Pencen Hilangupaya

Pencen Hilangupaya dibayar setelah pesara menamatkan perkhidmatan berdasarkan gaji pangkat hakiki semasa kecederaan.


Adakah anda layak?

Anggota berikut layak menerima Pencen Hilangupaya:

  • Peratus hilang upaya (HU) yang ditaksirkan 20% dan ke atas.
  • HU itu diperkaitkan dengan tugas.
  • HU diperakui oleh Lembaga Perubatan dan Lembaga Penentuan Sebab (LPS)
  • Mendapat kelulusan Majlis Angkata Tentera (MAT).
  • Faedah ini terhenti apabila penerima meninggal dunia.

Tentang Pencen Hilangupaya

  • Pencen Hilangupaya dibayar setelah pesara menamatkan perkhidmatan berdasarkan gaji pangkat hakiki semasa kecederaan.
  • Pencen Hilang upaya ini akan terhenti apabila pesara meninggal dunia. Sekiranya pesara meninggal dunia akibat daripada hilang upaya yang dialami, orang tanggungan beliau boleh dibayar pencen orang tanggungan. Untuk tujuan ini laporan “post mortem” diperlukan bagi menentukan samada kematian itu diperkaitkan dengan hilang upaya tersebut atau tidak.

Berapakah nilai Pencen Hilangupaya yang akan dibayar?

Kadar pencen bulanan mengikut kadar-kadar yang dinyatakan dalam Susunan 2 atau Susunan 2(A) kepada PPAT 82; mengikut mana yang lebih menguntungkan.

* Berdasarkan gaji pangkat hakiki semasa kecederaan

Bilakah Pencen Hilangupaya dibayar?

Pencen Hilangupaya dibayar secara bulanan.

Cara pembayaran Pencen Hilangupaya

Pencen Hilangupaya akan dikreditkan terus ke akaun bank pesara.


Bagaimana untuk memohon?

Lihat Tanggungjawab Dokumentasi Persaraan Anggota.


Dapatkan bantuan!

Perhatian! Urusan permohonan pencen dan ganjaran adalah di bawah pentadbiran Jabatan Arah Rekod dan Pencen, Markas Angkatan Tentera. Anda boleh berhubung terus dengan Jabatan Arah Rekod dan Pencen di alamat yang berikut:

Alamat:
Jabatan Arah Rekod dan Pencen
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
No telefon:
03-2071 5731

Soalan Lazim

[Maklumat sedang dikemaskini]


Maklumat tambahan

[Maklumat sedang dikemaskini]