Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Arkib Berita
ALOR SETAR, KEDAH, 4 NOVEMBER 2025 - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki bersama isteri, Datin Hajah Hafzilah binti Haji Mokmin, hari ini mengetuai Program Ziarah Kasih Kempen Tabung Pahlawan (KTP) di sekitar Alor Setar, Kedah. Program anjuran JHEV ATM ini bertujuan untuk menjejak dan menyantuni veteran ATM secara khusus daripada Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang pernah berkhidmat bersama KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Kedah. Delegasi JHEV menziarahi kediaman veteran di Taman Rajawali Indah, Jalan Datuk Kumbar, Kampung Pulau Kerengga (Anak Bukit) dan Sungai Baru Gunung bagi menyampaikan sumbangan serta meninjau kebajikan mereka. Antara veteran yang diziarahi ialah En. Mohd Faisal Mohd Darus, En. Abdul Kadir Dahuri, En. Ahmad Nor Othman, dan En. Karia Chin kesemuanya bekas anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang pernah berkhidmat bersama KDYMM Tuanku Sultan Kedah sekitar tahun 1964-1974. JHEV ATM bertekad untuk terus mendekati para veteran ATM dengan menyediakan pelbagai inisiatif serta program kebajikan demi memastikan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara. Program Ziarah Kasih KTP ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan JHEV ATM dalam memastikan kebajikan para veteran terus diberi perhatian, di samping menjadi wadah penghargaan kepada wira negara yang telah banyak berkorban demi keamanan tanah air. Program ini juga akan diteruskan ke daerah-daerah lain selepas ini bagi memastikan semua veteran ATM mendapat perhatian yang sewajarnya. Program ini juga merupakan sebahagian daripada Pelan Strategik MINDEF 2021-2025: Teras 7 – Transformasi Kesejahteraan Veteran ATM, yang memberi penekanan kepada peningkatan taraf sosioekonomi serta pengiktirafan terhadap jasa pejuang negara. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM (YVATM), Lt Kol Azwadi bin Jamian (Bersara) serta Pengarah JHEV ATM Cawangan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Mej Mohd. Izmer bin Ghazali (TUDM), YDP PVATM Negeri Kedah, Haji Othman bin Ahmad, YDP Persatuan Veteran 9 RAMD, Haji Zainol bin Haji Ahmad dan ahli-ahli persatuan.

Bilangan Pelawat

3659496
Hari Ini: 815
Jumlah Pelawat: 3,659,496

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2026 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM