Tanggungjawab Dokumentasi Persaraan Anggota

Ketahui proses permohonan persaraan dan tanggunganjawab dokumentasi oleh Aggota dan Pasukan.


Tanggungjawab Dokumentasi Tamat Perkhidmatan oleh Anggota

  • Memohon untuk mengikuti Latihan Peralihan.
  • Membuat pemeriksaan kesihatan di Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) dengan membawa Borang Angkatan Tentera (BAT) D 70 - Bertukar Ke Pasukan Simpanan dan BAT B 83 - (Pemberhentian Askar Laskar).
  • Menyediakan gambar berukuran pasport.
  • Membuat Kad Pengenalan Awam di JPN dengan membawa Surat Pengesahan Persaraan Anggota Tentera (Lampiran 1 kepada Kembaran D - ARKTUJA No.3)
  • Menyediakan dokumen persendirian berikut:
    • Salinan Sijil Perakuan Nikah.
    • Salinan Kad Pengenalan isteri.
    • Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak anak.
    • Salinan buku akaun bank/penyata akaun bank.
  • Melengkapkan Sijil Penyelesaian Pasukan.
  • Mengisi dan mendapatkan pengesahan pihak bank Borang Penyertaan Skim Pembayaran Pencen Melalui Bank (SPB) 1.
  • Menyelesaikan segala urusan Cukai Pendapatan dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara persendirian bagi memastikan Sijil Penyelesaian Cukai (SPC) dapat dikeluarkan sebelum menamatkan perkhidmatan/ bersara. Ini bertujuan supaya kelewatan pembayaran faedah persaraan/ caruman LTAT tidak berlaku.

Tanggungjawab Dokumentasi Pemberhentian oleh Pasukan

  • Pasukan hendaklah memaklumkan pemberhentian kepada anggota yang akan menamatkan perkhidmatan.
  • Pasukan dikehendaki mengambil tindakan perkara- perkara berikut:
    • Menyerahkan Surat Pengesahan Persaraan Anggota Tentera (Lampiran 1 Kepada Kembaran D ARKTUJA No 3) kepada anggota untuk membuat Kad Pengenalan Awam di JPN.
    • Menyediakan BAT D 70 - Bertukar Ke Pasukan Simpanan dan BAT B 83 - Pemberhentian Askar Laskar.
    • Membuat temujanji pemeriksaan kesihatan bagi anggota.
    • Memastikan anggota membuat Sijil Penyelesaian Hutang Piutang di pasukan.
    • Melengkapkan BAT D 191 - Buku Cuti anggota.
    • Menentukan anggota menyediakan perkara- perkara berikut:
      • Gambar berukuran pasport.
      • Melengkapkan borang SPB1.
      • Salinan buku akaun bank/penyata akaun bank.
  • Pasukan hendaklah menentukan semua perkara di atas disediakan dengan lengkap dan dilaksanakan oleh anggota. Semua dokumen tersebut hendaklah dihantar ke JRP bersama dokumen peribadi anggota selewat-lewatnya 12 bulan sebelum tarikh TTP.