 
            MAJLIS PENUTUP PROGRAM MADANI RAKYAT (PMR)
Melaka, 19 OKTOBER 2025 - Tirai Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Zon Selatan secara rasminya dilabuhkan hari ini di Politeknik Merlimau.
Selama tiga hari, sebanyak 260 000 pengunjung telah hadir memeriahkan program ini yang menampilkan pelbagai aktiviti menarik daripada pameran ketenteraan, demonstrasi taktikal, kaunter perkhidmatan kerajaan, sehingga ke aktiviti kekeluargaan dan hiburan komuniti.
Kementerian Pertahanan Malaysia menerusi penyertaan aktif Angkatan Tentera Malaysia terus komited menjadikan PMR sebagai platform untuk mendekatkan rakyat dengan pasukan keselamatan serta memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
Terima kasih kepada semua pengunjung, agensi kerajaan, sukarelawan serta warga kerja pertahanan yang menjayakan program ini.
PMR bukan sekadar program tetapi lambang penyampaian perkhidmatan kerajaan secara inklusif, mesra rakyat dan penuh semangat Malaysia MADANI. Jumpa lagi di tahun hadapan.Insyallah
 Bahasa
                                                                            Bahasa                                             English
                                                                            English                                            




 
        
        




