Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Berita

MAJLIS PERASMIAN PUSAT DIALISIS YAYASAN VETERAN ATM CAWANGAN MUADZAM SHAH

MUADZAM SHAH, 21 Julai 2026 – Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (YVATM) terus memperkukuh komitmennya dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi perasmian Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM Cawangan Muadzam Shah, Pahang. Pusat ini menawarkan perkhidmatan rawatan hemodialisis yang berkualiti, selamat dan berpatutan kepada Veteran ATM, ahli keluarga serta masyarakat setempat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Veteran ATM. Turut hadir ialah YB Dato’ Ir. Razali bin Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang; Lt Kol Azwadi bin Jamian (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM; Encik Hisham bin Abdul Rahman, Pengarah PERKESO Negeri Pahang; Encik Mohd Azreen bin Shaharudin, Penyelaras DUN Bukit Ibam dan Persatuan Veteran ATM. Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM Cawangan Muadzam Shah merupakan pusat dialisis kelapan yang dikendalikan oleh DVET Holding Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Yayasan Veteran ATM. Dengan pembukaan sebuah lagi pusat dialisis di Jempol, Negeri Sembilan yang dijadualkan pada Ogos 2026, jumlah keseluruhan rangkaian pusat dialisis Yayasan Veteran ATM akan meningkat kepada sembilan buah di seluruh negara. Pusat dialisis ini dilengkapi dengan peralatan moden yang mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), disokong oleh tenaga jururawat berpengalaman serta persekitaran rawatan yang selesa dan kondusif. Penubuhannya membuktikan komitmen berterusan Yayasan Veteran ATM dalam memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti, sekali gus meningkatkan kesejahteraan Veteran ATM, ahli keluarga mereka dan masyarakat setempat. Kesejahteraan Veteran ATM terus diperkasa menerusi Teras 7 Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 yang menggariskan 4 strategi dan 8 inisiatif bagi memastikan kebajikan Veteran ATM sentiasa diberi perhatian. Pendekatan menyeluruh berteraskan Whole of Government dan Whole of Society akan memperkukuh usaha meningkatkan taraf hidup Veteran ATM sebagai menghargai jasa serta pengorbanan mereka kepada negara.

Bilangan Pelawat

3659434
Hari Ini: 753
Jumlah Pelawat: 3,659,434

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2026 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM