Soalan Lazim
Soalan yang lazim yang sering ditanya mengikut topik. Sila hubungi kami jika anda masih mempunyai soalan yang disenaraikan di sini.
Pautan Pantas
Umum
" Veteran" ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut:
- angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM);
- angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
- Force 136;
- Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura ; dan
- Sarawak Rangers
Jumlah mereka dianggarkan seramai 300,000 orang. Secara purata seramai 5,000 anggota tetap ATM meninggalkan perkhidmatan setiap tahun.
Majlis Penasihat Hal Ehwal Veteran ATM (MPHEV) di peringkat kebangsaan dan negeri merupakan platform bagi mengenalpasti permasalahan serta jalan penyelesaian yang sesuai untuk dijalankan oleh JHEV di peringkat kebangsaan dan negeri. Ini kerana, MPHEV dianggotai oleh badan-badan kerajaan dan juga pihak swasta.
MPHEV Kebangsaan dipengerusikan oleh YB Menteri Pertahanan manakala MPHEV Negeri pula dipengerusikan oleh EXCO Kerajaan Negeri berkaitan.
Selain skim-skim bantuan oleh JHEV, Veteran ATM layak mendapat rawatan perubatan percuma di hospital / klinik kerajaan, mengikut kriteria yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan. Veteran ATM juga diberi diskaun tambang KTM (Intercity & ETS ) sebanyak 50%.
Semua bekas tentera yang diketegorikan sebagai Veteran ATM ( rujuk definisi Veteran ATM ) dikira sebagai ahli Veteran ATM secara automatik. Kad Veteran dikeluarkan sebagai pengenalan anda adalah Veteran ATM.
Veteran ATM layak untuk mendapat rawatan percuma di IJN dengan syarat hendaklah terlebih dahulu diperiksa oleh mana-mana hospital kerajaan dan kemudiannya dirujuk ke IJN untuk pemeriksaan / rawatan lanjut.
PERHEBAT berperanan sebagai pusat latihan dan kursus kepada bakal tentera dan Veteran ATM.
Manakala JHEV berperanan sebagai 'One Stop Agency' bagi urusan
- Pembayaran Faedah Persaraan ATM
- Bantuan Kebajikan
- Pembangunan Usahawan dan Sosisoekonomi
- Pendaftran Persatuan Veteran
- Kerjaya Kedua
Mana-mana hospital / klinik yang ditadbir oleh kerajaan termasuklah mana-mana hospital universiti dan lain-lain Yayasan Perubatan Persekutuan. (RSAT dan HAT adalah tergolong dalam definisi ini)
Kesemua mereka bukan Veteran ATM sebagaimana definisi yang ditetapkan. Bermakna JHEV tidak mempunyai bidang kuasa untuk menangani permasalahan mereka.
JHEV mengiktiraf persatuan / pertubuhan / kelab yang ditubuhkan oleh Veteran ATM selagi mana ianya berdaftar dengan JHEV berpandukan Akta Veteran 2012 .
Pencen
Penyata Pencen boleh didapatkan secara online pada halaman vibes.jhev.gov.my. Bermula 15 Januari 2019, pengguna perlu mendaftar semula bagi mendapatkan penyata pencen masing-masing
Jika pertama kali memohon, Salinan Buku Rekod Perkhidmatan diperlukan bagi mengemaskini maklumat tuan/puan ke dalam sistem JHEV . Namun begitu permohonan tuan/puan tetap akan diproses walaupun tiada salinan buku rekod perkhidmatan jika tuan/puan adalah veteran berpencen.
Veteran:
Warganegara Malaysia yang diketegorikan sebagai Veteran ATM (rujuk definisi veteran ATM)
Bekas Anggota ATM
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun)
- Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa (berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun)
Bekas Anggota Bukan ATM
- Pasukan Force 136
- Tentera British yang berkhidmat di Malaya /Singapura dan;
- Sarawak Rangers
Tanggungan:
Veteran ATM
- Diri sendiri
- Isteri/Suami Isteri/suami yang dikahwini secara sah dan berdaftar semasa dalam perkhidmatan dan namanya tercatit di dalam Buku Pengakuan Perkhidmatan dan Kad Veteran ATM.
- Isteri/suami yang dikahwini selepas perkhidmatan hanya layak menerima kemudahan perubatan selagi Veteran ATM masih hidup atau sekiranya Veteran ATM tersebut telah meninggal dunia, tempoh kelayakan dikira 20 tahun daripada tarikh persaraan Veteran ATM tersebut.
