Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Arkib Berita
Melaka, 25 Februari 2026 – Yayasan Veteran ATM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) telah menganjurkan Program Penyampaian Sumbangan Bantuan Zakat kepada Anak Veteran ATM yang terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Asnaf dan Miskin bertempat di Mydin Mall MITC, Ayer Keroh, Melaka. Program kebajikan ini telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah JHEV ATM. Penganjuran program ini bertujuan membantu meringankan bebanan kewangan Veteran ATM dan Balu yang mempunyai Anak OKU, Asnaf dan Miskin khususnya dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, di samping menzahirkan penghargaan terhadap jasa, pengorbanan dan sumbangan Veteran ATM sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Program ini dianjurkan dengan beberapa objektif utama, antaranya untuk memastikan kebajikan Veteran ATM dan tanggungan mereka sentiasa terbela selaras dengan peranan JHEV ATM sebagai agensi yang diamanahkan menjaga kebajikan warga veteran di seluruh negara. Program ini telah memberi manfaat kepada seramai 50 orang penerima yang terdiri daripada 25 orang (Melaka) dan 25 orang (Negeri Sembilan), dengan setiap penerima menerima sumbangan bernilai RM150 (Pembelian Pakaian Raya) dan RM 50 (Tunai), menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM 10,000.00 yang dibiayai sepenuhnya melalui Dana Zakat Yayasan Veteran ATM.
Majlis ini turut dihadiri oleh Datuk Seri Haji Mohamad Fazil bin Haji Shafie, Pengarah Urusan Fazil Group merangkap Yang Dipertua Persatuan Veteran ATM Negeri Melaka, Encik Samsul Norazim bin Samsudin, Wakil kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Puan Nor Anizah binti Sabtu, Pengurus Cawangan 3 Mydin Hypermarket Melaka, Mejar Muhammad Zarifi bin Haji Tumin, Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan serta wakil Persatuan-persatuan Veteran ATM Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, ibu bapa serta anak-anak penerima sumbangan.
Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan JHEV ATM dan Yayasan Veteran ATM dalam memastikan kebajikan Veteran ATM dan tanggungan mereka sentiasa terbela selaras dengan aspirasi “Kesejahteraan Veteran ATM Keutamaan Kami.”

Bilangan Pelawat

3659460
Hari Ini: 779
Jumlah Pelawat: 3,659,460

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2026 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM