Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Berita

880 VETERAN ATM DIIKTIRAF JASA DAN PENGORBANAN, PANGLIMA ANGKATAN TENTERA ANUGERAH PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)

PAGOH, 16 OKTOBER 2025 - Seramai 880 Veteran Angkatan Tentera Malaysia telah diraikan dalam Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang berlangsung dengan penuh istiadat di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Johor dekat sini hari ini.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Jeneral Tan Sri Hj. Mohd Nizam bin Hj. Jaffar, Panglima Angkatan Tentera, yang menyampaikan PJM sebagai tanda penghargaan negara terhadap jasa, pengorbanan, dan khidmat bakti veteran ATM dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Leftenan Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Medan Barat Tentera Darat mewakili Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara mewakili Panglima Tentera Udara, Mejar Jeneral Dato’ Hj. Semaon bin Hj. Marjuki, Ketua Pengarah JHEV ATM, Brigedier Jeneral Zulhelmi bin Masdar, Panglima 7 Briged, Kapten Shaharudin bin Abu Bakar TLDM, Ketua Staf Markas Pasukan TLDM mewakili Panglima Pasukan Simpanan TLDM, Mejar Jeneral Dato’ Haji Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM (Bersara) selaku Ahli Majlis Veteran Kebangsaan (MVK), Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt. Kol Azwadi bin Jamian (Bersara), Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Encik Sophian Isswandy bin Ismail serta wakil-wakil Persatuan Veteran ATM Negeri Johor.
 
Penganugerahan PJM ini bukan sahaja mengiktiraf jasa perwira negara yang telah berjuang menentang ancaman keselamatan, malah ia menjadi simbol penghormatan tertinggi atas keberanian dan pengorbanan mereka demi memastikan Malaysia kekal aman, makmur, dan berdaulat.
 
Terima kasih wira-wira negara, jasa kalian sentiasa dikenang.

Bilangan Pelawat

3444094
Hari Ini: 825
Jumlah Pelawat: 3,444,094

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2024 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM