Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News

News

JHEV ATM PERKASA KEBAJIKAN VETERAN MENERUSI PROGRAM ZIARAH KASIH-KTP, PEMBERIAN KOMPUTER RIBA MADANI DAN SUMBANGANZAKAT DI SARAWAK

KOTA SAMARAHAN, 14 JULAI 2026 – Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) meneruskan komitmen memperkasa kebajikan veteran menerusi Program Ziarah Kasih-KTP serta Program Pemberian Komputer Riba MADANI dan Penyerahan Sumbangan Zakat di Bahagian Samarahan dan Kuching, Sarawak hari ini. Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datuk Haji Semaon Marjuki, memulakan program dengan menziarahi empat veteran ATM di sekitar Bahagian Samarahan bagi meninjau keadaan kesihatan, kebajikan dan keperluan semasa mereka. Program ini turut memberi peluang kepada JHEV ATM mendapatkan maklum balas secara langsung berkaitan isu kebajikan serta keperluan veteran dan keluarga. Seterusnya, beliau menghadiri Program Pemberian Komputer Riba MADANI dan Penyerahan Sumbangan Zakat di Penview Hotel, Kuching. Pada majlis tersebut, lapan anak asnaf dalam kalangan keluarga veteran ATM yang melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS menerima komputer riba, manakala enam balu veteran ATM berusia 80 tahun ke atas menerima sumbangan zakat. Program ini mencerminkan komitmen berterusan JHEV ATM dalam menjaga kebajikan veteran ATM dan waris selaras dengan aspirasi Kementerian Pertahanan. Inisiatif ini turut menyokong Teras 7: Pemerkasaan Kesejahteraan Veteran ATM di bawah Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 melalui pendekatan Whole of Government dan Whole of Society. Turut hadir ialah Lt Jen Datuk Stephen Mundaw, Pegawai Tugas Khas Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak; Lt Kol Azwadi bin Jamian, Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM; serta Mejar Steven Anak Kadir, Pengarah JHEV ATM Cawangan Sarawak.

Total User Account

3659361
Today: 680
Total: 3,659,361

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department