Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News Archive
SEMPORNA, 22 NOVEMBER 2025 – Program Peduli Veteran Madani (PVM) diteruskan ke Pulau Pababag dan Pulau Sumandi, diketuai Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari bersama kepimpinan JHEV ATM dalam usaha memastikan kebajikan Veteran ATM terus diberi perhatian walaupun di kawasan pulau yang terpencil.
Di Pulau Pababag, delegasi menziarahi rumah Veteran ATM bagi meninjau keperluan mereka serta mengadakan sesi ramah mesra bersama komuniti setempat. Sumbangan masjid turut disampaikan sebagai sokongan kepada pembangunan komuniti.
Program diteruskan ke Pulau Sumandi dengan tinjauan ke kediaman veteran, diikuti sesi interaksi bersama penduduk dalam suasana penuh penghargaan. Sumbangan masjid turut disampaikan bagi memperkukuh kemudahan masyarakat pulau tersebut.
Program ini juga merupakan salah satu fokus kerajaan MADANI di kelolakan Kementerian Pertahanan dengan kerjasama JHEV ATM dalam usaha menjaga kebajikan setiap Veteran ATM selain memperkukuhkan hubungan serta meninjau perkara-perkara terkait kesinambungan hidup selepas bersara para Veteran ATM di setiap kawasan termasuk pedalaman.
JHEV ATM bertekad untuk terus mendekati para veteran ATM dengan tampil menyediakan perkhidmatan pelbagai inisiatif serta program kebajikan demi memastikan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara. Program Perduli Veteran Madani (PVM) seperti ini akan diteruskan ke daerah-daerah lain juga selepas ini bagi memastikan semua veteran ATM mendapat perhatian yang sewajarnya.
Pelaksanaan program dikedua-dua kawasan pulau ini adalah selaras dengan Teras 4 Pelan Strategik Kementerian Pertahanan 2021 – 2025: Pengukuhan Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) demi Pertahanan Menyeluruh melalui dua strategi inisiatif iaitu memperkasakan program ATM bersama komuniti dan kedua mewujudkan kolaborasi
program MINDEF dengan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta. CIMIC dilaksanakan bertujuan untuk menyumbang kepada peningkatan
kesedaran masyarakat mengenai peranan dan fungsi ATM selain mengeratkan hubungan baik tentera dan masyarakat di mana kepercayaan rakyat adalah teras utama dalam pertahanan negara.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mejar Ismail bin Merah, serta wakil-wakil persatuan JHEV ATM Cawangan Semporna.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Total User Account

3659427
Today: 746
Total: 3,659,427

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department