Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Veteran Tidak Berpencen

Bantuan kewangan di bawah Yayasan Veteran ATM bagi mengurus jenazah Veteran ATM tidak berpencen.


Adakah anda layak?

  • Pasangan, anak, agensi atau orang perseorangan yang mengurus jenazah Veteran ATM tidak berpencen.
  • Kes kematian sebelum Tarikh Kuatkuasa 10 Oktober 2010 tidak tertakluk kepada faedah ini.
  • Hanya satu bantuan sahaja layak diterima bagi Veteran ATM yang meninggal dunia dalam persaraaan walaupun gemulah pernah bersara lebih dari satu perkhidmatan.
  • Tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kematian. Sebarang tuntutan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut tidak akan diproses.

Tentang Bantuan

Bantuan kewangan di bawah Yayasan Veteran ATM bagi mengurus jenazah Veteran ATM tidak berpencen.

Kadar bantuan

Kadar bayaran adalah sebanyak RM3,000. Bayaran sekali sahaja, dibayar kepada waris terdekat yang menguruskan jenazah Veteran ATM terbabit seperti berikut:

Situasi Bayar kepada
Duda Veteran ATM Duda.
Veteran ATM yang mempunyai satu balu Balu.
Veteran ATM yang mempunyai lebih dari satu balu Balu yang menanggung perbelanjaan jenazah – sila kemukakan akuan bersumpah
Veteran ATM yang tidak mempunyai balu tetapi mempunyai anak Anak yang berumur melebihi 18 tahun. (Jika lebih dari seorang perlu persetujuan semua anak melalui surat akuan bersumpah untuk melantik seorang dari mereka sebagai penerima bayaran). Anak bawah 18 tahun perlu dibayar melalui penjaga.
Veteran ATM bujang Ibu atau bapa.
Veteran ATM yang tidak mempunyai balu, anak dan ibubapa Orang perseorangan atau agensi yang menguruskan jenazah pesara tersebut – sila kemukakan akuan bersumpah.

Cara Pembayaran

Cara pembayaran BMJ adalah seperti berikut:

  • Bayaran akan diproses oleh Yayasan Veteran ATM.
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon.
  • Permohonan akan diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap di pejabat Yayasan Veteran ATM.

Bagaimana untuk memohon?

  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
    Borang Permohonan Bantuan Menguruskan Jenazah (Veteran Tidak Berpencen) - BMJ 01-Pin.2023 
  • Lampirkan dokumen berikut:
    • Salinan Sijil Mati Pesara / Permit Penguburan.
    • Salinan Kad Bekas Tentera (KBT)/ Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86 / 92) - setiap muka surat.
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
    • Salinan Sijil Nikah (sebagai bukti pertalian dengan si mati – pasangan) atau salinan surat beranak (sebagai bukti pertalian dengan di mati – anak).
    • Salinan Akaun Bank Pemohon.
    • Surat Akuan Bersumpah (Dilampirkan bersama borang).

    Nota: Salinan dokumen hendaklah disahkan.

  • Kemukakan tuntutan di Pejabat Yayasan Veteran ATM atau di JHEV Cawangan Negeri.
  • Mulai tahun 2014, wang BMJ dibayar melalui Fund Transfer (FT) atau Inter-bank Giro (IBG). Pemohon boleh membuat semakan berkenaan status permohonan mereka dengan Bahagian Kebajikan Yayasan Veteran ATM atau JHEV Cawangan Negeri.

Dapatkan bantuan!

Perhatian! Urusan permohonan BMJ adalah di bawah pentadbiran Yayasan Veteran ATM. Anda boleh berhubung terus dengan Yayasan Veteran ATM atau JHEV Cawangan Negeri di alamat yang berikut:

Alamat:
Yayasan Veteran ATM
Tingkat 41, Menara TH Perdana,
Kementerian Pertahanan
1001, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
No telefon:
03-2602 3367

Soalan Lazim

[maklumat sedang dikemaskini]


Maklumat tambahan

[maklumat sedang dikemaskini]