• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Pengumuman
  • Pembukaan Semula Kaunter Khidmat Pelanggan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB)

Pengumuman

Pembukaan Semula Kaunter Khidmat Pelanggan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB)

Kaunter Khidmat Pelanggan JHEV ATM akan dibuka semula mulai 6 Mei 2020 tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Waktu/Masa Berurusan :
    1. Waktu : 9.00pagi hingga 2.30 petang.
    2. Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum). Kuala Lumpur & Selangor, Negeri Sembilan & Melaka, Perak, Pahang, Sabah, Sarawak. (Tertakluk kepada arahan semasa kerajaan Negeri berkenaan).
    3. Ahad hingga Khamis (kecuali cuti umum). Negeri Kelantan & Terengganu, Kedah, Pulau Pinang & Perlis, Johor. (Tertakluk kepada arahan semasa kerajaan Negeri berkenaan)
  2. Membuat temujanji sehari awal melalui Pusat Panggilan dan menyatakan tujuan kehadiran.
  3. Pelanggan yang ingin berurusan dinasihatkan untuk hadir berurusan bagi perkara-perkara yang penting sahaja agar Arahan PKPB dapat dipatuhi dalam mencegah penularan wabak COVID-19.
  4. Etika Dikaunter Khidmat Pelanggan JHEV ATM semasa PKPB
    1. Jarak pergerakan/perjalanan pelanggan masih tertakluk kepada arahan semasa pihak berkuasa.
    2. Perjalanan merentas sempadan bagi negeri adalah tidak dibenarkan
    3. Mematuhi etika penjarakan sosial
    4. Pelanggan mestikan sihat dan suhu badan di paras normal
    5. Memakai topeng muka
    6. Merekod maklumat terlebih dahulu sebelum berurusan dikaunter
    7. Mencuci tangan sebelum dan setelah selesai berurusan dikaunter