Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News

News

JHEV ATM PERKASA KEBAJIKAN VETERAN MELALUI PENYAMPAIAN KOMPUTER RIBA, BANTUAN ZAKAT DAN ZIARAH KASIH KTP DI PERAK

IPOH, 14 Ogos 2026 – Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) terus memperkukuh agenda kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pelaksanaan Program Ziarah Kasih-KTP serta Majlis Penyampaian Komputer Riba dan Bantuan Zakat Yayasan Veteran ATM (YVATM) di beberapa lokasi sekitar negeri Perak. Program yang dipimpin Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon Marjuki itu turut menyaksikan penyampaian komputer riba dan bantuan zakat kepada Veteran ATM yang memerlukan dalam satu majlis di Dewan Nur Iman, Masjid An-Nur, Batu 8, Hulu Kinta. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Leftenan Kolonel Azwadi bin Jamian (Bersara). Selain majlis penyampaian bantuan, Dato’ Semaon turut melaksanakan Program Ziarah Kasih-KTP dengan mengunjungi beberapa Veteran ATM di sekitar Tanjung Rambutan, Ipoh, Kampar dan Tapah bagi meninjau keadaan semasa serta mengenal pasti keperluan kebajikan mereka. Antara Veteran ATM yang menerima kunjungan ialah Chan Yu Kuan, 80, Ayob Sahak, 72, Ishak Abdul Rahman, 71, dan Omar Osman, 63. Melalui program tersebut, pelbagai bentuk bantuan telah dikenal pasti untuk disalurkan kepada Veteran yang layak, termasuk Bantuan Sara Hidup (BSH), bantuan peralatan perubatan, bantuan baik pulih rumah serta bantuan sekali beri mengikut keperluan semasa penerima.
JHEV ATM melalui pendekatan turun padang itu membolehkan agensi berkenaan menilai sendiri keadaan Veteran ATM dan memastikan bantuan yang disediakan dapat disalurkan secara lebih tepat dan berkesan. Pelaksanaan program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan JHEV ATM dan YVATM dalam memastikan kebajikan Veteran ATM sentiasa terpelihara sebagai tanda penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan mereka mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Usaha memperkukuh kesejahteraan Veteran ATM turut dipacu menerusi Teras 7 Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026-2030 yang menggariskan empat strategi dan lapan inisiatif khusus bagi mempertingkatkan kebajikan golongan berkenaan. Pendekatan menyeluruh berasaskan konsep Whole of Government dan Whole of Society dijangka terus memperkukuh pelaksanaan inisiatif kebajikan serta meningkatkan taraf hidup Veteran ATM dan keluarga mereka.

Total User Account

3659361
Today: 680
Total: 3,659,361

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department