Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News

News

ZIARAH KASIH DAN PRA PELUNCURAN KEMPEN TABUNG PAHLAWAN 2026/2027 PERKUKUH KEBAJIKAN VETERAN ATM

KUALA KETIL, 10 JULAI 2026 – Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) hari ini melaksanakan Program Ziarah Kasih Kempen Tabung Pahlawan di sekitar Kuala Ketil, Kedah sebelum meneruskan Program Kesedaran dan Kick-off Pra Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan (KTP) 2026/2027 di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS). Program Ziarah Kasih yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan selaku Penasihat Jawatankuasa Induk Kempen Tabung Pahlawan melibatkan lawatan ke enam kediaman veteran dan waris veteran ATM serta premis usahawan veteran. Inisiatif itu bertujuan meninjau keadaan kehidupan veteran, menyampaikan sumbangan kebajikan serta mengenal pasti keperluan mereka bagi memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar menepati keperluan penerima. Pada sebelah petang, Program Kesedaran dan Pra Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan 2026/2027 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menghargai jasa dan pengorbanan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dalam ucapannya, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan berkata Kempen Tabung Pahlawan bukan sekadar usaha mengumpul dana, malah mencerminkan penghargaan dan tanggungjawab bersama rakyat Malaysia dalam membela kebajikan veteran serta waris mereka. Beliau berkata Tabung Pahlawan yang mengangkat tema “1 Rakyat 1 Ringgit, Demi Pahlawanku” merupakan tabung bantuan kecemasan bagi membantu veteran ATM yang memerlukan sokongan tambahan dalam situasi tertentu yang tidak dapat ditampung menerusi saluran bantuan kerajaan sedia ada. Menurut beliau, hasil kutipan kempen akan dimanfaatkan untuk kebajikan veteran yang mengalami kecederaan kekal, menghidap penyakit kronik, uzur serta waris yang kehilangan tempat bergantung. Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak termasuk agensi kerajaan, syarikat korporat, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat untuk bersama-sama menyokong Kempen Tabung Pahlawan 2026/2027. Orang ramai boleh menyumbang kepada KTP melalui beberapa kaedah, antaranya sumbangan dalam talian ke Akaun Tabung Rayuan Hari Pahlawan, Affin Islamic Bank Berhad (1059 5000 3201), pembelian bahan promosi kempen, sumbangan ke tabung fizikal yang ditempatkan di lokasi terpilih serta penyertaan dalam aktiviti anjuran JHEV ATM seperti pertandingan memancing amal, golf amal dan larian amal. Penganjuran kedua-dua program itu mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dan JHEV ATM dalam memperkukuh kebajikan veteran ATM di samping memupuk kesedaran masyarakat untuk terus menghargai pengorbanan para perwira negara. Turut hadir Naib Canselor UniSHAMS Prof. Dr. Mohd Amy Azhar Mohd Harif; Ketua Pengarah JHEV ATM Mejar Jeneral Datuk Haji Semaon Haji Marjuki; Timbalan Naib Canselor (Pembangunan, Penyelidikan dan Inovasi) UniSHAMS Prof. Dr. Ahmad Rozelan Yunus; Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Kolonel Nordin Abu; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM (YVATM) Leftenan Kolonel (B) Azwadi Jamian serta Yang Dipertua Persatuan Veteran ATM.
“𝐕𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚. 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐓𝐢𝐛𝐚 𝐆𝐢𝐥𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚.”

Total User Account

3659361
Today: 680
Total: 3,659,361

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department