Skim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan

Bantuan kewangan bagi membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah.


Adakah anda layak?

  • Veteran ATM* :
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa

    * Tanpa mengira tempoh khidmat.

  • Had umur bagi veteran yang layak dipertimbangkan adalah seperti berikut:
    • 45 tahun dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negatif melebihi RM 300.00 kecuali hilang upaya / uzur.
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan (tidak ditetapkan had umur).
  • Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
  • Setiap keluarga hanya layak untuk seorang anak sahaja.

Tentang Faedah

Skim ini adalah bertujuan bagi membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah berasaskan kelayakan mengikut kiraan PGK yang ditetapkan.

Permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun.

Kadar bantuan

  • RM500 setahun bagi sekolah rendah
  • RM700 setahun bagi sekolah menengah dan kolej vokasional kebangsaan

Syarat-syarat permohonan

  • Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian.
  • Pendapatan pasangan dan sumbangan anak diambilkira dalam pengiraan Pendapatan Keluarga (PK).

Bagaimana untuk memohon?

  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
    Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019)
  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
  • Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
  • Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
  • Semakan status permohonan boleh dibuat di:
    Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
    Semak status permohonan

Dapatkan bantuan!

Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000


Soalan Lazim

[maklumat sedang dikemaskini]


Maklumat tambahan

[maklumat sedang dikemaskini]