- Anak-anak yang dikira tanggungan ialah anak Veteran ATM sendiri dan termasuklah anak angkat, anak tiri dan juga anak tidak sah taraf yang dipelihara sepenuhnya oleh Veteran ATM yang tertakluk had umur berikut;
- Berumur di bawah 18 tahun
- Di bawah 21 tahun jika masih belajar.
- Bagi yang kurang upaya :
- Ketidakupayaan otak atau hilang upaya dari segi jasmani;
- Ketidakupayaan itu kekal;
- Tidak berupaya menanggung (menyara) dirinya sendiri; dan
- ketidakupayaan hendaklah berlaku sebelum mencapai umur 21 tahun.
- ** Bagi anggota/pegawai yang dilantik sebelum 16.5.1986, syarat " ketidakupayaan anak mesti berlaku sebelum umur 21 tahun " adalah tidak terpakai, kecuali bagi kes kecelaruan mental sahaja.
Veteran bukan anggota ATM
- Diri sendiri
- Isteri/Suami
Antara masalah yang sering dihadapi oleh tentera selepas persaraan adalah seperti berikut:
- Pengurusan Kewangan
- Penceraian
- Pesara bankrup/ dipenjarakan
- Perlantikan Wakil Diri yang sah
Faedah Hilang Upaya hanya dibayar bagi kecederaan/ hilang upaya yang diperkaitkan dengan tugas semasa dalam perkhidmatan. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Faedah Hilang Upaya
Jika seseorang veteran meninggal dunia, ahli keluarga yang layak akan menerima Faedah Kematian daripada JHEV.
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
Faedah ini boleh diberikan kepada pegawai dan anggota yang telah cukup tempoh perkhidmatan pada tarikh TTP masing-masing atau pegawai/anggota yang meninggal dunia (dibayar kepada orang tanggungan) semasa dalam perkhidmatan ATM kecuali bagi pegawai yang ditamatkan perkhidmatan kerana salahlaku atau anggota yang ditamatkan perkhidmatan atas kesalahan tatatertib.
Baki cuti rehat tahunan yang terkumpul itu hendaklah cuti yang telah tidak dapat dihabiskan dalam tahun semasa demi kepentingan perkhidmatan (maksimum 150 hari sahaja).
Sekiranya anda kehilangan Kad Veteran, sila ambil tindakan berikut:
- Buat laporan kehilangan di balai polis berhampiran.
- Isi borang permohonan Kad Veteran yang boleh diperolehi dari JHEV negeri yang berdekatan atau muat turun dari laman web JHEV atau klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan KV
- Sila majukan borang berkenaan bersama dengan;
- Laporan polis
- Salinan buku perkhidmatan
- Salinan kad pengenalan anda dan pasangan
- Salinan sijil nikah
- Sekeping gambar berukuran pasport
Hantarkan borang beserta dokumen di atas ke JHEV Negeri atau terus ke JHEV ATM untuk tindakan selanjutnya.
Sekiranya ada kemusykilan/ pertanyaan sila berhubung terus dengan Staf Unit Kad Bekas Tentera di talian 03-20508111.
Bantuan Kebajikan
- Veteran ATM (Anggota tetap ATM, Tentera British, Force 136, Sarawak Rangers dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) (sekurang-kurangnya 1 tahun);
- Balu kepada Veteran ATM;
- Anak - anak yatim piatu Veteran ATM yang berumur 18 tahun dan ke bawah atau sehingga tamat pengajian peringkat ijazah pertama secara berterusan.
Kecuali:
- Mereka yang diberhentikan di atas kes tatatertib;
- Isteri yang dikahwini selepas perkhidmatan termasuk tanggungan.
