Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Arkib Berita
SEMPORNA, 21 November 2025 - Sekitar Majlis Penyerahan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux 4x4 kepada JHEV ATM Negeri Sabah yang berlangsung di Seafest Hotel, Semporna, Sabah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari. Turut hadir ialah Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Leftenan Kolonel Azwadi bin Jamian (Bersara) serta wakil-wakil Persatuan Veteran ATM Negeri Sabah. Kehadiran barisan kepimpinan ini mencerminkan sokongan padu terhadap usaha memperkukuh kebajikan veteran melalui fasiliti yang lebih sesuai dan efisien. Penyerahan kenderaan ini bertujuan menyediakan kemudahan logistik yang lebih selamat, selesa dan terancang untuk JHEV ATM Negeri Sabah dalam menjalankan tugasan rasmi disamping dapat meningkatkan kecekapan operasi serta memperkukuh perkhidmatan. Ianya juga nanti sudah pasti menyokong operasi lapangan termasuk lawatan kebajikan, pemantauan program, penyelarasan bantuan serta urusan pentadbiran di kawasan pedalaman khususnya. Melalui penambahan aset baharu ini, JHEV ATM Sabah akan dapat meningkatkan keupayaan mobiliti, mempercepatkan masa respons perkhidmatan, mengukuhkan jaringan sokongan bersama komuniti veterannya, serta memastikan aspek keselamatan operasi sentiasa terjamin terutama dalam keadaan geografi Sabah yang mencabar.

Bilangan Pelawat

3659428
Hari Ini: 747
Jumlah Pelawat: 3,659,428

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2026 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM