• Home
  • About Department
  • Info
  • News
  • Kenyataan Media Penangguhan Sementara Aktiviti Persatuan Dan Kaunter JHEV ATM

News

Kenyataan Media Penangguhan Sementara Aktiviti Persatuan Dan Kaunter JHEV ATM

KUALA LUMPUR, 17 MAC 2020 – Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) memandang serius situasi semasa ancaman Wabak COVID-19 pada masa ini terutama perkembangan gelombang kedua. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengistiharkan COVID-19 sebagai pandemiK kerana terdapat peningkatan kes yang semakin ketara di seluruh dunia. Kini, kerajaan sedang giat melaksanakan usaha bagi mencegah penularan wabak ini.
Memandangkan situasi penularan COVID-19 ini semakin membimbangkan, selaku pendaftar kepada Persatuan-Persatuan Veteran ATM, Jabatan ini ingin memaklumkan bahawa Persatuan-Persatuan Veteran ATM adalah DILARANG daripada mengadakan perhimpunan ramai diseluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya sehingga suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Selain itu, semua urusan melibatkan kaunter khidmat pelanggan di JHEV ATM akan ditangguhkan buat sementara waktu.
Selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, larangan ini adalah terpakai di setiap peringkat Jabatan termasuk cawangan negeri dan Persatuan-Persatuan Veteran ATM yang berdaftar dengan Jabatan ini. Adalah diharapkan agar segala usaha dan langkah pencegahan ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan keadaan pulih sepenuhnya.
___________________________________________________________________
JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
17 MAC 2020