Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News Archive
BEOUFORT, 16 Mac 2026 - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Semaon bin Haji Marjuki mengadakan lawatan ke Ladang Nanas Aqina di Beaufort hari ini bagi meninjau inisiatif kerjasama yang melibatkan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam sektor pertanian. Lawatan itu merupakan sebahagian daripada program lawatan kerja beliau ke Sabah bagi melihat secara lebih dekat pelaksanaan projek penanaman nanas yang turut disertai oleh beberapa veteran ATM di kawasan berkenaan. Sepanjang lawatan tersebut, beliau diberi taklimat mengenai profil syarikat serta perkembangan operasi Ladang Nanas Aqina termasuk usaha menyediakan latihan kemahiran, bimbingan dan pemantauan kepada veteran ATM yang terlibat dalam aktiviti penanaman nanas. Program berkenaan turut diisi dengan lawatan ke pusat pengumpulan benih, tinjauan ke plot tanaman yang diusahakan oleh veteran ATM serta demonstrasi penanaman sulur nanas. Antara veteran ATM yang terlibat dalam projek penanaman nanas di kawasan Beaufort ialah Abd Samli bin Atin, Mazlin bin Samat, Isaac Jouques Peter dan Abd Ftir bin Tahir yang kini mengusahakan tanaman di ladang tersebut. Inisiatif kerjasama berkenaan dilihat berpotensi membantu veteran ATM meningkatkan kemahiran serta membuka peluang menjana pendapatan melalui penglibatan dalam sektor pertanian. Turut hadir Pengarah JHEV ATM Cawangan Sabah, Mejar Ismail bin Merah; pegawai JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah; Wesley Tan Seah Ging, Pengarah Aqina Fruits; Jordan Chak Ai Tung, Pengarah Aqina Borneo; John Chak Lee Cheng, Pengarah Urusan; serta Abdul Ham bin Mohd Tuah, Pengurus Aqina Borneo.

Total User Account

3659428
Today: 747
Total: 3,659,428

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department