Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News

News

๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—œ๐—–๐—”๐—ž๐—ก๐—” ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐——๐—œ ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š, ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

KLUANG, 22 September 2024 - Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Datoโ€™ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, diiringi Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah JHEV ATM telah melaksanakan program ini dalam usaha bagi memperkasakan lagi kebajikan Veteran ATM melalui pelbagai inisiatif antaranya yang menyentuh aspek sosio ekonomi dan nilai sosial.
Dalam program tersebut, YB Datoโ€™ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, telah menyantuni seramai 4 orang Veteran ATM di kalangan mereka yang sakit kronik, OKU dan usahawan. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan berupa peralatan untuk pesakit, lampin pakai buang dan barangan keperluan harian untuk meringankan beban Veteran ATM dan keluarga mereka.
โ€œProgram ini adalah penting untuk menghargai jasa Veteran ATM yang telah berkorban untuk negara. Dengan memberi sokongan yang diperlukan, diharapkan Veteran ATM dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan tidak terasing dalam masyarakatโ€.
Tuntasnya, dengan perhatian serta komitmen berterusan dari pemimpin dan masyarakat sekeliling, kesejahteraan hubungan antara Veteran ATM dapat diperkukuhkan, dan mereka akan sentiasa dihargai sebagai wira negara,โ€ beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menziarahi keluarga Veteran ATM di Daerah Kluang.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengarah JHEV ATM Johor, Mejar Johadi bin Jemaโ€™at, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian, dan wakil-wakil persatuan NGO sekitar Daerah Kluang.

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ (๐—ฃ๐—ฉ๐——๐— ) ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฏ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐——๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก

RANTAU PANJANG, 21 September 2024 - Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu telah melaksanakan PVDM yang dihadiri oleh YB Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan bertempat di Dewan Sri Rantau, SK Sri Rantau Panjang 2, Rantau Panjang, Kelantan.
Program ini dimulakan dengan sesi YB Adly bin Zahari bertemu Veteran ATM dan penyerahan Bakul Rahmah. Program pada kali ini terdapat kelainan dari yang sebelumnya kerana menyediakan khidmat Kaunter Bertemu Timbalan Menteri Pertahanan, Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK), Kaunter Bergerak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kaunter Bergerak JHEV ATM.
Turut hadir Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia, YBhg Brigedier Jeneral Muzamil bin Hj. Ali, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan Tuan Hj. Jasri bin Kasim, Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan, Encik Mazlan bin Yaakob, Pengarah Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (PERHEBAT), Mejar Sharulanuar bin Baharom (Bersara) dan Yang Di Pertua Persatuan Veteran ATM Negeri Kelantan.
Program diteruskan dengan Lawatan YB Timbalan Menteri Pertahanan ke Kampung Tasik Pasir Putih, Rantau Panjang untuk melawat veteran B40, Encik Othman bin Adam dan menyerahkan bantuan berbentuk Bakul Rahmah. Seterusnya, YB Adly Zahari bergerak ke Kolam Sangkar Ikan yang telah diusahakan oleh veteran Encik Elias bin Yaakob. Dalam lawatan tersebut, YB Adly Zahari telah menyampaikan sumbangan berupa 10 Ribu Benih Anak Ikan Keli.
Beliau juga menyampaikan Sijil Penghargaan dan Plat Keusahawanan kepada Veteran ATM tersebut sebagai tanda kejayaan serta kegigihan nya dalam bidang keusahawanan.

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐€๐๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐€๐๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐“๐€๐“ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐‡๐„๐• ๐€๐“๐Œ

๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ, ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki telah menerima kunjungan hormat daripada Mantan Komandan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), Brigedier Jeneral Dato' Ismet Nayan bin Ismail (Bersara).
Kunjungan hormat ini adalah bersempena pelantikan Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki sebagai Ketua Pengarah JHEV ATM yang ke-9. Semasa sesi kunjungan hormat kali ini, beberapa perkara turut dibincangkan bagi memperkasa agenda kebajikan Veteran ATM dan orang tanggungan.
Hadir sama dalam sesi kunjungan hormat ini, Pengarah Jualan Umrah & Hajj Matta, Tuan Haji Dzulfikri bin Haji Ahmad Taufek dan Timbalan Presiden Umrah & Hajj Matta, โ Haji Mohd Azri bin Abdul Razak.

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐—  ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ๐—™ (๐—–๐—˜๐—ข) ๐—ง๐—ก๐—•

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Ibu Pejabat TNB, Menara Platinum TNB dekat sini, hari ini.
Kunjungan hormat ini merupakan platform untuk menjalinkan hubungan terhadap rakan strategik bagi membincangkan gerak kerja yang proaktif dalam usaha mengukuhkan halatuju bidang kerjasama pada masa hadapan di antara kedua dua belah pihak khususnya kepada Veteran ATM.
Hadir sama semasa kunjungan ialah Pengarah Pembangunan Perniagaan Rasumi Medipharma Abdul Rahim bin Ismail.

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง, ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—Ÿ ๐—˜๐—›๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐— ) ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฌ๐—• ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก

๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ, ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia di Wisma Pertahanan.
Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan pertama sejak mengambil alih tampuk kepimpinan JHEV ATM pada 2 September 2024 yang lalu sebagai Ketua Pengarah JHEV ATM yang ke-9.

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐——๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—š ๐—ž๐—ฃ ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐—  ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ๐—”๐—ก-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐—  ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›

๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—ž๐—œ๐—ก๐—”๐—•๐—”๐—Ÿ๐—จ, ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah JHEV ATM hari ini berkesempatan meluangkan masa dalam Sesi Dialog Bersama Veteran ATM di Sabah International Convention Centre (SICC).
Majlis sesi dialog adalah merupakan platform interaksi yang efektif antara pihak JHEV ATM dengan veteran, bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu, cabaran atau peluang dalam sesuatu bidang. Melalui dialog terbuka, pelbagai masalah atau isu boleh dikenalpasti dan dibincangkan secara kolektif. Ini membolehkan penyelesaian yang lebih praktikal dan inklusif dalam menangani permasalahan yang dihadapi oleh golongan veteran.
Hadir sama dalam majlis ini adalah Kapt Muhammad Khaidir bin Ramlee TUDM, Pemangku Pengarah JHEV ATM Negeri Sabah, Lt Kol Azwadi bin Jamian (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Mej. Muhammad Syaffik bin Yahaya, Pegawai Staf 2 Atur Turus dan wakil-wakil persatuan.

๐—•๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ถ ๐——๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ถ : ๐—ฆ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—บ ๐—ฉ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ง๐—  ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ž๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต

๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐—จ๐——๐—จ, ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah JHEV ATM meneruskan kunjungan kepada Veteran ATM sempena Program Cakna Veteran ATM Negeri Sabah. Lawatan pada kali ini bergerak di sekitar kawasan daerah Kota Marudu.
Dalam jadual lawatan ke daerah ini, Ketua Pengarah JHEV ATM telah menyantuni 4 Veteran ATM di kalangan mereka yang uzur dan sakit kronik serta seorang balu.
Pada masa yang sama Mej. Jen. Datoโ€™ Haji Semaon bersama wakil PVATM Kota Marudu turut melakukan Penyerahan Bakul Makanan kepada Veteren ATM di kawasan sekitar.
Turut hadir dalam Lawatan Cakna tersebut ialah Mej Mohammad Syaffik bin Yahaya, PS2 Atur Turus JHEV ATM, Kapt Muhammad Khaidir bin Ramlee TUDM, Pemangku Pengarah JHEV ATM Caw Negeri Sabah, ahli-ahli PVTAM Cawangan Kota Marudu.

๐๐ž๐ซ๐ก๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐€๐ ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐Š๐ž-๐Ÿ—๐Ÿ– (๐๐€๐-๐Ÿ—๐Ÿ–) ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐•๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ง ๐€๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ฅ๐š๐ญ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐ค ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š๐ค๐š๐ง ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐•๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ง ๐€๐“๐Œ

๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ โ€“ Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Negara ke-98 (PAN-98) Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Grand Barakah, Ampang, Selangor. Perhimpunan tahunan ini menjadi platform utama bagi veteran ATM untuk berbincang dan membentangkan isu-isu yang relevan terhadap kebajikan serta kesejahteraan komuniti veteran di seluruh negara.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM). Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya memperkukuhkan kebajikan veteran ATM serta mengumumkan beberapa inisiatif baharu yang dijangka membawa manfaat besar kepada komuniti veteran.
Beliau berkata, di antara inisiatif utama yang akan di laksanakan dalam tempoh terdekat ini adalah pelancaran Kad Veteran Digital yang di jadualkan pelancaran secara rasminya pada 24 September 2024 nanti. Kad ini akan menggantikan kad fizikal sedia ada, antara lain nya berfungsi memberi akses yang lebih mudah dan pantas kepada perkhidmatan pendaftaran untuk kemudahan dan faedah yang disediakan oleh JHEV ATM.
Penggunaan Kad Veteran Digital ini juga adalah alternatif kepada Kad Veteran Fizikal sedia ada yang masih boleh digunapakai buat masa ini, tambah beliau lagi.
Pada perhimpunan ini, para perwakilan veteran dari seluruh negara turut membangkitkan pelbagai isu yang menyentuh kebajikan golongan veteran. Perkara yang mendapat perhatian adalah cadangan untuk memperluas dan menambah jumlah peruntukan Bantuan Sara Hidup (BSH), meningkatkan Inisiatif Bantuan Perumahan meliputi pembinaan baharu serta baik pulih, Projek Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASAR) serta memperbaiki kemudahan rawatan perubatan untuk veteran yang uzur atau menghidap penyakit kronik.
โ€œSokongan terhadap Kempen Tabung Pahlawan turut menjadi tumpuan utama topik penting dalam perhimpunan kali ini, dengan kempen pengumpulan dana terbaru giat dilakukan kini bagi sesi 2024/2025 yang akan dilancarkan serentak dengan pelancaran Kad Veteran Digital. Diharapkan dana yang lebih besar dapat dikumpul bagi menyokong usaha menjaga kebajikan para veteran ATM,โ€ ujar Datoโ€™ Haji Semaon semasa ucapan perasmian tersebut.
Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan kepada para veteran ATM yang telah banyak berjasa kepada negara. Beliau menekankan bahawa JHEV ATM akan terus senantiasa komited untuk terus menjaga kebajikan mereka, dan menyeru kerjasama dari semua pihak, termasuk lah sektor korporat memberi bantuan sama ada dalam aspek kebajikan mahupun perkhidmatan dalam memastikan agenda hala tuju veteran ATM terus terbela.
Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Negara ke-98 kali ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama perwakilan dan tetamu kehormat, diikuti dengan majlis makan malam.
Turut hadir ialah Presiden Persatuan Veteren ATM (PVATM) merangkap Timbalan Presiden VECONAC Kapt. Datuk Sharuddin bin Haji Omar dan tetamu-tetamu kehormat yang lain dalam persidangan PAN-98.

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐ƒ๐„๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐๐•๐€๐“๐Œ)

KUALA LUMPUR, 11 September 2024 โ€“ Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki telah menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM) Kapt. (B) Datuk Sharuddin bin Haji Omar.
Kunjungan hormat ini bersempena dengan pelantikan Mej. Jen. Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki sebagai Ketua Pengarah JHEV ATM yang baharu. Di dalam sesi kunjungan hormat tersebut beberapa perkara turut dibincangkan antaranya hala tuju PVATM dan kebajikan warga veteran.
Turut sama dalam sesi kunjungan hormat ini, Setiausaha PVATM, Lt. Kol. (B) Tajul Ariffin Chu Johari dan Ketua Penerangan PVATM, Brig. Jen. (B) Datuk Mohd. Bustaman bin Mat Zin.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐†๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐ˆ๐๐†๐€๐“ ๐‰๐€๐’๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐˜๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐Ž' ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐Ž๐‡๐€๐Œ๐„๐ƒ ๐Š๐‡๐€๐‹๐„๐ƒ ๐๐ˆ๐ ๐๐Ž๐‘๐ƒ๐ˆ๐, ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

Iskandar Puteri, 12 Mei 2024 - Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor. Seramai 500 orang Veteran telah menerima Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM). Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin yang telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan ini dan tahniah kepada semua penerima Pingat Jasa Malaysia.

Total User Account

3444149
Today: 880
Total: 3,444,149

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Officeย  Branches


Copyright 2024 ยฉ Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department