MERLIMAU, 17 OKTOBER 2025 - Pada tahun ini JHEV ATM akan meraikan genap 25 tahun usia penubuhannya pada 11 Okt 2000 yang lalu. Sambutan Jubli Perak 25 Tahun JHEV ATM ini akan diserikan dengan program-program yang telah disusun rapi (mulai 9 hingga 19 Oktober 2025) sama ada di peringkat Jabatan sendiri mahu pun di peringkat Kementerian.
 
Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak JHEV ATM telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Roszanina binti Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan Malaysia pada 17 Oktober 2025 sempena Program Madani Rakyat (PMR) di peringkat Kementerian yang akan berlangsung di Politeknik Merlimau, Melaka.
TUJUAN & OBJEKTIF PROGRAM KANIVAL JUBLI PERAK 25 TAHUN JHEV ATM
Program Karnival Jubli Perak 25 Tahun JHEV ATM (2000–2025) diadakan bertujuan untuk meraikan Ulang Tahun ke-25 Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan dan kepentingan Veteran Angkatan Tentera Malaysia. Objektif program ini adalah:
Menghargai jasa, keringat dan pengorbanan veteran ATM yang telah menyumbang kepada keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara dengan memberi pengiktirafan seperti Pingat Jasa Malaysia kepada veteran ATM.
Menonjolkan peranan JHEV ATM kepada masyarakat dengan meningkatkan kesedaran awam tentang fungsi, peranan dan inisiatif kebajikan yang dilaksanakan oleh jabatan.
Menggalakkan kerjasama strategik dalam mengukuhkan jaringan dengan agensi kerajaan, swasta dan NGO dalam memperkasakan kebajikan serta peluang ekonomi veteran.
Di antara pengisian aktiviti-aktiviti sepanjang program berlangsung ialah :
1). Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan (KTP) 2025/2026 oleh YABhg. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Penaung KTP) di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sg. Besi Kuala Lumpur.
2). Pertandingan Pancing Amal KTP 2025/2026 di Pantai Tambak Klebang, Melaka.
3). Program Ziarah Kasih; Cakna KTP-KP JHEV ATM dan Sesi Dialog Bersama Persatuan Veteran ATM (PVATM) di Batu Pahat, Johor.
4). Majlis Perasmian Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Kebangsaan Seri Tiga Serangkai, Parit Sulong, Batu Pahat Johor.
5). Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 880 Veteran ATM oleh YBhg. Panglima Angkatan Tentera (PAT) di Pusat Konvensyen Hab 
Pendidikan Tinggi Pagoh, Johor.
6). Program Madani Rakyat (PMR) Peringkat KEMENTAH bersama YAB PM; 
Program ini melibatkan pelbagai aktiviti seperti kaunter perkhidmatan kerajaan, jualan barangan keperluan dengan harga rendah (Jualan Rahmah MADANI), pameran, Karnival Usahawan Veteran ATM, kuiz, advokasi, promotif terhadap aplikasi kerajaan, dan persembahan kebudayaan.
Antara acara lain yang dijadualkan semasa Program PMR ialah: 
- Penyerahan Mock Cheque Inisiatif Perumahan Veteran ATM (Bina Baharu)
- Penyerahhan Mock Cheque IPT kepada anak Veteran ATM.
- Penyerahan Mock Cheque Dana Persatuan kepada Persatuan-persatuan Veteran ATM (PVATM)
7). Larian Pahlawan Sempena Jubli Perak 25 Tahun JHEV ATM dan KTP 2025/2026; 4 Januari 2026 : Dataran DBKL, Kuala Lumpur.
Salah satu program larian amal yang disusun sempena sambutan Jubli Perak JHEV ATM dan KTP 2025/2026, Menyasarkan 5,000 peserta dalam tiga kategori 3 KM, 5 KM dan 7 KM. Menawarkan pelbagai hadiah yang menarik dengan yuran penyertaan RM 35.
Larian ini juga merupakan acara larian pembuka tirai tahun 2026 di peringkat nasional. JHEV ATM juga berterima kasih kepada PVTUDM selaku penganjur utama program ini. Semua lapisan rakyat dijemput menyertai program larian pahlawan ini sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para pejuang pejuang negara kita yang kini bergelar veteran.
Permohonan penyertaan program larian ini akan mula dibuka dalam talian mulai Oktober 2025 ini. Penggemar dan peminat acara larian dijemput turut serta dalam program ini. Sumbangan dan sokongan dari rakan-rakan strategik, syarikat korporat, korporat GLC amat dialu-alukan.
Program Karnival Jubli Perak JHEV ATM ini terbuka untuk semua golongan masyarakat tidak mengira usia, khasnya oleh para veteran Angkatan Tentera Malaysia, sama ada berpencen mahupun tidak berpencen, termasuk waris serta ahli keluarga mereka. Warga ATM yang masih berkhidmat, pegawai dan kakitangan JHEV ATM, serta agensi kerajaan dan swasta yang menjadi rakan strategik juga dialu-alukan untuk turut serta. 
 
Selain itu, masyarakat umum juga turut diundang bagi memeriahkan lagi karnival ini dan diberi peluang menyertai aktiviti tertentu seperti pameran, karnival usahawan dan kerjaya veteran ATM, program kesihatan, dan aktiviti khidmat komuniti yang dianjurkan sepanjang karnival.
 
Untuk maklumat lanjut program ini, tuan/puan boleh melayari laman web JHEV ATM di www.jhev.gov.my atau laman rasmi Facebook FB JHEV ATM.
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) berharap agar pelaksanaan Program Karnival Jubli Perak ini dapat menjadi wadah memupuk kesedaran masyarakat untuk memperingati jasa dan pengorbanan para veteran ATM serta mengiktiraf sumbangan mereka terhadap keamanan dan kedaulatan negara. 
 
Program ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan silaturahim antara veteran, waris, warga ATM dan masyarakat, di samping meningkatkan kesedaran awam mengenai peranan serta fungsi JHEV ATM dalam menjaga kebajikan veteran. 
 
Selain itu, JHEV ATM juga berharap agar sambutan ini mampu menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai pihak, dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa kesejahteraan veteran serta merangka hala tuju jabatan yang lebih dinamik untuk masa hadapan.