Bantuan Persekolahan

Bantuan Persekolahan (BSK) disediakan bertujuan untuk membantu membiayai perbelanjaan memulakan persekolahan di peringkat rendah atau menengah atau vokasional. 

Semua permohonan BSK perlu dikemukakan pada tahun semasa sahaja selewat-lewatnya sebelum 30 September setiap tahun. Ini adalah untuk memastikan pembayaran dapat dibuat pada tahun semasa tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa.


Syarat - Syarat Bantuan Persekolahan

  • Veteran ATM* :
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa

    * Tanpa mengira tempoh khidmat.

  • Veteran ATM atau orang tanggungan dengan  pendapatan  bulanan di bawah Pendapatan Garis   Kemiskinan (PGK) layak  memohon bantuan ini.
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
  • Setiap keluarga hanya layak untuk seorang anak sahaja.

Kadar bantuan

  • RM500 setahun bagi sekolah rendah.
  • RM700 setahun bagi sekolah menengah/vokasional.

Bagaimana untuk memohon?

  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
    Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019
  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
  • Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
  • Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
  • Semakan status permohonan boleh dibuat di:
    Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
    Semak status permohonan

Dapatkan bantuan!

Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000