• Home
  • About Department
  • Info
  • News
  • 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗝𝗛𝗘𝗩 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 - 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗝𝗔𝗠𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗛 𝗗𝗜 𝗦𝗧𝗔𝗗𝗜𝗨𝗠 𝗜𝗣𝗢𝗛

News

𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗝𝗛𝗘𝗩 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 - 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗝𝗔𝗠𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗛 𝗗𝗜 𝗦𝗧𝗔𝗗𝗜𝗨𝗠 𝗜𝗣𝗢𝗛

Ipoh, 31 Ogos 2022 - Pengarah JHEV Cawangan Negeri Perak dan Penyelia telah menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-66 Tahun 2023 Peringkat Negeri Perak. DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah berkenan berangkat menyaksikan acara perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perak seperti berikut:
1. Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023 di Perkarangan Stadium Ipoh. Sebanyak 99 kontinjen perbarisan telah mengambil bahagian semasa perarakan melibatkan 6,000 peserta di seluruh Negeri Perak. Veteran ATM Negeri Perak juga telah terlibat dalam perarakan iaitu Kontinjen Veteran ATM Negeri Perak yang diketuai oleh Mej (B) Hilmy bin Hamid dan Kontinjen Komando ATM Negeri Perak yang diketuai oleh En Mahayuddin bin Yeop Ahmad. Setiap kontinjen dianggotai seramai 62 orang veteran dan jumlah secara keseluruhan penglibatan veteran pada tahun ini adalah seramai 124 orang veteran.
2. Majlis Jamuan Teh dan Penyampaian Hadiah di Stadium Indera Mulia. Seramai 7 orang Veteran ATM OKU Perang telah dianugerahkan penghargaan Wira Negara oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah berupa sijil dan saguhati daripada Kerajaan Negeri Perak. Veteran ATM tersebut adalah seperti berikut:
1. Lt Kol (B) Dr Syed Othman bin Syed Omar.
2. Kapt (B) Roslan bin Mohd Din.
3. Sjn (B) Hassanuddin bin Abd Karim.
4. Sjn (B) Ahmad Termizi bin Khalid.
5. Kpl (B) Zainudin bin Mohamed Zen.
6. Kpl (B) Che Wail bin Ibrahim.
7. Kpl (B) Abdul Jalil bin Sahli.