• Home
  • ICT Safety Policy

Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT

DKICT MinDef mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT MinDef.

DKICT MinDef diwujudkan untuk menjamin kesinambungan bisnes MinDef dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT.

Dasar ini juga bertujuan untuk memudahkan perkongsian maklumat sesuai dengan keperluan operasi MinDef. Ini hanya boleh dicapai dengan memastikan semua aset ICT dilindungi.

Penyataan Dasar

Keselamatan ditakrifkan sebagai keadaan yang bebas daripada ancaman dan risiko yang tidak boleh diterima. Kawalan keselamatan adalah proses berterusan secara berkala yang mesti dilakukan untuk menjamin keselamatan.

Untuk penerangan lanjut sila muat turun pdf di bawah: