi dan diminta untuk mengemukakan dokumen tambahan permohonan. Bagaimana cara untuk saya mengemukakan dokumen tersebut

Dalam tempoh PKP, dokumen tambahan tersebut boleh dikemukakan secara pos / e-mel ke JHEV Cawangan/Negeri atau Bahagian Kebajikan JHEV ATM (berdasarkan pihak yang memohon dokumen tambahan tersebut dikemukakan).

Sebagai tambahan, untuk Bahagian Kebajikan JHEV ATM, sebarang maklumat tambahan / maklum balas boleh dikemukakan melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Bekas suami saya merupakan veteran ATM. Selepas bercerai, beliau tidak dapat dihubungi/hilang tanpa dikesan. Bolehkah saya memohon mana-mana bantuan kebajikan berkaitan bagi menyara/kemudahan anak-anak saya bersama bekas suami tersebut.

Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan. Bagi kes-kes khas seperti hilang tanpa dikesan, veteran menjadi tidak siuman/gila, dipenjarakan dan lain-lain, permohonan boleh dipanjangkan dalam satu mesyuarat khas bagi tujuan pertimbangan.

Saya berhasrat untuk bertemu dengan mana-mana pegawai berkaitan permohonan skim kebajikan. Bolehkah saya berbuat demikian?

Dalam tempoh PKP, sebarang pertemuan bersemuka perlu melalui proses temujanji terlebih dahulu.

Apakah Skim Bantuan Sara Hidup (BSH)?

BSH merupakan bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban sara hidup Veteran ATM atau tanggungan mereka yang berpendapatan isi rumah  di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan. Kadar bantuan adalah RM300.00 sebulan untuk tempoh masa 3 tahun. Bantuan ini akan secara automatik ditamatkan sekiranya pemohon meninggal dunia atau menjadi tidak layak atas sebab-sebab tertentu.

Apakah syarat kelayakan untuk memohon Skim Bantuan Sara Hidup (BSH)?

Syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:

 a. Veteran ATM yang berumur 60 tahun ke atas dengan pendapatan isi rumah di bawah PGK atau PGK Perkapita yang ditetapkan  atau 

Veteran ATM yang berumur 60 tahun ke bawah dengan   penyakit  yang menghalang pekerjaan (Dibuktikan melalui surat   pengesahan tidak boleh bekerja daripada Lembaga Perubatan Hospital   Kerajaan)  dan mempunyai pendapatan isi rumah di bawah PGK atau   PGK Perkapita yang ditetapkan atau

Veteran ATM yang berstatus OKU (berdaftar dengan JKM)   dan mempunyai pendapatan isi rumah di bawah PGK atau PGK   Perkapita yang ditetapkan;

 b. Balu yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah PGK atau PGK  Perkapita yang ditetapkan tanpa mengira had umur. Jika berkahwin  semula, tidak layak memohon.

c. Anak yatim yang berumur tidak melebihi daripada 18 tahun atau tidak melebihi 23 tahun (jika sedang menuntut) yang mempunyai   pendapatan isi rumah di bawah PGK atau PGK Perkapita yang   ditetapkan.

Apakah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)?

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan sesebuah isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan. PGK Perkapita adalah kadar purata pendapatan berdasarkan bilangan isi rumah.

Pada masa ini, bagi tujuan permohonan skim kebajikan JHEV ATM, kadar yang digunakan adalah PGK Purata Miskin Isi Rumah Semasa sebanyak RM980.00 sebulan atau PGK Purata Miskin Perkapita Semasa sebanyak RM300.00 sebulan.

Bolehkah saya semohon semula setelah tamat tempoh 3 tahun Bantuan Sara Hidup (BSH) saya?

Boleh. Pemohon perlu mengemukakan semula borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV ATM yang lengkap ke JHEV Cawangan/Negeri masing-masing setelah tamat tempoh 3 tahun tersebut. Permohonan akan dipertimbangkan jika layak.

Bolehkah saya memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) jika saya telah menerima bantuan Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal dan lain-lain agensi?

Boleh. Pemohon perlu menyatakan maklumat sumbangan bulanan yang diterima dengan lengkap dan tepat di dalam Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV ATM. Permohonan akan dipertimbangkan jika layak.

Berapa lamakah saya akan menerima wang Bantuan Sara Hidup (BSH) di dalam akaun saya?

Pemohon akan menerima wang bantuan di dalam akaun bank penerima di antara sebulan hingga 2 bulan selepas permohonan diluluskan. Dalam tempoh penerimaan bantuan, pemohon perlu memaklumkan JHEV Negeri/ Bahagian Kebajikan JHEV ATM dengan segera sekiranya berlaku pertukaran akaun bank bagi mengelakkan sebarang isu pembayaran.

Saya berpendapatan isi rumah RM1,000.00 sebulan iaitu melebihi RM20 sahaja daripada kadar PGK yang ditetapkan dan tidak dapat bekerja disebabkan masalah penyakit yang dihadapi. Bolehkah saya memohon BSH?

Pemohon disyorkan untuk mengemukakan Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV dan satu sesi siasatan akan dilaksanakan oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri masing-masing. Permohonan akan diangkat di dalam satu mesyuarat khas bagi tujuan pertimbangan. Keputusan mesyuarat akan dimaklumkan kepada pemohon.

Apakah yang perlu dilakukan jika veteran yang menerima Bantuan Sara Hidup ingin berhijrah ke luar negara?

Veteran tersebut hendaklah segera memaklumkan kepada pihak JHEV Negeri/JHEV ATM (ibu pejabat) mengenai perkara ini dan mengemukakan maklumat alamat tempat tinggal, maklumat isi rumah, maklumat bank baharu di luar negara tersebut. Sekiranya melepasi penilaian semula BSH, bayaran akan diteruskan melalui akaun baharu tersebut.

Apakah Skim Bantuan Peralatan Pesakit?

Skim ini merupakan bantuan kewangan sekaligus kepada Veteran ATM, isteri dan tanggungan untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya. Kadar bantuan adalah maksima RM5000 mengikut jenis peralatan-peralatan yang dimohon.

Apakah syarat kelayakan untuk memohon Skim Bantuan Peralatan Pesakit?

Syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Veteran – Pemilik Kad Veteran
  2. Tidak diberhentikan atas dasar tatatertib
  3. Balu veteran ATM – dikahwini semasa dalam perkhidmatan.
  4. Anak Yatim Veteran – Di bawah 18 tahun
  5. Permohonan hendaklah disertakan dengan laporan/memo daripada pegawai perubatan kerajaan bagi menyokong keperluan, sebut harga atau resit asal pembelian
  6. Bagi permohonan tuntutan bayaran balik, perlu dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian/tarikh pembelian.
  7. Permohonan bagi peralatan yang sama layak dipertimbangkan selepas tempoh 5 tahun.
Bapa saya yang merupakan veteran ATM telah membeli peralatan seperti tongkat dan kerusi roda berdasarkan syor doktor yang merawat. Sebelum sempat permohonan bayaran balik dibuat, beliau telah meninggal dunia. Bolehkan tuntutan bayaran balik dilakukan?

Boleh. Keluarga boleh memohon untuk membuat tuntutan dalam tempoh setahun dari tarikh pembelian. Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan pihak JHEV Cawangan/Negeri.

Bapa saya yang merupakan veteran ATM telah menghantar permohonan pembelian beberapa peralatan pesakit berdasarkan syor doktor yang merawat. Namun demikian, sebelum peralatan tersebut dapat dibekalkan, beliau telah meninggal dunia. Adakah keluarga saya layak dibekalkan dengan peralatan tersebut?

Tidak. Peralatan tersebut adalah untuk kegunaan pemohon. Sekiranya tanggungan beliau turut mempunyai masalah kesihatan yang sama dan disyorkan doktor untuk mendapatkan peralatan pesakit yang sama, permohonan baru perlu dibuat atas nama tanggungan veteran ATM tersebut.

Saya telah membeli kerusi roda jenis motorized berharga RM2,000.00. Adakah saya akan diluluskan bayaran penuh bagi peralatan yang dibeli?

Setiap permohonan akan dipertimbangkan di dalam satu mesyuarat khas yang turut dihadiri oleh doktor perubatan kerajaan yang dilantik. Jenis peralatan dan kadar harga ditentukan berdasarkan jenis penyakit yang dihadapi dan laporan perubatan/dokumen tambahan jika perlu. Pemohon akan dibayar atau dibekalkan dengan peralatan pesakit yang sepatutnya berdasarkan penentuan tersebut.

Saya telah mengemukakan permohonan bagi Skim Bantuan Peralatan Pesakit. Bagaimana saya ingin mengetahui status sama ada permohonan tersebut dipertimbangkan atau tidak?

Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan.

 Namun, sekiranya permohonan telahpun diproses oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri, pemohon boleh menghubungi Bahagian Kebajikan di talian hotline 03- 26976600 atau 03-20508000 atau nombor sambungan berikut:

 

Jenis Pertanyaan

Nombor Sambungan Telefon

Skim Bantuan Sara Hidup

8034/ 8038

Skim Bantuan Peralatan Pesakit

8036 / 8029

Skim Bantuan Persekolahan

8036 / 8026

Skim Bantuan Bencana Alam

8033 / 8032

Skim Kemasukan IPT

8033 / 8029

Lain-lain / Am Bah. Kebajikan

8014

 

Apakah Skim Bantuan Persekolahan?

Skim ini merupakan bantuan kewangan bagi membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah/vokasional. Tempoh bantuan adalah sepanjang tempoh persekolahan di peringkat tersebut. Kadar bantuan adalah seperti berikut:

  1. Peringkat rendah – RM500 setahun
  2. Peringkat menengah/vokasional – RM700 setahun
Apakah syarat kelayakan untuk memohon Skim Bantuan Persekolahan?

Syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Veteran – Pemilik Kad Veteran berumur 45 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan di bawah PGK Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Perkapita Semasa yang ditetapkan
  2. Tidak diberhentikan atas dasar tatatertib
  3. Balu veteran ATM – dikahwini semasa dalam perkhidmatan.
  4. Anak Yatim Veteran – Di bawah 18 tahun
  5. Setiap keluarga layak bagi seorang anak yang bersekolah sahaja.

 

Saya mempunyai seorang anak yang belajar di Tahun 1, seorang anak di Tingkatan 2 dan seorang anak lagi belajar di sekolah vokasional dalam Tingkatan 3. Bagaimana penentuan kadar bantuan dilakukan?

Kadar bantuan disyorkan berdasarkan tempoh terpanjang atau kadar tertinggi yang boleh dinikmati oleh pemohon. Contohnya:

 Darjah 1 – RM500 x 6 tahun (sehingga Tahun 6) = RM3,000.00

Tingkatan 2 – RM700 x 4 tahun (sehingga Ting. 5) = RM2,800.00

Vokasional – RM700 x 5 tahun (sehingga umur 19 tahun) = RM3,500

 ## Pemohon akan diluluskan kadar RM700 setahun bagi anak yang belajar di Tingkatan 3 sekolah Vokasional tersebut.

Bekas suami saya adalah veteran ATM. Bolehkah saya memohon Bantuan Skim Persekolahan ini bagi pihak bekas suami saya bagi tujuan pembiayaan persekolahan anak kami?

Tidak boleh. Hanya pemegang kad veteran boleh memohon jika masih hidup. Puan boleh meminta bekas suami membuat permohonan jika layak.

Saya telah mengemukakan permohonan bagi Skim Bantuan Persekolahan. Bagaimana saya ingin mengetahui status sama ada permohonan tersebut dipertimbangkan atau tidak?

Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan.

Namun, sekiranya permohonan telahpun diproses oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri, pemohon boleh menghubungi Bahagian Kebajikan di talian hotline 03- 26976600 atau 03-20508000 atau nombor sambungan berikut:

 

Jenis Pertanyaan

Nombor Sambungan Telefon

Skim Bantuan Sara Hidup

8034/ 8038

Skim Bantuan Peralatan Pesakit

8036 / 8029

Skim Bantuan Persekolahan

8036 / 8026

Skim Bantuan Bencana Alam

8033 / 8032

Skim Kemasukan IPT

8033 / 8029

Lain-lain / Am Bah. Kebajikan

8014

 

Apakah Skim Bantuan Bencana Alam?