Terdapat lima skim bantuan kebajikan di bawah JHEV ATM iaitu:
a. Skim Bantuan Sara Hidup (BSH)
b. Skim Bantuan Peralatan Pesakit
c. Skim Bantuan Persekolahan
d. Skim Bantuan Bencana Alam
e. Skim Kemasukan IPT
Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV ATM boleh diperolehi di laman web rasmi JHEV ATM – Bantuan Untuk Veteran ATM. (www.jhev.gov.my/bantuan-untuk-veteran-atm/meringankan-beban-kewangan)
Semua borang permohonan perlu dikemukakan ke pejabat JHEV Cawangan berdasarkan negeri pemohon bermastautin seperti berikut:
|
Negeri/ Zon |
Alamat |
|
Selangor dan WPKL |
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Tingkat 1,301 Medan Tuanku, Tel: 03-2050 8060/ 8040/ 8037 |
|
Kelantan dan Terengganu |
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM L2.02 Tingkat 2, Bangunan UTC, Tel: 09-7470 289 |
|
Kedah Perlis Pulau Pinang
|
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM 268, Kompleks Bangunan Shahab Perdana Tel: 04-7332 437 / 446 |
|
Perak |
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Lot UTC 27, Aras 2, Tel: 05-2435 062 / 063 |
|
Melaka dan Negeri Sembilan
|
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Aras 1-A, Wisma Persekutuan Tel: 06-2345 931 / 932 |
|
Johor |
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Bilik 4, Tingkat 9, Bangunan KWSP Tel: 07-222 6564/ 07-226 7712 |
|
Pahang
|
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Tingkat 1, Wisma Pahlawan Tel: 09-5142 235 / 295 |
|
Sabah |
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Pintu C7-3, Tingkat 7, Tel: 088-259 120 / 088-267 506 |
|
Sarawak
|
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Sublot 38 (Survey Lot No 4232) Blok 233 Tel: 082-620 906 |
Boleh. Walau bagaimanapun disyorkan supaya borang tersebut untuk dihantar terus ke negeri bagi mengelakkan kelewatan proses, kerana semua borang permohonan perlu lengkap dengan ulasan Pengarah JHEV Cawangan Negeri. Jika tiada, borang dianggap tidak lengkap dan akan dikembalikan kepada JHEV Cawangan Negeri untuk semakan semula dan ulasan.
Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan.
Namun, sekiranya permohonan telahpun diproses oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri, pemohon boleh menghubungi Bahagian Kebajikan di talian hotline 03- 26976600 atau 03-20508000 atau nombor sambungan berikut:
|
Jenis Pertanyaan |
Nombor Sambungan Telefon |
Nombor Hotline |
|
Skim Bantuan Sara Hidup |
8034/ 8038/ 8029 |
019-2750943 |
|
Skim Bantuan Peralatan Pesakit |
8036 / 8029 |
019-3804635 |
|
Skim Bantuan Persekolahan |
8036 / 8026/ 8029 |
019-3804635 |
|
Skim Bantuan Bencana Alam |
8033 / 8032 |
019-2950943 |
|
Skim Kemasukan IPT |
8033 / 8029 |
8033 / 8029 |
|
Lain-lain / Am Bah. Kebajikan |
8014 |
- |
Dalam tempoh PKP, dokumen tambahan tersebut boleh dikemukakan secara pos / e-mel ke JHEV Cawangan/Negeri atau Bahagian Kebajikan JHEV ATM (berdasarkan pihak yang memohon dokumen tambahan tersebut dikemukakan).
Sebagai tambahan, untuk Bahagian Kebajikan JHEV ATM, sebarang maklumat tambahan / maklum balas boleh dikemukakan melalui emel jhev.kebajikan@jhev.gov.my
Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan. Bagi kes-kes khas seperti hilang tanpa dikesan, veteran menjadi tidak siuman/gila, dipenjarakan dan lain-lain, permohonan boleh dipanjangkan dalam satu mesyuarat khas bagi tujuan pertimbangan.
Dalam tempoh PKP, sebarang pertemuan bersemuka perlu melalui proses temujanji terlebih dahulu.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan sesebuah isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan. PGK Perkapita adalah kadar purata pendapatan berdasarkan bilangan isi rumah.
Pada masa ini, bagi tujuan permohonan skim kebajikan JHEV ATM, kadar yang digunakan adalah PGK Purata Miskin Isi Rumah Semasa sebanyak RM1236.00 sebulan atau PGK Purata Miskin Perkapita Semasa sebanyak RM348.00 sebulan.
Pemohon disyorkan untuk mengemukakan Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV dan satu sesi siasatan akan dilaksanakan oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri masing-masing. Permohonan akan diangkat di dalam satu mesyuarat khas bagi tujuan pertimbangan. Keputusan mesyuarat akan dimaklumkan kepada pemohon.
BSH akan dihentikan kepada Veteran ATM yang telah meninggal dunia itu. Balu atau duda kepada veteran tersebut perlu mengemukakan permohonan baharu melalui JHEV ATM Cawangan Negeri untuk membolehkan pembayaran BSH dibuat di atas nama balu atau duda tersebut. Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri dikehendaki menguruskan permohonan berkenaan dan mengemukakan ke Bahagian Kebajikan JHEV Ibu Pejabat untuk tindakan lanjut (diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan JKKP).
Pembayaran BSH akan diteruskan seperti biasa, namun waris perlu memaklumkan perkara tersebut kepada pihak JHEV ATM dengan kadar segera. Pembayaran akan dibuat melalui waran dan bukalah melalui "Elektronic Fund Transfer( EFT)"..
Setelah menerima cek bantuan pertama kali dari JHEV, penerima perlu membawa cek tersebut pada pihak bank untuk ditunaikan . Tempoh sah laku cek ialah sehingga 3 bulan daripada tarikh cek dikeluarkan.
BSH boleh diteruskan bayarannya melalui kaedah lain seperti pengeluaran waran. Bayaran BSH juga boleh dimasukkan ke dalam akaun isteri atau suami atau anak dengan persetujuan veteran tersebut (tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan JKKP). Walau bagaimanapun, JHEV ATM tidak boleh dikaitkan dengan sebarang perkara berbangkit atau pertelingkahan mengenai bayaran ini kelak.
Adakah permohonan ini boleh dipertimbangkan?
a. Merujuk kepada kes ini, isteri tersebut tidak layak menerima BSH memandangkan suaminya (Veteran ATM) masih hidup. Kos sara hidup bagi keluarga isteri pertama ini masih menjadi tanggungjawab veteran berkenaan. Seperti yang dimaklumkan, BSH atau apa-apa kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan adalah kepada Veteran ATM. Status Veteran ATM itu akan membolehkan ianya dipertimbangkan kemudahan-kemudahan ini. Walau bagaimanapun, jika terdapat situasi yang menyebabkan veteran itu tidak lagi mampu mengurus peruntukan BSH ini (veteran sakit terlantar, veteran hilang ingatan, gila, hilang tanpa dikesan, lari meninggalkan keluarga dan sebagainya) maka isteri atau waris boleh memohon BSH ini. JKKP akan menimbang permohonan ini secara case by case.
b. Pertikaian berhubung dengan situasi “digantung tidak bertali” harus diselesaikan di peringkat keluarga tersebut. Walau bagaimanapun, JHEV ATM boleh membantu waris tersebut untuk mendapatkan bantuan di bawah agensi kerajaan yang berkaitan (jika ada).
Balu atau duda veteran yang dikahwini selepas tamat tempoh perkhidmatan layak untuk memohon BSH bagi tempoh 3 tahun. Permohonan penyambungan semula perlu dibuat sekiranya bantuan masih diperlukan selepas tempoh 3 tahun.
Boleh. Pemohon perlu menyatakan maklumat sumbangan bulanan yang diterima dengan lengkap dan tepat di dalam Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV ATM. Permohonan akan dipertimbangkan jika layak.
Bekas isteri yang diceraikan tidak layak memohon BSH dan lain-lain bantuan atau kemudahan yang berkaitan. Prinsip yang sama dipakai dalam pengurusan pencen dan lain-lain kemudahan kepada perkhidmatan awam termasuk ATM
Veteran ATM yang bermastautin di luar negara adalah tidak layak dipertimbangkan BSH. Oleh itu perkara tersebut hendaklah dilaporkan kepada JHEV ATM untuk tujuan penamatan segera bantuan BSH bagi mengelakkan berlakunya amaun terlebih bayar yang perlu dipulangkan semula.
Balu/duda kepada Veteran ATM yang berstatus warganegara asing layak memohon BSH dengan syarat balu/duda tersebut masih menetap di Malaysia dan menepati semua kriteria pemberian BSH yang berkuatkuasa. Memandangkan balu/duda veteran yang berstatus warganegara asing tidak mempunyai kad pengenalan, maka pihak JHEV ATM Cawangan Negeri hendaklah sentiasa mengemaskini status hidup mati, perkahwinan, pertukaran alamat penerima BSH tersebut setiap 6 bulan sekali dan jika didapati telah meninggal dunia atau telah berkahwin semula, maka bayaran BSH akan dihentikan serta-merta
Veteran ATM yang diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insovensi Malaysia boleh memohon BSH dengan mengemukakan permohonan bersama-sama pengesahan Jabatan Insolvensi Malaysia yang menyatakan veteran telah muflis. Permohonan akan dipertimbangkan oleh JKKP. Bagi permohonan yang berjaya, veteran perlu membawa surat kelulusan BSH ini ke Jabatan Insolvensi Malaysia bagi mendapatkan kebenaran membuka akaun bank. Dengan surat sokongan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, veteran boleh membuka akaun bank (tertakluk kepada persetujuan bank yang berkenaan) dan permohonan BSH boleh dikreditkan ke akaun tersebut setiap bulan.
Bagi kes di atas, isteri-isteri berkenaan boleh memohon BSH dan perkara ini akan dipertimbangkan dalam Mesyuarat JKKP. Dalam hal ini, JHEV ATM mengambil ketetapan bahawa perkara ini boleh dan wajar dipertimbangkan memandangkan bantuan yang diberi adalah untuk membantu kos sara hidup veteran ATM dan keluarganya. Selain itu, dasar Pencen Terbitan juga membenarkan pembayaran.
Skim Bantuan Persekolahan (BSK) disediakan bertujuan untuk membantu membiayai perbelanjaan memulakan persekolahan di peringkat rendah atau menengah atau vokasional.
-
Veteran ATM atau orang tanggungan dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) isi rumah atau perkapita layak memohon bantuan ini.
-
Hanya seorang anak sahaja LAYAK dipertimbangkan bantuan persekolahan bagi seorang Veteran ATM.
Permohonan BSK boleh dikemukakan pada tahun semasa sahaja selewat-lewatnya sebelum 30 September setiap tahun. Ini adalah untuk memastikan pembayaran dapat dibuat pada tahun semasa tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
Bantuan Persekolahan ini dibayar secara tahunan dengan kadar RM500.00 setahun bagi sekolah rendah dan RM700.00 setahun bagi sekolah menengah atau vokasional.
Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuat kuasa selama mana anak tersebut masih menuntut di sekolah rendah atau sekolah menengah atau vokasional. Bantuan akan terhenti jika anak veteran tersebut tamat persekolahan yang diluluskan, contohnya tamat darjah 6, tingkatan 5 atau 6 atau mencapai umur 19 tahun bagi yang menuntut di Kolej Vokasional.
BSK hanya layak diberi kepada seorang anak sahaja sama ada yang menuntut di sekolah rendah atau sekolah menengah. Veteran hendaklah memilih sama ada untuk memohon BSK peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah semasa mengemukakan permohonan tersebut.
Ya. Bagi anak yang sedang menerima BSK di peringkat sekolah rendah dan akan menamatkan pembelajaran di peringkat rendah tersebut, hendaklah mengemukakan permohonan baharu bagi dipertimbangkan BSK peringkat menengah.
Tidak boleh. Balu/Duda kepada Veteran ATM yang telah berkahwin semula TIDAK LAYAK memohon sebarang bantuan kebajikan. Permohonan hanya boleh dibuat ke atas nama anak dibawah kategori anak yatim dan bayaran bantuan akan disalurkan terus ke akaun anak itu sendiri.
BSK akan dihentikan kepada Veteran ATM yang telah meninggal dunia itu. Balu atau duda kepada veteran tersebut perlu mengemukakan permohonan baharu melalui JHEV ATM Cawangan Negeri untuk membolehkan pembayaran BSK dibuat di atas nama balu atau duda tersebut. Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri dikehendaki menguruskan permohonan berkenaan dan mengemukakan ke Bahagian Kebajikan JHEV Ibu Pejabat untuk tindakan lanjut (diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan JKKP).
Ya, BSK masih boleh diberi kepada anak-anak veteran yang menerima bantuan biasiswa atau bantuan bulanan yang lain kerana tujuan bayaran ini adalah untuk membantu membiayai perbelanjaan anak-anak veteran untuk memulakan persekolahan.
Skim ini merupakan bantuan kewangan sekaligus bagi meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik dan IPTS terpilih bagi anak-anak Veteran ATM.
Kadar bantuan adalah seperti berikut:
- RM1000 bagi pengajian peringkat Diploma;
- RM1500 bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama.
- Veteran – Pemilik Kad Veteran
- Tidak diberhentikan atas dasar tatatertib
- Balu veteran ATM – dikahwini semasa dalam perkhidmatan
- Had Umur Anak – tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran
- Pengajian sepenuh masa dan di dalam Negara sahaja
- Kursus Pengajian Profesional tidak layak dipertimbangkan
- Kursus berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan tidak layak dipertimbangkan
JHEV menyediakan Bantuan Kemasukan ke IPTA dan politeknik kerajaan sahaja.
Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta kursus-kursus yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) layak dipertimbangkan Bantuan Kemasukan ke IPT. Dalam hal ini, pemohon layak memohon bantuan ini. Pemohon perlu mengemukakan surat tawaran mengikuti pengajian peringkat Diploma di UITM beserta resit bayaran pendaftaran yang mengesahkan pendaftaran anak tersebut semasa membuat permohonan bantuan ini dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
Boleh, permohonan boleh dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh pendaftaran dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Permohonan boleh dikemukakan sebelum 30 September pada tahun 2023
Tidak, pada masa ini pertimbangan bantuan hanya diberi sekali sahaja bagi seseorang anak Veteran samada ada bagi pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan yang mengesahkan pendaftaran anak tersebut semasa membuat permohonan.
Permohonan boleh dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh pendaftaran dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
Tidak. Pada masa ini pertimbangan bantuan hanya diberi sekali sahaja bagi seseorang anak pemohon. Syarat ini masih terpakai setakat ini.
Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan.
Namun, sekiranya permohonan telahpun diproses oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri, pemohon boleh menghubungi Bahagian Kebajikan di talian hotline 03- 26976600 atau 03-20508000 atau nombor sambungan berikut:
|
Jenis Pertanyaan |
Nombor Sambungan Telefon |
|
Skim Bantuan Sara Hidup |
8034/ 8038 |
|
Skim Bantuan Peralatan Pesakit |
8036 / 8029 |
|
Skim Bantuan Persekolahan |
8036 / 8026 |
|
Skim Bantuan Bencana Alam |
8033 / 8032 |
|
Skim Kemasukan IPT |
8033 / 8029 |
|
Lain-lain / Am Bah. Kebajikan |
8014 |
Skim Bantuan Peralatan Pesakit bertujuan membantu Veteran ATM dan orang tanggungan yang memerlukan untuk membeli peralatan bantuan perubatan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya.
Permohonan boleh dibuat oleh:
- Veteran ATM (berpencen atau tidak berpencen);
- Balu/Duda kepada Veteran ATM (Balu/Duda yang berkahwin semula TIDAK LAYAK memohon sebarang bantuan kebajikan);
- Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun dan di bawah 23 tahun jika masih belajar (termasuk anak tiri dan anak angkat sah Veteran). Tiada had kelayakan umur bagi anak yatim yang disahkan daif dari segi fizikal dan mental serta tidak berupaya menanggung diri sendiri; atau
- Waris/ Penjaga kepada anak yatim Veteran ATM (yang masih kecil atau yang daif dari segi mental dan fizikal).
Seksyen 2(b), Akta Pencen 1980 dan Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990, memberi tafsiran berkenaan Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara seperti berikut:
- Seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri dengan syarat anak itu adalah anak cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur dua puluh satu tahun.
Senarai peralatan pesakit yang boleh dimohon:
- Kerusi roda.
- Katil pesakit.
- Tilam anti-luka (anti-decubitus).
- Tongkat.
- Walker.
- Commode chair.
- Suction pump.
- Jewett brace.
- Lain-lain kategori peralatan sokongan yang disyorkan oleh pakar / pegawai perubatan kerajaan.
- Permohonan boleh dibuat menggunakan Sistem VIBES 2.0 atau Borang Bantuan Kebajikan yang boleh didapati disemua JHEV Cawangan Negeri dan laman web JHEV ATM.
- Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
Tidak. Semua permohonan lengkap yang diterima akan dinilai berdasarkan syarat kelayakan, keperluan perubatan, peruntukan kewangan yang akan dipertimbangkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
Boleh. Permohonan semula bagi peralatan pesakit yang telah mengalami kerosakan (tidak terhad kepada sebarang tempoh atau melebihi tempoh waranti) boleh dibuat dengan mengemukakan gambar peralatan beserta borang akuan kerosakan.
Kadar bantuan yang diluluskan adalah RM5,000.00 (maksimum). Ianya merangkumi keseluruhan peralatan yang dimohon.
Boleh, keluarga boleh memohon untuk membuat tuntutan bayaran balik dalam tempoh setahun dari tarikh pembelian dengan menyertakan resit asal pembelian peralatan tersebut.
Tidak, peralatan tersebut adalah untuk kegunaan pemohon. Sekiranya tanggungan beliau turut mempunyai masalah kesihatan yang sama dan disyorkan pegawai perubatan kerajaan untuk mendapatkan peralatan pesakit yang sama, permohonan baharu perlu dibuat atas nama tanggungan Veteran ATM tersebut.
Setiap permohonan akan dipertimbangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP) yang mana salah seorang ahli jawatankuasa tersebut adalah seorang pegawai perubatan kerajaan. Jenis peralatan yang diperlukan akan diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan tersebut dan kadar bantuan adalah sebanyak RM5,000 (maksimum) bagi setiap permohonan. Walau bagaimanapun,kadar bantuan peralatan pesakit ini adalah bergantung kepada lingkungan harga setiap jenis peralatan yang pernah diluluskan. JHEV ATM telah menyediakan daftar harga bagi setiap peralatan yang pernah diluluskan dan daftar ini akan dirujuk semasa menimbang permohonan yang diterima.
Skim ini merupakan bantuan kewangan sekaligus untuk meringankan beban dan kesusahan yang dialami oleh Veteran ATM akibat bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya yang menyebabkan kerosakan struktur terhadap kediaman beliau sehingga menyebabkan kediaman tersebut tidak selamat atau tidak boleh didiami oleh pemohon dan tanggungan
Kadar bantuan adalah sehingga RM10,000 mengikut penilaian kerosakan
Syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:
- Veteran – Pemilik Kad Veteran
- Tidak diberhentikan atas dasar tatatertib
- Veteran bermastautin di kediaman tersebut
- Balu Veteran – dikahwini semasa berkhidmat. Jika berkahwin semula, tidak layak memohon.
- Permohonan dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh bencana alam berlaku
Skim Bantuan Bencana merupakan bantuan berupa kewangan bagi membantu veteran atau balu sekiranya berlaku sesuatu bencana yang merosakkan struktur asal rumah hak milik veteran, isteri atau balu.
Bencana dikategorikan samada disebabkan oleh faktor alam seperti banjir, tanah runtuh, hujan ribut atau kebakaran. Laporan polis, pengesahan ketua kampung beserta laporan bomba (jika ada) perlu dikemukakan untuk mengesahkan kejadian tersebut. Gambar kejadian boleh disertakan bagi menyokong kejadian terbabit.
Seterusnya isi borang permohonan Bantuan Bencana Alam dan kembalikan kepada pejabat JHEV yang berhampiran.
Borang tersebut boleh dimuat turun di sini.
Tidak, bantuan Bencana Alam bertujuan untuk meringankan beban kewangan Veteran ATM yang mengalami kerosakan struktur rumah akibat daripada bencana alam seperti ribut, kebakaran, taufan, gempa bumi, banjir, tanah runtuh, tsunami dan lain-lain. Kadar Bantuan Bencana Alam yang boleh diluluskan adalah RM10,000.00 (maksimum) berdasarkan laporan siasatan daripada pihak berkuasa yang berkaitan seperti polis, bomba dan pihak berkuasa tempatan. Dalam hal ini, tiada sebarang kerosakan struktur rumah telah terjadi.
Tidak, kerana bencana alam belum berlaku. Sebagai langkah awal atas faktor keselamatan, Veteran ATM hendaklah membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan berkaitan tebing sungai dan mendapatkan laporan/ khidmat nasihat samada rumah itu masih selamat untuk diduduki atau sebaliknya.
Boleh, pemohon boleh mengemukakan permohonan kepada JHEV ATM Cawangan Negeri beserta gambar bumbung yang tercabut. Sekiranya keadaan mendesak, pihak Veteran ATM boleh membuat pembaikan awal dan mengemukakan permohonan tuntutan bayaran balik beserta resit asal pembayaran pembaikan ke JHEV ATM Cawangan Negeri yang akan melakukakan lawatan selanjutnya.
Bantuan Bencana Alam bertujuan untuk meringankan beban kewangan Veteran ATM yang mengalami kerosakan struktur rumah akibat daripada bencana alam seperti ribut, kebakaran, taufan, gempa bumi, banjir, tanah runtuh, tsunami dan lain-lain. Dalam kejadian ini, pagar rumah, awning umah dan bumbung stor peralatan bukan merupakan struktur rumah. Maka permohonan diputuskan sebagai gagal.
Kerjaya
Para majikan yang berminat untuk mendapatkan sumber tenaga kerja dari kalangan Veteran ATM bolehlah menghubungi JHEV di alamat dan talian seperti di bawah:
Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi
Tingkat 2,
301, Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-20508027 / 8028
Para majikan juga perlu menggariskan perkara-perkara berikut ketika menawarkan sebarang jenis jawatan kosong semasa berhubung dengan JHEV.
- Nama jawatan kosong.
- Jumlah kekosongan.
- Kelayakan atau syarat-syarat yang diperlukan.
- Gaji dan elaun-elaun yang diberi.
- Kemudahan-kemudahan lain seperti perlindungan insurans, pinjaman, penginapan, pengangkutan dan lain-lain
- Nama pegawai sumber manusia atau pengurus yang bertanggungjawab untuk dihubungi berserta no. telefon, no. faks dan alamat majikan yang lengkap.
- Kriteria-kriteria lain yang berkenaan sekiranya ada.
BKS menerima pendaftaran permohonan pekerjaan daripada Veteran ATM. Menerima penawaran pekerjaan daripada majikan-majikan.
- Menerima penawaran pekerjaan daripada majikan-majikan.
- Melakukan penyesuaian kerja berpandukan syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan/diperlukan oleh pihak majikan.
- Memajukan pencalonan Veteran ATM kepada majikan.
- tarikh temuduga kepada Veteran ATM
- Melakukan pemantauan berterusan terhadap Veteran ATM dan majikan.
Sosioekonomi
Veteran ATM yang terpilih untuk mengikuti kursus Post Peralihan anjuran PERHEBAT hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 sehari sekiranya memerlukan kemudahan sajian dan penginapan yang disediakan oleh PERHEBAT. Manakala kos pengajian kursus tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh PERHEBAT.
Veteran ATM yang berminat untuk memohon pembiayaan kursus perlu datang sendiri ke ibu pejabat JHEV (Bahagian Bimbingan Kerjaya) dan membawa dokumen lengkap berikut:
- Surat permohonan dari veteran bagi permohonan pembiayaan kursus tersebut.
- Surat tawaran beserta sebut harga (yuran kursus)
- Salinan Buku Perkhidmatan
- Salinan Kad Bekas Tentera
- Salinan sijil-sijil yang berkaitan
Seterusnya permohonan akan diproses untuk kelulusan Ketua Pengarah JHEV. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi Bahagian Kerjaya & Sosioekonomi di talian 03-20508027 / 8028
Veteran ATM boleh memohon untuk mengikuti kursus jangka panjang tetapi akan dikenakan bayaran RM10 sehari sekiranya memerlukan kemudahan PERHEBAT seperti penginapan dan sajian.Bayaran tersebut hendaklah dijelaskan semasa membuat pendaftaran di PERHEBAT.
JHEV tidak menyediakan lot-lot tanah pertanian,apa yang perlu JHEV lakukan ialah membuat tinjauan lot-lot tanah yang kosong di pejabat tanah berkenaan.Jabatan ini hanya mengeluarkan surat sokongan kepada permohonan sahaja.
JHEV tidak menyediakan peluang-peluang projek kontraktor-kontraktor Veteran ATM adalah dinasihatkan untuk meneliti iklan-iklan tanda di dalam akhbar-akhbar utama dan mengambil peluang menyertai tender tersebut.
Untuk membangunkan Veteran ATM yang terlibat dalam sektor berkenaan, JHEV menghubungkan pengusaha dengan jabatan berkaitan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
JHEV tidak menyediakan pinjaman perniagaan, walau bagaimanapun JHEV menyokong permohonan pinjaman perniagaan yang dibuat kepada institusi-institusi pemberi pinjaman. Untuk makluman bahawa JHEV menjadi Mentor kepada Skim Mikro Kredit BSN untuk pinjaman perniagaan tidak lebih RM 20,000.
Dasar
Boleh dan adalah digalakkan. Perkara ini adalah untuk mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan secara fizikal dan ia mampu mengelakkan daripada wabak Covid-19 daripada terus menular dan ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan wabak tersebut. Pada era teknologi ini seharusnya pertubuhan mengambil peluang untuk memanfaatkan penggunaan teknologi dan tidak lagi bergantung kepada kaedah konvensional dalam pengurusan pertubuhan masing-masing. Perkara yang sama juga terpakai ke atas mesyuarat bulanan atau mesyuarat jawatankuasa atau apa jua bentuk mesyuarat yang telah diperuntukan dalam perlembagaan pertubuhan masing-masing.
Persatuan disaran mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan secara maya menggunakan konsep Webinar atau persidangan video. Antara aplikasi yang sering digunakan dan boleh digunapakai adalah seperti berikut :
- Microsoft Teams — maksimum 300 peserta dan limitasi masa adalah 24 jam setiap satu sesi.
- Google Meet — maksimum 150 peserta dan limitasi masa adalah 1 jam setiap satu sesi.
- Webex — maksimum 100 peserta dan tiada limitasi masa.
Pendaftar tidak menetapkan sebarang syarat berhubung cara dan kaedah pengendalian mesyuarat secara dalam talian. Walau bagaimanapun, segala peruntukan seperti korum mesyuarat, pengeluaran notis, usul, topik pembentangan dan lain-lain perkara berkaitan hendaklah selaras dengan apa yang telah diperuntukan di dalam undang-undang tubuh persatuan (perlembagaan persatuan). Minit Mesyuarat juga hendaklah disediakan dengan lengkap dan menjadi tanggungjawab pertubuhan untuk memastikan segala maklumat yang diperlukan direkodkan dengan sempurna untuk dijadikan sebagai bukti pelaksanaan sesuatu mesyuarat semasa mengemukakan Penyata Tahunan kepada Pendaftar Persatuan selaras dengan Akta Veteran 2012 [Akta 740].
Bahasa
English 