Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News

News

PERTANDINGAN PANCING AMAL SEMPENA KEMPEN TABUNG PAHLAWAN 2025/2026 TARIK MINAT 682 PESERTA

MELAKA, 11 OKTOBER 2025 - Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) dengan kerjasama Syarikat Joran Unggul telah menganjurkan Pertandingan Pancing Amal sempena Kempen Tabung Pahlawan 2025/2026 bertempat di Pantai Tambak Klebang, Melaka.

Pertandingan ini berjaya menarik penyertaan seramai 682 pemancing dari seluruh negara. Penganjuran pertandingan ini merupakan antara inisiatif JHEV ATM dalam memperluas jangkauan Kempen Tabung Pahlawan (KTP) ke seluruh lapisan masyarakat melalui aktiviti berbentuk santai dan kekeluargaan. Ia bukan sekadar aktiviti rekreasi, tetapi turut menjadi platform bagi rakyat Malaysia menzahirkan rasa penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para veteran serta keluarga mereka.
 
Ketua Pengarah JHEV ATM, YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki dalam ucapannya menegaskan bahawa Kempen Tabung Pahlawan tahun ini diteruskan dengan tema “1 Rakyat 1 Ringgit Demi Pahlawanku”, yang membawa mesej penyatuan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantu kebajikan para veteran Angkatan Tentera Malaysia yang memerlukan. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua peserta, penaja dan rakan strategik atas sokongan padu terhadap kempen ini. JHEV ATM komited untuk terus melaksanakan pelbagai program berimpak tinggi yang dapat menarik penyertaan masyarakat awam serta meningkatkan kesedaran tentang peranan Tabung Pahlawan sebagai wadah kebajikan kepada para pahlawan negara.
Pertandingan yang bermula seawal jam 7.00 pagi itu berlangsung dalam suasana meriah dengan pelbagai aktiviti sampingan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Program ini diharap dapat diteruskan sebagai acara tahunan bagi memperkukuh hubungan antara warga JHEV ATM, komuniti setempat dan pemancing rekreasi di seluruh negara, sekali gus memperkukuh sokongan masyarakat terhadap usaha murni Tabung Pahlawan dalam membantu mereka yang telah berjuang demi kedaulatan tanah air.
 
Turut hadir, YB Datuk Wira Lim Ban Hong, Adun Klebang, En. Sophian Isswandy bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Lt Kol Azwadi bin Jamian (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt Kol Salim bin Ibrahim, Pemangku Pengarah Bahagian Pencen, Mej Muhammad Zarifi bin Haji Tumin, Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan bersama Staf, Datuk Seri Hj Mohamad Fazil bin Hj Shafie, Persatuan Veteran ATM Negeri Melaka, Dato' Adnan bin Hj Ahmad Persatuan veteran ATM Negeri Sembilan dan Joran Unggul Event Management

Total User Account

3444147
Today: 878
Total: 3,444,147

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department