𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥, 𝟱 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟰 - Mej Jen Datuk Hamdan bin Haji Ismail (B), Pengerusi Eksekutif Muhafiz Technology Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera milik veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mej Jen Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki bagi membincangkan peluang kerjasama dan pembangunan keusahawanan veteran ATM.
Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara Muhafiz Technology Sdn. Bhd. dan JHEV ATM, khususnya dalam usaha memperkasakan ekonomi serta memberi peluang kepada veteran ATM untuk terlibat dalam sektor perniagaan dan teknologi. Sebagai syarikat milik penuh bumiputera, Muhafiz Technology Sdn. Bhd. berhasrat memainkan peranan yang lebih besar dalam memberi sokongan kepada bekas anggota tentera yang ingin membina kerjaya baharu dalam bidang keusahawanan.
Ketua Pengarah JHEV ATM menyambut baik kunjungan ini dan menzahirkan sokongan penuh JHEV ATM kepada Muhafiz Technology Sdn. Bhd. serta inisiatif mereka dalam memperkasa ekonomi veteran. Beliau juga menekankan peranan penting sektor swasta, khususnya syarikat milik veteran, dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan latihan bagi bekas anggota tentera yang bersara.
Kunjungan ini turut dihadiri oleh Shaharuddin bin Samsi, Ketua Pegawai Eksekutif, Muhafiz Technology Sdn. Bhd.
Bahasa
English 