Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan yang turut dihadiri oleh YB Datuk Khaidhirah binti Abu Zahar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim merangkap Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET Negeri Melaka dan YBhg. Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.
Hadir sama ialah Leftenan Kolonel Azwadi bin Jamian (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Kolonel Hussian bin Mat, Komander Rejimen Jurutera 3 Divisyen, Leftenan Kolonel Mohd Dhany bin Mohd Nor, Timbalan Komander Rejimen 514 Askar Wataniah serta Datuk Seri Haji Mohamad Fazil bin Haji Shafie, YDP Persatuan Veteran ATM Negeri Melaka.
Selain itu, antara penerima lain bantuan Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM di Melaka ialah Puan Rosmani binti Hussin, Encik Abdul Hazis bin Nit dan Encik Amir bin Ansah yang turut hadir untuk acara simbolik penyerahan pada program yang sama. Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM merupakan antara usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan Veteran ATM terus terbela, khususnya mereka yang memerlukan bantuan perumahan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera.
Program ini adalah salah satu usaha untuk mendekati golongan veteran ATM secara bersemuka sekali gus mengenal pasti keperluan sebenar mereka dalam memastikan kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan. Penekanan ini adalah bertujuan menyokong Pelan Strategik MINDEF 2021-2025: Teras 7 – Transformasi Kesejahteraan Veteran
ATM yang diperkemaskan lagi melalui inisiatif-inisiatif di dalam Amanat Perutusan Tahun Baharu 2025 Menteri Pertahanan: Fokus 4 – Memperkukuh Ekosistem Kesejahteraan Warga Pertahanan.
Bahasa
English 