Skim ini merupakan bantuan kewangan sekaligus untuk meringankan beban dan kesusahan yang dialami oleh Veteran ATM akibat bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya yang menyebabkan kerosakan struktur terhadap kediaman beliau sehingga menyebabkan kediaman tersebut tidak selamat atau tidak boleh didiami oleh pemohon dan tanggungan

Berapakah kadar bantuan di bawah skim ini?

Kadar bantuan adalah sehingga RM10,000 mengikut penilaian kerosakan

Apakah syarat kelayakan untuk memohon Skim Bantuan Bencana Alam

Syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Veteran – Pemilik Kad Veteran
  2. Tidak diberhentikan atas dasar tatatertib
  3. Veteran bermastautin di kediaman tersebut
  4. Balu Veteran – dikahwini semasa berkhidmat. Jika berkahwin semula, tidak layak memohon.
  5. Permohonan dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh bencana alam berlaku
Rumah saya mengalami banjir yang menyebabkan peralatan elektrik rosak, dinding rumah menjadi retak dan senget, motorsikal rosak dan perabot juga rosak. Saya menganggarkan kerugian sebanyak RM10,000.00. Adakah saya layak diluluskan sepenuhnya bagi kerugian tersebut?

Penilaian kerosakan struktur akan dilaksanakan oleh Jurutera Awam (JKR) yang dilantik. Penilaian kerosakan hanya melibatkan struktur rumah kediaman dan tidak termasuk perabot dan peralatan elektrik atau kenderaan pemohon. Kadar bantuan akan berdasarkan penilaian oleh Jurutera Awam tersebut bagi kerosakan yang berkaitan sahaja

Rumah saya terletak betul-betul di tebing sungai. Saya mendapati tebing sungai telah terhakis dan rumah saya boleh runtuh jika hakisan tersebut berterusan berlaku. Bolehkah saya memohon bantuan ini?

Kerosakan struktur rumah belum berlaku. Sehubungan itu, permohonan tidak dapat dipertimbangkan. Namun, pemohon disyorkan untuk memaklumkan isu ini kepada JHEV ATM Cawangan/Negeri untuk khidmat nasihat atau memanjangkan pemakluman secara bertulis kepada Ketua Pengarah JHEV ATM untuk perhatian beliau.

Kejadian ribut telah melanda kawasan perumahan saya dan menyebabkan bahagian bumbung hadapan rumah saya tercabut. Bolehkah saya dipertimbangkan bantuan bencana ini.

Pemohon disyorkan untuk membuat pemakluman kepada JHEV ATM Cawangan/Negeri untuk khidmat nasihat dan tindakan lawatan bencana. Seterusnya mengemukakan permohonan melalui Borang Permohonan Bantuan Skim Kebajikan JHEV ATM. Pertimbangan akan diberi jika melepasi syarat-syarat kelayakan.

Kejadian ribut telah melanda rumah saya dan menyebabkan pagar rumah senget, awning rumah saya tercabut dan bumbung stor peralatan rosak ditimpa dahan pokok. Saya telah mengemukakan permohonan namun diputuskan gagal. Mengapa?

Pagar, awning, bahagian parkir/garaj, stor peralatan dan lain-lain bahagian rumah yang bukan merupakan kawasan yang boleh ‘didiami’ oleh pemohon tidak dianggap struktur rumah kediaman.

Apakah Skim Bantuan Kemasukan IPT?

Skim ini merupakan bantuan kewangan sekaligus bagi meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik dan IPTS terpilih bagi anak-anak Veteran ATM.

Berapakah kadar bantuan di bawah skim ini?

Kadar bantuan adalah seperti berikut:

  1. RM1000 bagi pengajian peringkat Diploma;
  2. RM1500 bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama.
Apakah syarat kelayakan untuk memohon Skim Kemasukan IPT?

 

  1. Veteran – Pemilik Kad Veteran
  2. Tidak diberhentikan atas dasar tatatertib
  3. Balu veteran ATM – dikahwini semasa dalam perkhidmatan
  4. Had Umur Anak – tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran
  5. Pengajian sepenuh masa dan di dalam Negara sahaja
  6. Kursus Pengajian Profesional tidak layak dipertimbangkan
  7. Kursus berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan tidak layak dipertimbangkan
Anak saya mendapat tawaran bagi pengajian peringkat diploma di UITM. Bolehkah saya terus memohon bantuan ini?

Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan yang mengesahkan pendaftaran anak tersebut semasa membuat permohonan.

Anak saya telah mendaftar dan belajar di UITM pada tahun lepas bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama. Bolehkah saya memohon bantuan ini.

Permohonan boleh dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh pendaftaran dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Anak saya telah ditawarkan melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di IPTS. Bagaimanakah saya ingin menyemak sama ada IPTS tersebut tersenarai bagi tujuan permohonan?

Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan.

Namun, sekiranya permohonan telahpun diproses oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri, pemohon boleh menghubungi Bahagian Kebajikan di talian hotline 03- 26976600 atau 03-20508000 atau nombor sambungan berikut:

 

Jenis Pertanyaan

Nombor Sambungan Telefon

Skim Bantuan Sara Hidup

8034/ 8038

Skim Bantuan Peralatan Pesakit

8036 / 8029

Skim Bantuan Persekolahan

8036 / 8026

Skim Bantuan Bencana Alam

8033 / 8032

Skim Kemasukan IPT

8033 / 8029

Lain-lain / Am Bah. Kebajikan

8014

 

Kerjaya

Selaku majikan, bagaimanakah proses untuk mendapatkan sumber tenaga kerja?

Para majikan yang berminat untuk mendapatkan sumber tenaga kerja dari kalangan Veteran ATM bolehlah menghubungi JHEV di alamat dan talian seperti di bawah:

Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi
Tingkat 2,
301, Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-20508027 / 8028

Para majikan juga perlu menggariskan perkara-perkara berikut ketika menawarkan sebarang jenis jawatan kosong semasa berhubung dengan JHEV.

  1. Nama jawatan kosong.
  2. Jumlah kekosongan.
  3. Kelayakan atau syarat-syarat yang diperlukan.
  4. Gaji dan elaun-elaun yang diberi.
  5. Kemudahan-kemudahan lain seperti perlindungan insurans, pinjaman, penginapan, pengangkutan dan lain-lain
  6. Nama pegawai sumber manusia atau pengurus yang bertanggungjawab untuk dihubungi berserta no. telefon, no. faks dan alamat majikan yang lengkap.
  7. Kriteria-kriteria lain yang berkenaan sekiranya ada.
Bagaimanakah prosedur kerja Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi (BKS) di dalam usaha mendapatkan pekerjaan kepada Veteran ATM sebagai kerjaya kedua selepas mereka menamatkan perkhidmatan kelak?

BKS menerima pendaftaran permohonan pekerjaan daripada Veteran ATM. Menerima penawaran pekerjaan daripada majikan-majikan.

  1. Menerima penawaran pekerjaan daripada majikan-majikan.
  2. Melakukan penyesuaian kerja berpandukan syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan/diperlukan oleh pihak majikan.
  3. Memajukan pencalonan Veteran ATM kepada majikan.
  4. tarikh temuduga kepada Veteran ATM
  5. Melakukan pemantauan berterusan terhadap Veteran ATM dan majikan.
Apakah usaha-usaha JHEV ATM dalam membantu para Veteran ATM untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam?
Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi (BKS) JHEV sentiasa berhubung dengan agensi-agensi kerajaan untuk berbincang mengenai peluang pekerjaan yang dapat diberikan kepada para Veteran ATM. Buat masa sekarang, JHEV telah menerima tawaran kosong untuk para Veteran daripada PDRM, RELA, dan juga JAKIM. Maklumat-maklumat lanjut mengenai jawatan-jawatan kosong ini boleh didapati di laman web JHEV.
Apakah bidang pekerjaan yang sering ditawarkan oleh majikan kepada JHEV?
Bidang pekerjaan yang seringkali diterima oleh JHEV daripada majikan ialah bidang keselamatan, pemandu dan elektronik. Manakala bidang pekerjaan lain adalah tertakluk kepada kekosongan di syarikat berkenaan.

Sosioekonomi

Adakah Veteran ATM dikenakan sebarang bayaran bagi mengikuti kursus Post Peralihan anjuran PERHEBAT?
Veteran ATM yang terpilih untuk mengikuti kursus Post Peralihan anjuran PERHEBAT hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 sehari sekiranya memerlukan kemudahan sajian dan penginapan yang disediakan oleh PERHEBAT. Manakala kos pengajian kursus tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh PERHEBAT.
Veteran ATM yang terpilih untuk mengikuti kursus Post Peralihan anjuran PERHEBAT hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 sehari sekiranya memerlukan kemudahan sajian dan penginapan yang disediakan oleh PERHEBAT. Manakala kos pengajian kursus tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh PERHEBAT.

Veteran ATM yang berminat untuk memohon pembiayaan kursus perlu datang sendiri ke ibu pejabat JHEV (Bahagian Bimbingan Kerjaya) dan membawa dokumen lengkap berikut:

  1. Surat permohonan dari veteran bagi permohonan pembiayaan kursus tersebut.
  2. Surat tawaran beserta sebut harga (yuran kursus)
  3. Salinan Buku Perkhidmatan
  4. Salinan Kad Bekas Tentera
  5. Salinan sijil-sijil yang berkaitan

Seterusnya permohonan akan diproses untuk kelulusan Ketua Pengarah JHEV. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi Bahagian Kerjaya & Sosioekonomi di talian 03-20508027 / 8028

Bolehkah Veteran ATM mengikuti kursus jangka panjang (Kursus Latihan Peralihan) yang tidak ditawarkan dalam jadual kursus Post Peralihan?
Veteran ATM boleh memohon untuk mengikuti kursus jangka panjang tetapi akan dikenakan bayaran RM10 sehari sekiranya memerlukan kemudahan PERHEBAT seperti penginapan dan sajian.Bayaran tersebut hendaklah dijelaskan semasa membuat pendaftaran di PERHEBAT.
Adakah JHEV menyediakan lot-lot tanah pertanian?
JHEV tidak menyediakan lot-lot tanah pertanian,apa yang perlu JHEV lakukan ialah membuat tinjauan lot-lot tanah yang kosong di pejabat tanah berkenaan.Jabatan ini hanya mengeluarkan surat sokongan kepada permohonan sahaja.
Adakah JHEV menyediakan peluang-peluang projek untuk kontraktor-kontraktor Veteran ATM?
JHEV tidak menyediakan peluang-peluang projek kontraktor-kontraktor Veteran ATM adalah dinasihatkan untuk meneliti iklan-iklan tanda di dalam akhbar-akhbar utama dan mengambil peluang menyertai tender tersebut.
Apa peranan JHEV dalam membangunkan sektor pertanian, penternakan dan perikanan yang diusahakan oleh Veteran ATM?
Untuk membangunkan Veteran ATM yang terlibat dalam sektor berkenaan, JHEV menghubungkan pengusaha dengan jabatan berkaitan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Adakah JHEV menyediakan pinjaman perniagaan?

JHEV tidak menyediakan pinjaman perniagaan, walau bagaimanapun JHEV menyokong permohonan pinjaman perniagaan yang dibuat kepada institusi-institusi pemberi pinjaman. Untuk makluman bahawa JHEV menjadi Mentor kepada Skim Mikro Kredit BSN untuk pinjaman perniagaan tidak lebih RM 20,000.

Dasar

Bagaimanakah Veteran atau Persatuan hendak berurusan dengan Unit Hal Ehwal Persatuan JHEV ATM ?

Semua kaunter urusan hal ehwal persatuan adalah DITUTUP selaras dengan arahan YAB Perdana Menteri berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai hal ehwal berkaitan persatuan bolehlah dikemukakan melalui alamat emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau melalui telefon di talian 03-2697 6600/ 03-2050 8000.

Bagaimanakah caranya untuk membuat Permohonan Pendaftaran Persatuan atau Cawangan Baru semasa dalam tempoh PKP?

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan semua dokumen secara pos ke alamat seperti berikut:

                 Unit Hal Ehwal Persatuan,
                 Bahagian Dasar,
                 Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
                 301, Medan Tuanku, Tingkat 2,
                 Jalan Tuanku Abdul Rahman,
                 50100 Kuala Lumpur.

Pengurusan permohonan dan urusan berkaitan persatuan adalah berjalan seperti biasa. Sebarang bentuk pembayaran fi boleh dilaksanakan secara pos

Bolehkah pihak persatuan melaksanakan perhimpunan/ persidangan/ mesyuarat agung tahunan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Pihak pertubuhan ADALAH DILARANG untuk melaksanakan aktiviti perhimpunan/ persidangan/mesyuarat agung tahunan sehingga dimaklumkan kelak. Perkara ini adalah selaras dengan arahan Pendaftar Persatuan berhubung penularan wabak COVID-19. Hal ini juga mengambil kira arahan daripada Ketua Pengarah Kesihatan yang memohon agar semua rakyat Malaysia mengelakkan sebarang bentuk mass gathering atau mengadakan perhimpunan di sesuatu tempat yang boleh mengakibatkan penularan wabak COVID-19. Susulan itu, sebarang aktiviti hendaklah berpandukan Standard Operating Procedure (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Oleh itu, sebarang pelaksanaan mesyuarat dan aktiviti persatuan secara bersemuka hendaklah ditangguhkan sehingga keadaan dan situasi kembali pulih.

Bolehkah mesyuarat atau mesyuarat penaja pertubuhan dilaksanakan secara atas talian?

Boleh. Perkara ini mengambil kira arahan PKP yang melarang sebarang bentuk mass gathering dilaksanakan. Walau bagaimanapun, tatacara pengurusan mesyuarat hendaklah mematuhi dan selaras dengan kehendak perlembagaan pertubuhan. Semua dokumentasi yang berkaitan dengan perbincangan harus ada sebagai pembuktian suatu perbincangan telah diadakan seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan. Hal ini terpakai bagi pertubuhan yang bercadang untuk melaksanakan perbincangan dan mesyuarat menggunakan konsep virtual atau video call.

Bolehkah Pihak Pertubuhan Melaksanakan Perhimpunan/ Persidangan/ Mesyuarat Agung Tahunan Secara Dalam Talian?

Boleh dan adalah digalakkan. Perkara ini adalah untuk mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan secara fizikal dan ia mampu mengelakkan daripada wabak Covid-19 daripada terus menular dan ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan wabak tersebut. Pada era teknologi ini seharusnya pertubuhan mengambil peluang untuk memanfaatkan penggunaan teknologi dan tidak lagi bergantung kepada kaedah konvensional dalam pengurusan pertubuhan masing-masing. Perkara yang sama juga terpakai ke atas mesyuarat bulanan atau mesyuarat jawatankuasa atau apa jua bentuk mesyuarat yang telah diperuntukan dalam perlembagaan pertubuhan masing-masing.

Persatuan disaran mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan secara maya menggunakan konsep Webinar atau persidangan video. Antara aplikasi yang sering digunakan dan boleh digunapakai adalah seperti berikut :

  1. Microsoft Teams — maksimum 300 peserta dan limitasi masa adalah 24 jam setiap satu sesi.
  2. Google Meet — maksimum 150 peserta dan limitasi masa adalah 1 jam setiap satu sesi.
  3. Webex — maksimum 100 peserta dan tiada limitasi masa.
Adakah Pendaftar Persatuan Veteran Menetapkan Sebarang Syarat Berhubung Pengendalian Mesyuarat Secara Dalam Talian?

Pendaftar tidak menetapkan sebarang syarat berhubung cara dan kaedah pengendalian mesyuarat secara dalam talian. Walau bagaimanapun, segala peruntukan seperti korum mesyuarat, pengeluaran notis, usul, topik pembentangan dan lain-lain perkara berkaitan hendaklah selaras dengan apa yang telah diperuntukan di dalam undang-undang tubuh persatuan (perlembagaan persatuan). Minit Mesyuarat juga hendaklah disediakan dengan lengkap dan menjadi tanggungjawab pertubuhan untuk memastikan segala maklumat yang diperlukan direkodkan dengan sempurna untuk dijadikan sebagai bukti pelaksanaan sesuatu mesyuarat semasa mengemukakan Penyata Tahunan kepada Pendaftar Persatuan selaras dengan Akta Veteran 2012 [Akta 740].

Siapakah yang boleh dihubungi dalam tempoh PKP sekiranya terdapat persoalan berhubung pengurusan persatuan?

Pihak persatuan berdaftar boleh mengemukakan sebarang persoalan melalui alamat emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau menelefon talian 03-2697 6600/ 03-2050 8000.