Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News

News

𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan memulakan jelajah beliau hari ini untuk menyantuni Veteran ATM di kawasan sekitar negeri Sabah. Di dalam acara tersebut, beliau turut mengagihkan bakul makanan dan bantuan kewangan kepada 5 Veteran ATM yang menetap di sekitar daerah Papar.
Antara veteran yang dilawati ialah Encik Lamat bin Buntak dan Encik Nik Roslan bin Nik Hussein yang menghidap penyakit strok. Encik Chumati bin Sastro merupakan Veteran OKU Perang. Seterusnya, isteri kepada Veteran ATM iaitu Encik Mahmud bin Arakama yang menghidap penyakit buah pinggang dan sakit jantung. Serta, Encik Edwin Eric Evaristus pula, antara veteran yang semakin uzur.
Program lawatan ini turut diiringi oleh Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Alfiz bin Muhamad, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Wakil Pejabat Kebajikan Masyarakat dan ahli Persatuan Veteran ATM daerah Papar.

𝗣𝗘𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞

YB Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah menjalankan Program Peduli Veteran Madani ke beberapa daerah di Negeri Sarawak diiringi YBrs Sophian Isswandy bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.
Program Peduli Veteran Madani (PVM) ini adalah sebuah kesinambungan daripada Program Peduli Veteran ATM (PPV) yang telah dijalankan oleh JHEV ATM sebelum ini. Program ini merupakan salah satu manifestasi Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan Veteran ATM dalam memastikan agenda kebajikan Veteran ATM dan tanggungannya sentiasa diutamakan. Program Peduli Veteran Madani yang dijalankan merangkumi lawatan kebajikan ke rumah Veteran yang memerlukan bantuan dan yang mengalami sakit kritikal, uzur serta hidup dalam keadaan daif.
Program yang berlangsung dari 27 April 2024 hingga 30 April 2024 ini turut diselitkan penyampaian sumbangan kotak makanan pada Veteran yang dilawati. Seterusnya lawatan tapak usahawan Veteran adalah bertujuan untuk memberikan semangat dan dorongan kepada .

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗞𝗡𝗔 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗛𝗘𝗩 𝗔𝗧𝗠

PUTATAN/PENAMPANG, 29 MAC 2024 - Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus telah mengadakan Lawatan Cakna kepada Veteran ATM sempena Program Cakna Veteran ATM Negeri Sabah di sekitar Putatan dan Penampang.
Seramai 3 orang Veteran ATM yang dilawati iaitu Encik Jamatin bin Hassan yang menghidap strok dan terlantar, Encik Abdul Jalil bin Ibrahim yang uzur serta OKU akibat kemalangan jalanraya dan jejak veteran kepada Encik Abu Bakar.
Sempena lawatan tersebut, Ketua Pengarah JHEV ATM turut menyampaikan sumbangan bakul makanan serta wang tunai bagi meringankan sedikit bebanan oleh veteran serta ahli keluarga tersebut.
Dengan pelaksanaan program cakna ini, ianya dapat mengeratkan hubungan di antara JHEV ATM dan kalangan warga Veteran ATM dalam membantu serta membela nasib Veteran ATM.
Turut hadir dalam Lawatan Cakna tersebut ialah Mej Mohammad Syaffik bin Yahaya, PS1 Sekreteriat JHEV ATM, Mej Noor Khairi bin Abd Rahman, Pengarah JHEV ATM Caw Negeri Sabah, ahli-ahli PVTAM Cawangan Kota Kinabalu, ahli-ahli PVATM Cawangan Putatan/Penampang.

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞-𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗢𝗞𝗨, 𝗔𝗦𝗡𝗔𝗙 𝗗𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗧𝗜𝗠 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

KOTA KINABALU, 29 MAC 2024 - Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus telah meluangkan masa bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak-Anak OKU, Asnaf dan Yatim Veteran ATM Sempena Program Cakna Veteran ATM Negeri Sabah.
Seramai 25 orang penerima yang terdiri daripada Anak-Anak OKU, Asnaf dan Yatim telah diraikan di dalam majlis tersebut.
Di dalam majlis tersebut, Ketua Pengarah JHEV ATM telah menyampaikan sumbangan berbentuk Duit Raya, Bakul Makanan dan Biskut Raya kepada semua penerima sumbangan. Sumbangan-sumbangan tersebut telah diterima dari Yayasan Veteran ATM, Zirbad Resources Sdn Bhd. dan Affin Bank Cawangan Luyang, Sabah.
Turut bersama dalam majlis tersebut ialah Encik Adham bin Abd Hamid, Pengarah Syarikat Zirbad Resources Sdn Bhd, Mejar Mohammad Syaffik bin Yahaya, PS1 Sekreteriat JHEV ATM, Mejar Noor Khairi bin Abd Rahman, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, pegawai dan staf JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, wakil-wakil Persatuan Veteran ATM Negeri Sabah serta ahli keluarga yang terlibat.
Disamping itu juga, Ketua Pengarah JHEV ATM turut berkesempatan menyampaikan ucapan beliau kepada semua yang hadir di dalam majlis tersebut.

SEMBAH MENGADAP KEHADAPAN DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH OLEH KETUA PENGARAH JABATAN HAL EHWAL VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

18 MAC 2024 - Alor Setar: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah perkenan menerima mengadap Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.
Hadir sama, Leftenan Kolonel (Bersara) Azwadi bin Jamian, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Veteran ATM; Mejar Mohd Izmer bin Ghazali, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Cawangan Kedah, Perlis & Pulau Pinang; dan Encik Sani bin Osman, Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia.

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗚𝗢𝗟𝗙 𝗔𝗠𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗛𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 (𝗞𝗧𝗣) 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗡 (𝗣𝗞𝗩𝗧𝗧𝗕) 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚

Kuantan, 3 Mac 2024 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Mej Khairul Ashinar bin Azid @ Aziz TUDM telah terlibat dengan Program Golf Amal Bersempena Kempen Tabung Pahlawan (KTP) Anjuran PKVTTB Negeri Pahang di Maran, Pahang.
Program telah berlangsung di Maran Hill Golf Resort dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Khas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Pahang, Hamizi bin Yaakub. Turut dihadiri Yang DiPertua PKVTTB Negeri Pahang, En Mohd Sani bin Ishak; Kapten Kelab Golf Maran, YH Dato' Indera Hj Norzan bin Ahmad.
Penganjuran yang diadakan kali ini bermatlamat mengumpul dana Tabung Pahlawan untuk disalurkan kepada Yayasan Veteran ATM (YVATM) dan ia digunakan untuk menjaga kebajikan Veteran ATM. Dalam kejohanan itu dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara Veteran ATM dan wakil dari sektor swasta dan korporat.

𝗧𝗘𝗠𝗨𝗗𝗨𝗚𝗔 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗠 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗡𝗝𝗘𝗥 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜

Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak dan Penyelia bersama Penolong Pengarah 2 BKS JHEV ATM telah terlibat dengan Tim Pemilihan Temuduga Calon Veteran ATM bagi jawatan Renjer Komuniti dengan kerjasama JHEV ATM dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Siri 1/2024 di Rezab Hidupan Liar Sungkai, Perak.
Sesi pemilihan dan temuduga ini telah berlangsung selama tiga hari di mana seramai 91 orang Veteran ATM telah hadir dalam sesi tersebut. Proses pemilihan dan temuduga tersebut terbahagi kepada beberapa peringkat yang melibatkan semakan dokumen, pemeriksaan kesihatan, ujian pancaindera, ujian kecergasan dan temuduga akhir bersama ahli panel.

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗔𝗚𝗨𝗡𝗚 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗕 𝗞𝗢𝗥 𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗞𝗩𝗥𝗠) 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan iaitu Mej Muhammad Zarifi bin Haji Tumin telah menghadiri Mesyuarat Agung Siri 2/2024 Kelab Kor Risik Diraja Malaysia (KVRM) Cawangan Melaka. Majlis telah dilaksanakan di Pejabat KVRM Cawangan Melaka di JKR 2058-3, Kuarters Jalan Hospital Lama, 78000 Alor Gajah, Melaka.
Mesyuarat Agung tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Lt Kol Ahmad Afiq bin Hj Ahmad Hasbullah, PS 1 Risik MK 3 Div dan dipengerusikan oleh Lt Kol Hj Arifin bin Abu Samah (B), Pengerusi Perhubungan KVRM Melaka.

PROGRAM PEDULI VETERAN ATM NEGERI KEDAH

YB Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah melaksanakan Program Peduli Veteran (PPV) peringkat Negeri Kedah diiringi Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV). Pada program kali ini, YB Adly telah melaksanakan lawatan kebajikan dan menyantuni empat orang Veteran ATM di sekitar Langkawi. Program Peduli Veteran yang dijalankan merangkumi lawatan kebajikan ke rumah veteran yang memerlukan bantuan dan yang mengalami sakit kritikal, uzur serta hidup dalam keadaan daif. Disamping bertanya khabar, turut diselitkan penyerahan bantuan peralatan pesakit seperti katil pesakit, kerusi roda, tongkat, lampin pakai buang dan susu serta penyampaian sumbangan wang tunai dan kotak makanan pada veteran yang diziarahi.
Pada hari ini, YB Timbalan Menteri Pertahanan menyantuni empat Veteran ATM tidak berpencen iaitu Encik Arif bin Abd Rahman (1053711) yang berusia 61 tahun di Kampung Penarak, Kuah. Isteri veteran, Puan Noriah binti Ahmad, 60 tahun mengidap sakit kencing manis (tumit kanan dipotong). Veteran yang bekerja sebagai nelayan adalah penerima Bantuan Sara Hidup JHEV ATM. Lawatan kebajikan ke atas veteran kedua Encik Adnan bin Mustaffa (179667), berusia 67 tahun yang menghidap sakit saraf di Kg Seberang Kelibang, Kuah. Veteran adalah penerima Bantuan Sara Hidup, Bantuan Peralatan Sakit dan bantuan susu. Veteran yang tidak dapat bergerak dijaga oleh anak-anak beliau. Veteran ketiga yang diziarahi ialah Encik Rahmat bin Shaari (1048420) berumur 72 tahun dan mengidap sakit tua di Kg Kumpulan A, Ulu Melaka. Beliau tinggal bersama isteri, Puan Noriah binti Darus yang mengidap penyakit saraf, parkinson dan kemurungan. Manakala veteran keempat iaitu Encik Teh bin Md Saman (1035266) berumur 82 tahun di Kg Belak, Mukim Kedawang yang mengalami strok pada tangan kanan. Veteran hidup sebatang kara dan menumpang rumah adik beliau menerima Bantuan Sara Hidup dan semua bantuan khas kewangan melalui JHEV ATM.
YB Timbalan Menteri Pertahanan juga telah menjejaki usahawan Veteran ATM yang menceburi perniagaan melalui Program Peduli Veteran (PPV) kali ini. Dua usahawan Veteran ATM yang dijejaki ialah Encik Muhammad bin Jaafar (9000410) yang menjadi agen jualan kerepek pisang dan Encik Mohd Azam bin Ibrahim (533557) yang mengusahakan warung jualan makanan di Kg Bubor Temonyong, Mukim Kedawang. Inisiatif jejak usahawan Veteran ATM ini merupakan usaha untuk mengenal pasti usahawan Veteran ATM bagi tujuan pengumpulan data usahawan Veteran ATM di seluruh negara disamping mempromosikan produk dan perkhidmatan usahawan Veteran ATM melalui platform media sosial JHEV.
Program Peduli Veteran merupakan salah satu manifestasi Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan Veteran ATM dalam memastikan agenda kebajikan Veteran ATM dan tanggungannya sentiasa diutamakan. Impak positif berjaya direalisasikan daripada inisiatif Program Peduli Veteran yang amat bermakna ini dalam agenda memastikan kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM terus terbela dan sentiasa terpelihara sejajar dengan jasa bakti dan pengorbanan yang Veteran ATM curahkan selama ini dalam menentukan keamanan dan keselamatan negara. Lebih ramai Veteran ATM yang terkesan berjaya disantuni bagi mendengar keluh kesah mereka secara bersemuka dan mampu meningkatkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat. Program Peduli Veteran di seluruh negara akan diteruskan dengan sasaran sekurang-kurangnya sebanyak 800 program dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan semua Veteran ATM di seluruh negara dapat menikmati bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM. Bagi tahun 2023, JHEV ATM telah memperuntukkan sebanyak RM 62,570,474.35 juta bagi pembayaran Skim Bantuan Kebajikan kepada Veteran ATM dengan peningkatan bayaran Bantuan Sara Hidup melibatkan seramai 26,551 orang penerima. Kadar ini meningkat lebih tiga kali ganda berbanding tahun 2022 berikutan program perluasan dan pemanjangan BSH kepada lebih ramai Veteran ATM. Justeru, Kementerian Pertahanan beriltizam untuk terus komited dalam mempertingkatkan lagi Program Peduli Veteran melalui siri lawatan kebajikan yang akan datang agar tiada Veteran ATM yang terpinggir daripada menerima insentif yang disediakan.

𝗧𝗘𝗠𝗨𝗗𝗨𝗚𝗔 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗠 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗡𝗝𝗘𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗟𝗜𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗟𝗜𝗧𝗔𝗡)

Johor, 20 Februari 2024 -Penyelia JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Sjn Mohd Fitri bin Othman telah terlibat didalam proses pemilihan/temuduga calon veteran ATM bagi jawatan Renjer Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Sesi temuduga yang diselaraskan oleh Jabatan PERHILITAN ini telah dilaksanakan di Pusat Pemuliharaan Burung Kuang, Jabatan PERHILITAN Jemaluang, Mersing, Johor.
Seramai 20 orang veteran ATM telah hadir didalam pemilihan/temuduga tersebut. Proses pemilihan/temuduga tersebut melibatkan semakan dokumen, pemeriksaan kesihatan, ujian pancaindera, ujian kecergasan dan temuduga akhir bersama ahli panel.

Total User Account

3444150
Today: 881
Total: 3,444,150

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Office  Branches


Copyright 2024 © Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department