Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA) / Politeknik
Bantuan kewanngan bagi meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik bagi anak-anak Veteran ATM.
Pautan Pantas
Adakah anda layak?
- Veteran ATM* :
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.
- Kelayakan anak yang menyambung pelajaran:
- Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran / kemasukan ke Universiti Awam / Politeknik.
- Dihadkan kepada Pelajar Universiti Awam (UA) dan Politeknik sahaja
- Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
- Semua kursus pengajian di IPT luar Negara TIDAK LAYAK dipertimbangkan
- Semua kursus pengajian professional* TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
- Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah TIDAK LAYAK
(* Contoh: Kursus Pra Diploma / Asasi, latihan ketenteraan, kursus perguruan, separa perubatan, institut kemahiran).
Tentang Faedah
Skim ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik bagi anak-anak Veteran ATM sebagai memberi galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
Kadar bantuan
Kadar bantuan secara pembayaran sekaligus adalah:
- RM1,000 untuk pengajian peringkat Diploma.
- RM1,500 untuk pengajian peringkat Ijazah Pertama.
Syarat-syarat permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh SETAHUN dari tarikh kemasukan / pendaftaran ke Universiti Awam / Politeknik.
- Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
- Pendapatan pasangan dan sumbangan anak diambilkira dalam pengiraan Pendapatan Keluarga (PK).
Bagaimana untuk memohon?
- Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019) - Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
- Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
- Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
- Semakan status permohonan boleh dibuat di:
Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
Semak status permohonan
Dapatkan bantuan!
Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000
Soalan Lazim
[maklumat sedang dikemaskini]
Maklumat tambahan
[maklumat sedang dikemaskini]