 
            JHEV ATM TERUS DEKATI KOMUNITI : ASPIRASI MADANI KE SEKOLAH LUAR BANDAR
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), YBhg. Mej. Jen Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki yang menzahirkan komitmen jabatan dalam mendukung aspirasi Malaysia MADANI melalui kerjasama erat antara agensi kerajaan, komuniti dan pihak swasta di bawah konsep Whole of Government, Whole of Society (WOGOS).
 Di bawah program ini, SAKTiS terpilih daripada 7,780 buah sekolah rendah di seluruh negara untuk menerima peruntukan RM100,000, yang digunakan bagi menambah baik pelbagai kemudahan termasuk:
 Di bawah program ini, SAKTiS terpilih daripada 7,780 buah sekolah rendah di seluruh negara untuk menerima peruntukan RM100,000, yang digunakan bagi menambah baik pelbagai kemudahan termasuk: Naik taraf pusat sumber dan pembinaan studio green screen TVPSS
 Naik taraf pusat sumber dan pembinaan studio green screen TVPSS Baik pulih sistem perpaipan serta pagar sekolah
 Baik pulih sistem perpaipan serta pagar sekolah Penambahbaikan kemudahan ICT dan bilik mesyuarat
 Penambahbaikan kemudahan ICT dan bilik mesyuarat Peralatan sukan untuk pembangunan murid
 Peralatan sukan untuk pembangunan murid Menurut Ketua Pengarah JHEV ATM:
 Menurut Ketua Pengarah JHEV ATM:“Program ini bukan sekadar membaik pulih fizikal sekolah, tetapi memberi semangat baharu kepada murid-murid untuk belajar bersungguh-sungguh serta membentuk nilai peribadi yang terpuji.”
Beliau turut menegaskan bahawa penglibatan JHEV ATM dalam Program Sekolah Angkat MADANI ini mencerminkan nilai jabatan yang Responsif, Prihatin dan Komited, bukan hanya terhadap kebajikan Veteran ATM, tetapi juga dalam memperkasa komuniti dan generasi muda melalui pendidikan serta pembangunan insan.
Majlis ini turut diserikan dengan pameran aset-aset ketenteraan daripada 10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD), yang berjaya menarik perhatian para pelajar dan masyarakat setempat untuk lebih mengenali peranan Angkatan Tentera Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan negara. 

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Hajah Zainorida binti Haji Ngarip, wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat; Leftenan Kolonel Azwadi bin Jamian (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM; Leftenan Kolonel Akhwan bin Jamaludin, Pegawai Memerintah Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Majidee, Jalan Tanjung Laboh; Sarjan Mejar Riduan bin Bujang, Ketua Balai Polis Parit Sulong; serta Ustaz Hizam bin Selamat, Guru Besar SK Seri Tiga Serangkai. Majlis ini turut dihadiri oleh persatuan-persatuan Veteran ATM Cawangan Negeri Johor serta pegawai dan anggota tentera dari 10 RAMD yang turut menjayakan acara dengan penuh semangat.
 Bahasa
                                                                            Bahasa                                             English
                                                                            English                                            




 
        
        




