Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News Archive
SIBU, 5 DISEMBER 2025 – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, hari ini mengadakan lawatan kerja ke Unit Kecil JHEV ATM Sibu yang beroperasi di Rejimen 510 Askar Wataniah, Kem Sri Rejang. Turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM Lt Kol Azwadi bin Jamian (Bersara), Pengarah JHEV ATM Negeri Sarawak Mejar Steven anak Kadir, serta wakil Persatuan Veteran ATM Negeri Sarawak.
Lawatan ini bertujuan meninjau operasi semasa, mendengar perkembangan perkhidmatan lapangan serta menyantuni warga JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak di Sibu. Fokus turut diberikan kepada cabaran sedia ada termasuk kekangan sumber, isu logistik dan keperluan penambahbaikan tadbir urus bagi memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada Veteran ATM.
Ketibaan Ketua Pengarah disambut oleh pegawai dan kakitangan Unit Kecil Sibu sebelum beliau menerima taklimat operasi, prestasi semasa serta keperluan fasiliti yang menyokong urusan kebajikan veteran. Beliau turut meninjau ruang kerja, keperluan infrastruktur dan inisiatif penambahbaikan yang sedang dilaksanakan.
Dalam sesi bersama petugas, Ketua Pengarah menekankan kepentingan kecekapan pengurusan maklumat, penyelarasan sokongan kebajikan serta kesediaan petugas lapangan dalam memastikan setiap veteran di Sibu dan kawasan sekitar menerima bantuan tepat pada masanya. Kehadiran beliau memberi suntikan semangat kepada seluruh warga Unit Kecil JHEV ATM.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan JHEV ATM dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan serta memastikan kebajikan veteran dan waris sentiasa menjadi keutamaan di seluruh negara.

Total User Account

3659428
Today: 747
Total: 3,659,428

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department