Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Arkib Berita
MELAKA, 2 NOVEMBER 2025 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah menyempurnakan Program Santuni MADANI Peringkat Negeri Melaka di Bukit Katil, Melaka. Program ini merupakan kaedah untuk meningkatkan potensi kampung dan
keupayaan masyarakat melalui pemantauan dan libat urus secara langsung Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan agensi kerajaan negeri selaras dengan garis panduan yang
dikeluarkan oleh pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Pelbagai pengisian program dengan masyarakat setempat telah dilaksanakan meliputi aktiviti-aktiviti berbentuk ilmu dan kerohanian, kebajikan dan kesejahteraan, riadah dan
sosial, keusahawanan, kesihatan dan kesukarelawan. Bermula dengan solat Subuh berjemaah dan kuliah Subuh anjuran Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) di Masjid Raudatul Jannah Kampung Bukit Bayan diikuti pertandingan sukan Paintball, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pemeriksaan kesihatan percuma dan demo penjagaan gigi oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM (BPK – ATM), turut diadakan reruai pelbagai perkhidmatan kerajaan negeri, pameran kerjaya, Jualan Rahmah dan kaunter bergerak Timbalan Menteri Pertahanan Bertemu Rakyat.
Dalam program yang sama, Timbalan MENHAN telah menyampaikan cek cura kepada seorang (1) penerima manfaat Baik Pulih Rumah dan empat (4) penerima Geran Program Sejati MADANI di bawah inisiatif kerajan Negeri Melaka dan penyampaian Bakul Rahmah kepada persatuan veteran ATM setempat dan wakil masyarakat. Dalam pada itu, beliau juga turut meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan para pengunjung dalam program Kenduri Rakyat.
Selain itu, bertempat di Pasaraya Mydin, Pulau Sebang turut berlangsung pertandingan Piala Esport Generasi ATM (Gen ATM) 2025 – e-sukan PUBG Mobile melibatkan belia sekitar Negeri Melaka dan dua (2) sekolah dalam kem iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkalan TLDM, Lumut dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak, Melaka. Pertandingan Esport Gen ATM 2025 dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan menyebarluas maklumat mengenai kod tatakelakuan etika dan kemahiran industri sukan elektronik selain memperluas jaringan kerjasama antara
agensi kerajaan, sekolah serta pihak swasta dalam menyumbang kepada kesejahteraan pendidikan anak-anak anggota ATM termasuk pelajar sekolah awam dalam bidang sukan elektronik.
Pelaksanaan kedua-dua program ini adalah selaras dengan Teras 4 Pelan Strategik Kementerian Pertahanan 2021 – 2025: Pengukuhan Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) demi Pertahanan Menyeluruh melalui dua strategi inisiatif iaitu memperkasakan program ATM bersama komuniti dan kedua mewujudkan kolaborasi
program MINDEF dengan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta. CIMIC dilaksanakan bertujuan untuk menyumbang kepada peningkatan
kesedaran masyarakat mengenai peranan dan fungsi ATM selain mengeratkan hubungan baik tentera dan masyarakat di mana kepercayaan rakyat adalah teras utama dalam pertahanan negara. Ia juga sejajar dengan Teras 3: Pelestarian Kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan (WKP) iaitu memberi fokus kepada peningkatan kebajikan
pendidikan anak-anak ATM sebagai usaha kerajaan dalam menjamin kesejahteraan warganya.
Hadir sama dalam program ialah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ); Datuk Sapiah binti Haron, Pegawai Memerintah 94 Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak; Brigedier Jeneral Dato’ (Dr) Amran bin Amir Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM; Lt Kol Azwadi bin Jamian (Bersara), Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM): Encik Sophian Isswandy bin Ismail, para pegawai kanan ATM dan Kementerian Pertahanan serta pimpinan masyarakat setempat.

Bilangan Pelawat

3659460
Hari Ini: 779
Jumlah Pelawat: 3,659,460

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2026 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM