Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Peningkatan Sosioekonomi Veteran ATM

JHEV ATM komited dalam membantu veteran ATM dengan penawaran pekerjaan melalui sistem VIBES 2.0

Antara agensi yang bekerjasama dalam penawaran pekerjaan untuk Veteran ATM
Permohonan ditutup pada masa ini.
Klik ikon untuk lihat tawaran pekerjaan
| | | |

JHEV ATM mengenalpasti ruang dan peluang bagi membantu usahawan veteran ATM melalui kerjasama dengan agensi kerajaan dan syarikat swasta

MOU bersama PERNAS

PERNAS akan bekerjasama dengan JHEV ATM untuk membangunkan usahawan Veteran ATM yang berpotensi ke arah menjadi pemain industri francais melalui pelaksanaan program latihan seperti Program Roadmap to Franchise, Program Pembiayaan i-VIP kepada usahawan Veteran ATM yang berkelayakan dan penglibatan kedua-dua pihak dalam penganjuran karnival keusahawanan.

Bermula tahun 2025, program Road to Franchise untuk Usahawan Veteran ATM disasar untuk dilaksanakan meliputi enam (6) pejabat zon PERNAS di seluruh negara.

MOU bersama AGROBANK

JHEV ATM dan AGROBANK bekerjasama membangunkan Inisiatif Kerjaya Kedua Veteran ATM dalam bidang pertanian. Inisiatif ini akan dimulakan dengan pilot project iaitu Program Pembiayaan Ladang Kontrak Agro Defense Veteran ATM dengan kerjasama Aqina Fruits untuk Veteran ATM yang terpilih bagi pertanian nenas melibatkan tiga lokasi masing-masing di Negeri Perlis (Chuping), Pahang (Pekoti) dan Sabah (Beaufort).

MOU bersama AFFIN Islamic Bank Berhad

Kerjasama strategik yang terjalin di antara JHEV ATM dan AFFIN Islamic Bank Berhad ini bertujuan untuk membangunkan usahawan Veteran ATM terutamanya golongan asnaf dan B40 melalui program latihan dan pemantauan perniagaan. Program ini mendapat tajaan Bank Negara serta akan dilaksanakan dengan kerjasama Malaysian Research & Education Fundation (MyREF).

Sehingga 24 Januari 2025, seramai 12 Veteran ATM daripada 43 permohonan telah dibuat tapisan untuk menjalani sesi temuduga pemilihan.


Inisiatif Perumahan Veteran ATM mula dilaksanakan pada tahun 2021 sebagai suatu usaha berteruskan JHEV ATM untuk menambahbaik bantuan-bantuan kebajikan sedia ada. Inisiatif ini melibatkan Program Baik Pulih Rumah veteran sedia ada atau membina baharu rumah untuk veteran.

Program Bina Baharu dilaksanakan dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), manakala bagi Program Baik Pulih dilaksanakan dengan kerjasama kontraktor yang berdaftar dengan CIDB.

| | |

Latihan dan Kursus

JHEV ATM sentiasa mencari peluang latihan untuk membantu meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran Veteran ATM.

  • Senarai latihan / kursus untuk Veteran ATM

Pendidikan

JHEV ATM juga giat menerokai peluang pendidikan untuk anak Veteran ATM

  • Peluang pendidikan untuk anak Veteran ATM

Sebarang pertanyaan berkenaan inisiatif-inisiatif ini sila hubungi bahagian kerjaya dan sosioekonomi jhev ATM di talian 03-2050 8028 / 8102 / 8024 atau 019-301 4634

Kembali Keatas

Bilangan Pelawat

3418334
Hari Ini: 501
Jumlah Pelawat: 3,418,334

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2024 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM