Tentang Jabatan

Bahagian Pencen


Unit Faedah Perkhidmatan Dan Hilang Upaya

  • Memberi khidmat nasihat, rundingan dan penerimaan borang permohonan berkaitan faedah-faedah persaraan.
  • Menerima permohonan rayuan veteran berkaitan ulang kaji peratusan hilang upaya.
  • Memproses dokumen bagi pembayaran faedah persaraan veteran dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Melaksana dan menghentikan potongan pencen veteran bagi pembayaran balik pinjaman perumahan Kerajaan.
  • Melaksana dan menghentikan potongan pencen bagi tujuan potongan nafkah kepada isteri dan anak selaras dengan arahan mahkamah dan juga kes-kes bankrap.
  • Melaksanakan potongan faedah persaraan bagi tujuan menyelesaikan hutang-hutang Kerajaan.
  • Menghadiri perbicaraan mahkamah sebagai saksi berkaitan kes-kes tuntutan nafkah veteran yang bercerai.
  • Ahli kepada mesyuarat Lembaga Penentu Sebab Kesihatan bagi kes-kes anggota yang masih berkhidmat.

Unit Faedah Terbitan

  • Memberi khidmat nasihat, rundingan dan penerimaan borang permohonan berkaitan faedah-faedah persaraan berikutan kematian anggota dan veteran.
  • Memproses dan membuat pembayaran ke atas tuntutan Bantuan Mengurus Jenazah veteran.
  • Memproses dokumen bagi pembayaran faedah persaraan akibat kematian veteran atau anggota dalam tempoh yang ditetapkan. .
  • Memproses dan membuat pembayaran kepada waris veteran wang yang dipulangkan dari bank.
  • Memulih dan menghentikan pembayaran pencen kepada waris veteran mengikut kelayakan seperti yang digariskan di dalam peraturan

Unit Faedah Perubatan

  • Urusetia bersama kepada Jawatankuasa Kebajikan dan Perubatan.

  • Menyediakan kertas kerja dan dibentangkan kepada Lembaga Penentu Sebab Kesihatan.

  • Memberi khidmat nasihat dan rundingan berkaitan faedah-faedah perubatan.

  • Menyelaras penyediaan maklumat permohonan veteran bagi tujuan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Memproses permohonan pusat dialisis untuk menjadi panel pusat haemodialisis Jabatan.

  • Memproses dan membuat bayaran kepada tuntutan pembayaran balik perbelanjaan perubatan oleh veteran.

  • Memproses dan membuat bayaran kepada tuntutan pembekalan ubat dan peralatan pesakit oleh syarikat.

Unit Penyelarasan Faedah

  • Memberi khidmat nasihat dan rundingan berkaitan pelarasan faedah persaraan.
  • Melaksanakan pelarasan faedah persaraan selaras dengan dasar baru yang diumumkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa. .
  • Mengurus pembayaran pencen bagi veteran/ penerima berada di luar negara.
  • Mengemaskini maklumat veteran ke dalam VIBES

Unit Inspektorat

  • Melaksanakan pertukaran akaun pembayaran pencen atas permohonan veteran/ balu/ anak yang menerima pencen.
  • Melaksanakan proses-proses pengenal pastian dan pembayaran semula bagi kes-kes akaun deposit.
  • Melaksanakan pertukaran skim pembayaran pencen dari skim B ke skim A.
  • Memproses dan membuat pembayaran balik bagi pencen yang tercicir.
  • Melaksanakan proses tuntutan pembayaran balik bagi kes-kes Akaun Belum Terima.
  • Memproses dan membuat pembayaran bagi faedah-faedah tambahan kepada veteran.

Unit Pentadbiran, Bilik Fail Dan Kad Veteran (KV)

  • Memberi perkhidmatan berkaitan khidmat nasihat, rundingan dan penerimaan borang permohonan berkaitan faedah-faedah persaraan dan perubatan melalui kaunter perkhidmatan.
  • Mengurus, mentadbir dan menyelenggara fail-fail veteran sama ada berpencen atau tidak berpencen.
  • Memberi maklum balas dan menyediakan jawapan kepada isu-isu berkaitan faedah persaraan yang dibangkitkan sama ada melalui pertanyaan Parlimen, media massa atau media elektronik.
  • Mengurus permohonan dan mencetak KV yang menjadi pengenalan kepada veteran ATM dan sebagai kegunaan bagi mendapatkan kemudahan perubatan yang disediakan oleh Kerajaan secara percuma.
  • Menyelaras dan mengumpul maklumat berkaitan Veteran ATM.
  • Menyediakan laporan dan statistik bagi kegunaan Kementerian Pertahanan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan lain-lain pihak yang berkaitan.
  • Sebagai pegawai perhubungan dengan Jabatan Arah Rekod dan Pencen bagi tujuan penyelarasan data, maklumat serta penerimaan dokumen berkaitan pembayaran faedah persaraan kepada Veteran ATM.
  • Menyemak dan memantau pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan berkaitan faedah persaraan.