Alor Gajah, 7 Februari 2026 (Sabtu) - Program Peduli Veteran Madani (PVM) telah dilaksanakan bagi menyantuni Veteran ATM, Balu, Anak OKU serta Anak Sakit Kronik di sekitar Gadek, Melaka melalui Lawatan Kebajikan dari rumah ke rumah. Program ini bertujuan menyelami keperluan sebenar Veteran ATM, menyampaikan bantuan serta memastikan kebajikan mereka terus terbela selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Sebanyak 15 keluarga Veteran ATM telah diziarahi merangkumi Veteran Berpencen, Tidak Berpencen, Balu, Anak OKU, Anak Sakit Kronik serta veteran yang berdepan masalah kesihatan dan sosioekonomi.
Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Leftenan Kolonel Azwadi bin Jamian (Bersara), wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Cawangan Alor Gajah, Yang DiPertua Persatuan Veteran ATM Negeri Melaka, Datuk Seri Mohamad Fazil bin Haji Shafie, Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan, Mejar Muhammad Zarifi bin Haji Tumin serta wakil-wakil Persatuan Veteran ATM Melaka.
PVM mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam menghargai jasa, pengorbanan dan sumbangan Veteran ATM yang menjadi tunjang keselamatan negara 
Bahasa
English 