Skim Bantuan Bencana Alam

Bantuan Bencana Alam bertujuan untuk meringankan beban kewangan Veteran ATM yang mengalami kerosakan struktur rumah akibat daripada bencana alam seperti ribut, kebakaran, taufan, gempa bumi, banjir, tanah runtuh, Tsunami dan lain-lain. 

Kadar Bantuan Bencana Alam yang boleh diluluskan adalah tidak melebihi RM10,000.00 (maksimum) berdasarkan laporan siasatan daripada pihak berkuasa yang berkaitan seperti Polis, Bomba dan pihak berkuasa tempatan. 


Syarat -Syarat Bantuan Bencana Alam

  • Veteran ATM* :
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa

    * Tanpa mengira tempoh khidmat.

  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Pemohon hendaklah bermastautin di rumah tersebut dan perakuan pemastautin perlu disahkan oleh Ketua Kampung atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
  • Pengesahan berlakunya bencana alam hendaklah disokong dengan laporan pihak berkuasa yang berkaitan seperti Polis, Bomba atau pihak berkuasa tempatan berserta gambar kejadian atau kerosakan (sekiranya ada).
  • Bagi kerosakan yang telah dibaiki, pemohon hendaklah mengemukakan gambar ketika pembaikan dibuat dan resit asal pembayaran yang telah diselesaikan
  • Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian bencana alam itu berlaku.
  • Kerosakan yang diambil kira dalam pemberian Bantuan Bencana Alam hanyalah kerosakan terhadap struktur utama bangunan rumah sahaja tidak termasuk kerosakan harta benda seperti kenderaan, perkakas rumah, barangan elektrik, perabot dan dokumen peribadi.

Kadar bantuan

Kadar bantuan tidak melebihi RM10,000 maksimum.


Bagaimana untuk memohon?

  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
    Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019
  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
  • Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
  • Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
  • Semakan status permohonan boleh dibuat di:
    Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
    Semak status permohonan

Dapatkan bantuan!

Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000