Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News Archive
ASAJAYA, 4 APRIL 2026 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari hari ini meneruskan siri Jelajah Program Peduli Veteran MADANI (PVM) 2026 dengan menyantuni seramai 10 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar daerah Asajaya dan Sebuyau, Sarawak. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datuk Haji Semaon Haji Marjuki; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Leftenan Kolonel (Bersara) Azwadi Jamian; Pengarah JHEV ATM Negeri Sarawak, Mejar Steven Anak Kadir serta wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Samarahan dan persatuan-persatuan veteran ATM tempatan. Dalam lawatan tersebut, tumpuan diberikan kepada veteran dalam kalangan asnaf, pesakit kronik, balu serta ahli keluarga Orang Kurang Upaya (OKU). Selain bertanya khabar, bantuan turut disalurkan meliputi peralatan perubatan, bantuan baik pulih rumah dan pemberian Bakul Rahmah sebagai usaha meringankan beban penerima. Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen Kementerian Pertahanan melalui JHEV ATM dalam memastikan kebajikan veteran terus terpelihara, khususnya di peringkat akar umbi. Program PVM juga berperanan sebagai platform interaksi dua hala antara kementerian dan veteran ATM dengan memberi fokus kepada lima aspek utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan dan pemerkasaan ekonomi. Program berkenaan akan terus diperkasakan sebagai medium penyampaian bantuan dan sokongan berterusan demi kesejahteraan serta kelestarian kehidupan veteran ATM.

Total User Account

3659391
Today: 710
Total: 3,659,391

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department