
        Tentang Jabatan    
Bahagian Dasar Dan Pertubuhan Veteran
Unit Dasar
-             Mengkaji dan menggubal dasar bagi mempertingkatkan taraf sosioekonomi serta kebajikan Veteran ATM;
-             Menyediakan kertas cadangan untuk pertimbangan sama ada Jemaah Menteri, Lembaga Menteri atau pihak lain yang berkaitan;
-             Menyelaras jawapan bagi soalan-soalan Parlimen berkaitan Jabatan dan hal ehwal Veteran ATM; dan
-             Bertindak sebagai pegawai perhubungan antara Jabatan dengan agensi-agensi lain sama ada dalam atau luar negara.
Unit Perancangan Strategik
-             Menyelaras dan memantau pelaksanaan Program Strategik Kementerian di Jabatan;
-             Menyelaras pelaporan OBB, MPI, KPI, PS5T, Manifesto, dll.;
-             Menyelaras Program Inovasi dan KIK Jabatan; dan
-             Menyelaras maklumbalas bagi mesyuarat di peringkat Kementerian (MPT, Pos Kabinet, Jemaah Menteri, dll.).
Unit Pendaftaran dan Hal Ehwal Persatuan
-             Melaksana dan menyelaras urusan pendaftaran Veteran ATM dan Persatuan Veteran ATM;
-             Menyelaras peraturan dan pembiayaan Persatuan Veteran ATM; dan
-             Memantau aktiviti Persatuan Veteran ATM yang berdaftar dengan JHEV ATM.
Unit Sekretariat, Penyelidikan dan Pembangunan
-             Mengurusetiakan Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) serta Jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan MVK;
-             Menyelaras pengumpulan data dan maklumat berkaitan Veteran ATM;
-             Memantau aktiviti-aktiviti yang dijadualkan oleh Yayasan Veteran ATM; dan
-             Menyelaras segala perkara berkaitan sekretariat, penyelidikan dan pembangunan Jabatan serta hal ehwal Veteran ATM.
 Bahasa
                                                                            Bahasa                                             English
                                                                            English                                            









